Pages

"Diriku umpama pelangi"

10/08/2013

DIRIKU SEBENARNYA

Aku tidaklah sebaik mana,
Tidaklah sejahat kau duga,
Ku hanya insan biasa,       
Sang pelupa dan cuai sentiasa,
Suka tersenyum dan gila-gila,
Bilaku ceria pasti kau gila,
Walau tak reti memasak,
Ku pandai bersajak,
Mahir membuat minuman,
Ku amat suka penulisan,
Ku sering nangis tak kira apa,
Jarang marah tapi bila tiba masanya,
Kan ku jadi seekor raksasa,
Gila novel, kuat berangan,
Asal ia tak menyusahkan,
Apa nak diherankan,
Satu ciri lelaki idamanku,
Terimalah diriku serta kurangnya aku..



ITULAH KAMU!

Indahnya tika bercinta,
Namun tiada jodoh kita,
Terimalah takdirNya,
Dengan hati yang rela,
Usah disalahkan takdir,
Usah disalahkan aku,
Tanyalah pada dirimu,
Kata hina tiada akhirnya,
Cacian tak ku duga,
Jangan salahkan diriku saja,
Ku jua ada rasa dan jiwa,
Ayat manis tiada hujungnya,
Pabila berpisah pula,
Kau memakiku sesukamu saja,
Inilah dia kebenaranya,
Perpisahan yang ada ada hikmahnya,
Itulah dirimu sebenarnya!


PERSAHABATAN KITA

Persahabtan tiada akhirnya,
Kau ibarat sebuah nyawa,
Mewarnai hatiku sentiasa,
Disisi saatku luka,                      
Disisi saatku kecewa,
Disisi saatku gembira,
Kau terima kelemahanku,
Kau dengar luahan hatiku,
Kau beri nasihat padaku,
Kau berkongsi segala denganku,
Hebatnya sebuah percintaan,
Tidak sehebat setia persahabatan,
Kita saling menghormati,
Kita saling fahami,
Apa yang perlu adalah toleransi,

Terikatlah sebuah persahabatan abadi..

SYUKUR PADA-MU

Melihat hijau alam,
Buatku tergamam,
Indah ciptaan-Mu,         
Ku bersyukur pada-Mu,
Kurnia-Mu sungguh besar bagiku,
Ku memuji kebesaranMu,
Ku memuji keagunganMu,
Inginku sujud padaMu,
Inginku ucap rasa kasihku,
Ku teramat syukur padaMu,
Kerna membuka pintu hatiku,
Terima kasih padaMu yang satu,
Atas nikmat yang diberi padaku,
Menyedarkan diri darialpaku,
Membuka mata hatiku,
Allah, tuhanku yang satu..


TANAH AIRKU

Malaysia,
Negaraku yang tercinta,
Akulah warganya,
Aku bangga,
Menjadi sebahagian darinya,
Punya rakyat berbilang bangsa,
Syurga makanan jua,
Aman sentosa,
Kemakmuran terjaga,
Nilai murni sentiasa diterap,
Buatku berharap,
Negara ini manju senantiasa,
Ku bukan sang pewira,
Namun kan ku harumkan nama,
Demi tanah air tercinta,
Tak kira apa bidang jua,
Kan ku harungi demi negara,

Kan ku buktikan pada dunia!

MR.ARROGANT

Andai suatu hari nanti kita bersua,
Inginku tatap matamu lama,
Lesung pipitmu,
Buatku terigau,
Senyumanmu,
Buatku angau,
Kecomelanmu,
Untung siapa memilikimu,
Indahnya pesonamu,
Walau kau bukan jodohku,

Izinkan ku memujamu.

CINTA TANPA BERSUA

Ku berdoa agar kita bakal bersua,
Ku harap kau seperti yang ku sangka,
Sikap santunmu,
Sikap kematanganmu,
Moga itulah dirimu,
Jangan cemburukan diriku,
Jangan memarahi aku,
Jangan sakiti hatiku,
Kerna kaulah yang ku tunggu,
Moga ada jodoh kita,
Tuk bersua,
Andai tiada jodoh pula,
Anggaplah ia,
Persahabatan selamanya,

Persahabatan yang teristimewa.

BAGAIKAN DRAMA

Hidup ini bagai kisah drama,
Kau yangku anggap sahabat,
Hilang saatku jatuh dan tersesat,
Kau yang ku anggap insan terjahat,
Hadir saat hati ini dilukai,
Butanya mataku ini,
Tuk menyedari,
Engkaulah yg patut ku cintai,
Terima kasih kerana ada disisi,
Maafkan diriku ini,
Jika pernah hatimu ku lukai,
Kerna waktu itu ku buta,

Tuk nilai mana kaca mana permata.

JANJI INI!

Kau perlakukan hatiku,
Bagai sampah yang tiada nilai bagimu,
Kau anggap airmataku,
Umpama air yang jelek tak berguna,
Kau pandang diriku,
Umpama patung boneka,
Lihat awak berarak,
Lihat hujan membasahi bumi,
Suatu hari kelak,
Pasti kaukan temui,
Sebuah insan yg telah berjanji,
Tuk buktikan pada dirimu ini,
Mampu berdiri tanpa dirimu lagi,
Aku terlalu berharga tuk kau sakiti,
Hatiku terlalu suci tuk dikhianati,

Diriku terlalu mahal tuk kau buang begini.

BICARALAH SEBAIKNYA


Kekadang aku redha dan terima,
Segala ketentuan yang tertulis oleh-Nya,
Ku cuba hadapi segala dihadapan mata,
Tetap ku cuba,
Walau ku rasa tak berdaya,
Namun tetap ku tertanya,
Apa salahku sampai terjadi segalanyya,
Tidak bisakah bicara sebaiknya,
Tak bisakah kau cuba rasa hatiku yg lara,
Tak bisakah fikirkan kita jua manusia biasa,
Maaf ku pinta,
Andai segalanya salah ku jua,
Aku hanya insan biasa,
Tak sempurna,
Punya banyak dosa,
Tapi tak layakkah aku,
Tuk terima layanan sewajarnya?


Benar, dialah jodohku.. (11)

“Mek duduklah sini. Takmau buat kerja banyak-banyak. Nanti pepandailah Yana kemas” ujarku lalu menarik tangan Mek duduk disebelahku. Mek hanya ketawa melihat aku memuncungkan mulut.
“Rayqarl macammana dah ok?” soal Mek.
“Kejap lagi oklah kut. Tengah tidur tu.. penat agaknya” balasku lalu menyuapkan Mek kek coklat kukus yang kami buat bersama tadi. Mek hanya tersenyum. Aku senyum kembali lalu memandang kolam renang dihadapanku ini. Ingat lagi peristiwa selamba aku.. hahaha
“Mek nanti esok pergi rumah lama Yana nak?”
“Hmm, buatpe?”
“Alaa, rindulah. Budak-budak tu pun ada ajak tadi. Lagipun rumah tu mesti berhabukkan?”
“Mek tak kisah. Tapi tanya suami kamu tu dulu.. suami kamu Rayqarl tu haa bukan Mek awat minta izin Mek pulok ni?” kata Mek. Aku terkekeh ketawa.
“Haha nanti orang tanya dia. Ni.. Mek ada jumpa Kak Sarah?”
“Ada”
“Orang ada pergi kedai Mak Siti. Takde pun dia?”
“Uih, dah kahwin dengan orang bandar. Anak setahun satu.. berhentilah jaga anak dekat rumah”
“Hah?! Setahun satu.. biar betul?” soalku lurus. Mek ketawa terbahak-bahak.
“Takdelah kahwin baru setahun, anak dia pun baru satu. Haha..Bakpo tegak sangat ni yana.. Aduyaii.. Ni haa, Rayqarl cakap Yana nak sambung belajar?” tanya Mek.Aku tersengih.
“Yup, jealouslah dengan budak-budak lain. Lagipun yana memang minat belajar so sementara belum ada isi ni lebih baik sambung belajar hehehe..”
“Ohhh.. alhamdulillah. Mek bersyukur sangat dengan kehidupan kita sekarang ni” ujar Mek.
“Yana pun bersyukur sangat dikelilingi dengan orang-orang yang tersayang” balasku tulus lalu memegang tangan Mek.
“Sayang!” panggil Rayqarl tercari-cari aku. Aku dan Mek melihat gerak gerinya sambil ketawa. Macam itik hilang anak.
“Orang dekat sinilah” jawabku. Dia menoleh ke arahku lalu ketawa.
“Laaa, dekat sini rupanya” ujarnya. Aku tersenyum.
“Mek masuk dulu eh? Nak ajar si Hanis tu masak makanan siam pula” ucap Mek. Aku mengangguk begitu jua Rayqarl yang tersenyum manis.
“Sayang..kenapa tak teman saya tidur?” soal Rayqarl seraya memegang aku agar berdiri. Aku berdiri dan kami berpelukan.
“Bosanlah..” balasku.
“Bosan? Sayang bosan dengan saya?” soalnya sambil buat muka sedih. Aku ketawa.
“Mana ada.. Ehmm awakk..” panggilku manja sambil memandang wajahnya. Dia mengangkat-angkat kening dan tersenyum nakal. Aku mencebik dan melepaskan pelukan. Aku melangkah satu langkah ke hadapan dengan mengecilkan mata seperti sedang marah. Rayqarl berundur satu langkah ke belakang dan memandangku hairan. Aku tersenyum nakal lalu menolaknya jatuh ke dalam air. Bushhhh!! Hahaha, opss terkena sudah! Aku tergelak sakan. Aku berlari apabila Rayqarl naik dan mengejarku. Apalah sangat lari aku ni? Maka aku ditangkap dan aku pula yang dicampak ke dalam air dan kami sama-sama berenang.

Ya Allah, ku bersyukur padamu kerana telah memberi kebahagiaan yang tak berbelah bahagi kepadaku. Benar, dialah jodohku.. Terima kasih ya Allah kerana memberiku pemimpin yang mampu membimbingku ke syurgaMu. Semoga kebahagiaan ini kekal selamanya.. Insyaallah..

Benar, dialah jodohku.. (10)

“I am sorry. I just fikir diorang still berhubung and I taknak you tertipu. Emm.. I betul-betul minta maaf, I tak pernah terfikir nak hancurkan hubungan you dengan dia” pinta maafnya bersungguh-sungguh. Aku memandang kawasan luar restoran. Mana husband aku ni, seram pula aku dengan mamat ni.
“Kenapa Zurina buat macamtu?” soalku.
“Dia terlebih liar then mak ayah dia halau sebab tak tahan dengan perangai dia. So nak hidup senang caranya tackle suami you sebab you know diorangkan pernah bersama” jelasnya sambil menggigit-gigit bibir dan tersenyum. Senyuman ikhlas atau senyuman miang pun aku taktahu?
“Ehmm..yana” panggilnya lembut. Aku mengangkat kening.
“Andainya suatu hari nanti you tak bahagia. Trust me, bila-bila masa you boleh datang pada I. Hmm?” ujarku sambil merenung mataku dalam. Hatiku mendongkol geram pun ada, dia ni asyik doakan ketidakbahagiaan aku je?
“You ni doakan supaya I tak bahagia ke?” soalku lurus.
“Ish, takdelah macam tu.. Cuma I nak you tahu yang I akan selalu ada disisi you” katanya. Aku menggaru kepala yang dibaluti tudung. Manalah suami aku ni?
“You takde girlfriend ke?” ujarku lambat-lambat selepas beberapa minit kemudian. Malas layan sebenarnya.
“Girlfriend ramai. Special girlfriend belum” balasnya tersengih-sengih. Aku terangguk-angguk. Haaa, dah sampai pun suami aku. Aik awat muka berkerut-kerut ni?
“Awak ok tak ni?” soalku lalu menariknya duduk kerusi disebelahku.
“Sakit perutlah yang. Tak tahan ni..” ujarnya seakan menahan sakit. Aku mengelap dahinya yang berpeluh.
“Patutlah lama kemain. Dahlah jom balik.Awak makan apa breakfast tadi?”
“Emm roti rasa”
“Roti? Ya allah, roti yang dah buka ke belum?”
“Yang dah buka tulah. Nampak yang tu aje pagi tadi”
“Hey, itu dah expired dari minggu lepas tau. Kenapa tak kejutkan saya?” tanyaku sedikit lembut. Kasihan suami aku, hmm..
“Saya tengok sayang tidur nyenyak takmau kacau. Aduhh, tak sangka pula jadi macamni”
“Hmm, boleh jalan tak ni?”
“Emm, boleh kut”
“Meh, saya papah”
“Takpelah..”
“Cheit, sakit-sakit pun degil” bebelku lalu mengambil tangannya letakkan dibahuku. Sambil menggigit bibir menahan sakit sempat dia mengusik aku.
“Sayangnya dia dekat kita ek?” usiknya. Berbisik di telinga. Aku tergelak kecil.
“Mestilah.. siapa tak sayang suami?”

**
“Kaklong balik! Yeahhh!!” jerit Hanis terlebih gembira. Aku mengerutkan dahi. Rayqarl yang hampir terjatuh cepat-cepat aku memeluknya pinggangnya kemas. Haihh, kesian.. dah berapa kali berhenti di stesen minyak sampai pucat muka.
“Kenapa gembira sangat ni?” soalku kepada Hanis.
“Abang ngah dah balik dari asrama. Eh kenapa dengan abang long?”
“Kejap”
“Buka pintu tu besar sikit” pintaku. Aku menarik nafas lega selepas meletak Rayqarl diatas sofa. Huh, berat! Sakit badan aku.. Ini belum angkat yang macam selalu dia angkat aku.
“ Baring, rehat dulu.. Saya pergi ambil ubat” ujarku. Dia mengangguk sambil memejamkan mata. Aku mencium dahinya. Kesal akan sikap kuat tidurku. Rayqarl membuka sedikit matanya memandangku lalu tersenyum nipis.
“Janganlah risau sangat” pesannya.
“Hmm, tunggu tau?” pesanku pula. Aku berlalu ke dapur mengambil ubat cirit-birit dan segelas air. Pantas.
“Abang long ok tak?” soal Hanis.
“Kenapa dengan abang long?” soal Hariz pula.
“Abang long makan apa sampai macamni? Ni mesti kaklong masak benda tak masak ni. Tak pun barang expired” soal si Hairul memandai tapi emm betul andaiannya, hehehe..
“Hei, janganlah kacau abang long. Syuhh..syuhh..” halauku sambil ketawa, macam halau ayam dekat rumah lama kitorang pun ada.
“Bangun..bangun..Nah, makan ubat ni” panggilku sambil menepuk lengannya. Patut tak jawab soalan budak-budak ni, terlelap rupanya. Aku menghulurkannya air dan ubat. Dia hanya menuruti.
“Kaklong, tak bagi abang long makan apa-apa ke? Bubur ke.. takut perut kembung pula nanti” kata Hairul. Sayang sangat dengan abang ipar dia. Betul juga eh? Emm inilah padah, muda-muda dah kahwin tapi hampehh taktau apa-apa.
“Emm biar Hanis masak” kata Hanis. Aku mengangguk kepala. Aku pun nak kena tukarkan baju Rayqarl ni. Berpeluh.
“Nak Hariz tolong?” soal Hariz kepada Hanis.
“Boleh je” balas Hanis lembut.
“Kaukan laki mana boleh masak-masak ni. Poyolahh..” ejek Hairul sambil membuat muka jelek. Aku mencebik bibir, dia lagi poyo.. satu haram taktahu bab dapur. Yang dia tahu gamess..
“Lelaki macho sebenarnya lelaki yang reti masuk dapur tau.. bantu mak dan isteri barulah gentleman” ucap Hariz sambil menepuk dadanya. Aku dan Hanis menyokong!
“Betul, bukan macam dia tu.. taunya Blackshot aje.. pasal tu awek pun takde” sakatku. Hairul mula buat muka cemberut. Sebenarnya hairul baru putus cinta. Si jejaka tampan namun malang telah ditinggalkan.. hahaha kejamnya aku.
“Yelah-yelah.. Angah tolong korang masak. Hishh” balasnya. Aku bertiga ketawa. Marahlah tu..
“Awakkk” panggilku lembut. Rayqarl mencelikkan matanya sedikit.
“Mehh, tukar baju kejap. Melekit nanti” ucapku.
“Nak mandi. Rimas” balasnya sepatah-sepatah.
“Emm, meh jom saya mandikan” ujarku lalu dia tersenyum manja.


Benar, dialah jodohku.. (9)

“Apa maksud you ni?” soalku garang.
“Yana.. I bukan nak keruhkan keadaan tapi I taknak you hidup dalam penipuan” segera aku memintas.
“I kenal suami I” tegas.
“Tapi I kenal suami you sebelum you. Listen to me, tak ada faedah I nak menjaja cerita.. I tak dapat apa-apa” ujar Danial Irwan bersungguh. Aku memandang mukanya tajam. Aku memandang silih berganti dua insan dihadapan ini. Patutkah aku percaya?
“I perempuan. You perempuan. You mesti fahamkan bila you cintakan lelaki tu, you sanggup gadaikan maruah you sampailah you sanggup mengandungkan anak untuk dia tapi tetiba dia hilang tanpa khabar berita.” Kata wanita itu lirih. Hatiku bagai disiat-siat. Kosong itulah yang aku rasakan. Aku memandang mata wanita yang bercucuran airmata itu. Bukan tak mahu percaya tapi seperti ada sesuatu disebalik mata yang ditakungi air itu.
“You dah kahwin dengan dia?”
“Belum”
“Bila last you berdua bersama”
“I..I..tak ingat” balasnya seakan berfikir sambil mengesat airmata. Susah juga orang makeup lima inci nak menangiskan? Hmm..
“Reaksi you ni macam kami berdua ni menipu youkan?” bentak Danial Irwan. Aku terkelu.
“Hei, listen to me! Leave that bastard! You taktahu betapa banyaknya perempuan yang telah dia permainkan. Suatu hari, dia pasti tinggalkan you. Sebelum you beranak pinak lebih baik you bertindak awal” nasihat Danial Irwan. Hatiku berbelah bagi, nak marah si Danial Irwan ni pun ada. Sedapnya mengutuk suami aku. Tapi kalau betul macam mana?
“Then you nak I bercerai?” soalku terus terang. Danial Irwan memandang mataku.
“I sanggup terima you walau you janda”
Aku terpaku. Terdiam. Terkelu. Menangguk air yang keruh? Ya, itulah yang aku rasakan.
“Kalau I bercerai pun, I takkan kahwin dengan you. And you, Zurina.. Rayqarl cintakan you ke?” ujarku lagi pada wanita yang bernama Zurina itu. Lantang.
“I cintakan dia. Dia cintakan I not you!! Hei, kalau you tak kena tangkap basah dengan dia dah lama kami kahwin tau tak?!!” balas wanita itu dengan menghentak meja lalu berdiri. Aku turut sama berdiri. Macam meroyan dah perempuan ni..
“You know what? Kalau you teruskan perkahwinan ni.. youlah perempuan paling bodoh kerana percayakan lelaki jahanam tuu..” belum sempat dia habis berbicara. Panggg! Aku menamparnya, kuat.
“Aku bodoh ke kau yang bodoh? Lelaki jahanam konon tapi lelaki tu yang kau tergila-gilakan, kan? Hei, buang masa aku layan korang tahu tak?” balasku garang. Wanita itu terdiam sambil merenung wajahku. Nafas Danial Irwan pula turun naik melihat reaksiku, geram mungkin. Aku segera berlalu. Pantas.

**
“Sayang, ada pergi mana-mana petang tadi?” soal Rayqarl. Aku memandang wajahnya tepat. Perasaan ingin marah semua ada namun aku berfikir rasional. Relax..
“Ada” balasku sepatah. Aku menepis tangannya yang hendak memelukku. Rayqarl tersengih lalu menggaru kepala.
“Hmm, kenapa tak bagitau abang. Nasib baikkk..”
“Danial Irwan bagitau?” soalku memintas.
“Macam mana sayang tahu?”
“Kejap, saya nak buka lampu” pintaku. Aku lebih suka memandang tepat kearah mata orang yang berbicara denganku. Senang untukku ku tahu dia menipu atau tidak. Mulut boleh menipu namun mata tak boleh menipu.
“Dah macam nak soal siasat dah sayang ni?”
“Awak pernah bercinta?” soalku tanpa lengahkan masa sambil berpeluk tubuh. Rayqarl dihadapanku menggaru kepala.
“Tak..”
“Stok geli-geli awak tu emm awak pernah ‘tidur’ dengan diorang?”
“Haa? Ermm.. Kenapa?”
“Awak kenal perempuan nama Zurina?” soalku sambil merenung matanya. Tepat.
“Mana awak kenal?”
“So awak memang kenal dia?”
“Yup.. ala cinta monyet saya masa zaman dekat UKM je. Kenapa awak tanya?”
“Setakat mana hubungan awak dengan dia?”
“Ahh..emm.. err.. takat..takat.. Kenapa tanya bebanyak ni?”
“Awak masih berhubung dengan dia?”
“Dah habis master, manalah saya jumpa dia lagi. Ahh mana awak kenal dia ni?”
“Kenapa awak nak tau?”
“Aik.. tanya pun salah? Dia tanya kita boleh, kita tanya dia tak boleh”
“Awak pernah tidur dengan dia?”
“Ishh..apa tanya macam tu?”
“Saya tanya, jawab ajelah..”
“Itukan benda dah lepas..”
“Masalahnya sekarang, dia mengaku dia mengandungkan anak awak!”
“Hah?!! Gila ke apa. Dah dekat berapa tahun tak jumpa tetiba mengaku kandungkan anak saya. Mengarut betul. Bila dia cakap?”
“Petang tadi”
“Macam mana pula dia kenal awak?”
“Emm.. Danial Irwan kawan awak tu yang first-first ajak saya bincang. Saya pun emm pergi jelah sebab macam mustahak je. Then diorang cakaplah macam-macam”
“Kurang ajar punya kawan. Eh saya berani bersumpahlah dengan nama ALLAH yang saya tak buat dia mengandung. Ya, dulu memang saya jahil. Kitorang pernah bersama tapi itu dulu. Tak logik betul. Kalau sayang tak percaya juga, ajak dia buat DNA! Tengok dia berani ke tak?” bentak Rayqarl lalu mencampak majalah diatas meja. Aku tertelan air liur.
“Saya tak cakap saya tak percayakan awak. Saya tanya awak ajelahh”
“Dah minah tu sorang. Yang si Danial tu pula pehal join sekaki? Tak guna punya kawann..”
“Emm, awak ni janganlah marah-marah. Saya pun bukannya percaya diorang tu. Dahlah, drop this subject”
“Huh, Danial tu suka kat sayangkan?” soal Rayqarl. Aku terkelu.
“Kenapa awak cakap macam tu?”
“Start harini, sayang jangan jumpa si tak guna tu lagi tanpa izin saya. Yang tau esok saya nak jumpa dia!” kata Rayqarl. Aku mengelus lengannya.
“Dah..dah.. jangan marah-marah nanti Mek dengar karang. Dah jom tidur” ajakku lembut. Mukanya yang berang dan matanya yang tajam ketika marah kian terpujuk. Dia mengeluh lalu mengikuti aku ke katil. Aku menyelimutkannya lalu cium pipinya. Dia hanya merenung wajahku lembut sambil memelukku.
“Awak jangan tinggalkan saya ya? Betul saya sumpah  sayaa..” aku mencium pipinya lembut. Rambutnya aku elus. Hai, bila dia dah marahh..
“Dah takmau cakap pasal ni lagi. Saya percaya awak. Awak  percaya saya. Takmau fikir dah. Tidur..tidurr..” pujukku lalu melentokkan kepala didadanya. Aku membalas pelukannya yang erat.
“I love you” ucapku sambil tersenyum manis.

“I love you too” ucapnya kembali. Tenang.

Benar, dialah jodohku.. (8)

“Say...aaaa” pujukku. Kang cair kek aiskrim ni tunggu pakcik ni habis merajuk!
“Taknak” balas Rayqarl sambil menyembamkan mukanya dibantal sofa. Aku memukul lengannya, geram. Orang taknak temankan dia makan malam semalam pun nak merajuk. Hishh, suami siapa ni?
“Sakitlah” adu Rayqarl sambil membuat muka sedihnya. Aku ketawa kecil. Bila serius, macho.. Bila senyum, hensem.. Bila ketawa, comel..
“Alaa, saya bukan sengaja takmau temankan awak semalam. Mengantuk, hehe” pujukku lagi. Rayqarl memuncungkan lalu menganga mulutnya. Aku ketawa kecil dan menyuapkan kek aiskrim. Rayqarl mengambil terus, hmm hantu aiskrim!
“Merajuk macam budak-budak kecil. Suami siapalah ni?” usikku.
“Suami budak kecil ni.. Budak kecil yang sukaaa sangat buli suami” balas Rayqarl lalu mencubit pipiku. Ahhhhh!, aku terjerit. Rayqarl mentertawakan aku.
“Bak balik aiskrim tu!” pintaku.
“Eh mana boleh. Buruk siku!” balasnya.
“Takde.. tak kira”
“Haha, tak boleh” sakat Rayqarl sambil menghalang aku mengambil kek aiskrim yang dibeli Hairul.
“Awak jahat! Saya benci awak” marah aku. Huh.. penat. Itulah siapa suruh  pendek dan kecil sangat?
“Haha, merajuk ke?” usik Rayqarl lagi sambil menjenguk wajahku. Aku yang memeluk tubuh, memalingkan muka.
“Merajuk ye? Mehh, biar saya pujuk” kata Rayqarl lalu menciumku bertalu-talu. Aku yang kegelian segera ketawa terkekeh-kekeh.
“Dah..dah.. orang nak makan aiskrim. Kang cair pula” ujarku. Rayqarl segera menyuapkan aku dan lap bila aku makan comot. Aku hanya tersengih.
“Sampai bila kita nak berAWAK-SAYA ni?”soalku.  Rayqarl yang sedang makan aiskrim menggigit bibir.
“Ish.. taknak saya berABANG dengan sayang. Nanti orang ingat saya abang sayang. Sayang tu dahlah kecik macam budak sekolah” ujar Rayqarl selamba. Aku menjengilkan mata.
“Ayat kat depan tu dah ala- ala romantik. Yang belakang tu macam ada sikit keperlian. Ni yang nak kena ni..” balasku sambil menggigit bibir tanda geram. Rayqarl ketawa besar lalu menarik kepalaku lembut, diletakkan dibahunya. Rambutku dielus-elus lembut.
“Sayang tahu..?”
“Tak!” aku memintas. Rayqarl ketawa memandangku. Aku sengih.
“Dengar dulu.. Sayang tahu tak sayang penting sangat dalam hidup saya. Saya yatim piatu sejak baby. Orang gaji jelah yang jaga makan minum saya. Saya ditatang bagai minyak yang penuh dan semua orang menghormati saya thats why.. you know, saya jadi ego and berlagak sikit. Then, the first time, saya masuk kampung ni. Saya hampir terlanggar adik sayang, Hairul.. Masetu, dia ada bawa nasi lemak yang sayang buat tu..”
“Actually, Hanis yang buat.. saya tolong je” ujarku, menyampuk. Aku sengih lagi.
“Haha okay.. Fine, hepp dengarlah”kata Rayqarl apabila aku ingin makan aiskrim. Aku ketawa.
“Cerita jelah saya lapar ni.. Btw patutlah si Hairul tu macam kenal awak je time hari first kita jadi suami isteri. Hmm.. Lepastu..lepastu?”
“Then, actually nasi lemak tu semua dah hancur habis. Muka Hairul masetu saya tengok macam dah nak menangis, saya rasa kasihan sangat. Saya rasa macam tak percaya, I am Rayqarl si hati batu, bajet bagus blablabla tetiba jadi tersentuh and entah.. saya pujuk Hairul. Sembang-sembang dan masa tulah saya tahu itu adik sayang. Dia cerita pengorbanan sayang dan semuanyalah senang cerita. Saya rasa tersentuh sangat sebab saya pun pernah alami kehilangan tapi saya tak pernah alami kesukaran hidup.. saya rasa bersyukur sangat” kata Rayqarl sambil memandang wajahku sayu. Aku mengusap lengannya.
“Hmm, itu sebablah.. awak tak comment apa-apa pun bila kita kena tangkap basah?” soalku lembut. Dia mengangguk.
“Haha, macam tak percaya. Daripada tak suka.. tak suka.. jadi suka.. then, first time saya rasa saya suka dekat sayang time yang sayang mandi dekat kolam. Comel macam budak kecik” katanya lagi. Aku tergelak. Pelbagai aksi yang aku buat masetu.. memalukan betul! Hahaha..
“Kenapa awak tak suka saya?” soalku lagi. Setahu aku, aku tak buat salah apa pun.
“Sebenarnya sebelum kenal sayang dengan adik-adik sayang, semua benda dan semua orang saya tak suka” jawab Rayqarl sambil mengusap lehernya. Aku tergelak.
“Haha, ada juga camtu eh? Hmm, so dulu.. abang pernah bercinta tak?”
“Tak”
“Ye ke? Muka hensem macam ni takkan tak ada yang ngurat?”
“Bercinta betul-betul dengan sayang jelah. Itupun lepas kahwin.. Emm yang dulu-dulu tu.. stok geli-geli je” ujarnya selamba. Aku mengerutkan dahi.
“Geli-geli? Maksud?” tanyaku lagi. Naif. Mukanya merah padam.
“Ah..err..ehmm.. itukan dulu-dulu punya cerita. Tak payah fikirlah. Sayang pula, pernah bercinta?” soalnya pula. Aku memuncungkan bibir.
“Tak pun. Sebenarnya azam saya nak bercinta lepas adik-adik semua masuk U. Sayakan tak dapat masuk U, yalah nak kena tanggung adik-adik.. so adik-adik sayalah harapan. Tapi entah macammana boleh terkahwin dengan awak pula. Then yang peliknya macam tetiba je kita kahwin, berbaik and happy macam sekarang. Hmmm, pelikkan? Kan? Kan?” ujarku ceria.
“Kan kan kan” balasnya terangguk-angguk, join sekali ketawa.


Benar, dialah jodohku.. (7)

“Oh, inilah bini kau tu ye?” soal Danial Irwan.
“Macam aku pernah jumpa. Kita..err.. pernah jumpa tak eh?” soal Danial Irwan lagi. Aku masih mengingatinya namun aku berbuat tak tahu dengan mengangkat bahu dan membetulkan tudung. Rayqarl membetulkan tudungku sedikit kerana sedikit senget, aku hanya tersengih. Rayqarl menggelengkan kepala.
“Kau tak ingat? Biasa kau kalau bab perempuan.. genius je.”
“Haha, so betullah ni kitorang pernah jumpa? Haihh, lambatnya otak aku loading..”
“Kedai Mak Siti hujung kampung” Rayqarl memberi klu lalu mengusap tanganku dipahanya.
“Oh ya..ya.. aku ingat. My Miss Arrogant. Haha tak sangka you jadi isteri si Rayqarl ni. Dia ni dahlah..” bicara Danial Irwan terhenti tika Rayqarl merenungnya tajam. Aku terkebil-kebil. Dah kenapa diorang ni?
“Dahlah apa?” soal aku. Hairan.
“Err, takde pape. Im just kidding. You know, dia nikan sombong so I rasa bangga dengan you sebab dapat tackle dia..Hahaha” kata Danial Irwan sambil buat-buat ketawa. Aku memandang wajah Rayqarl. Wajahnya sedikit pucat.
“Eh, kau dah siap tender baru tu?” soal Rayqarl seakan ingin mengalih topik. Aku meminta izin ke dapur. Aku mencuri-curi dengar perbualan bisik-bisik mereka namun hampeehh. Tapi yang tahu, Danial Irwan sedang dimarahi oleh Rayqarl. Rahsia apa yang mereka sembunyikan ni?

**
Haih, kenapa hati aku rasa macam tak sedap ni? Takkanlah suami aku curang. Heish tak mungkin.. setiap hari dia melekat dekat rumah. Tapi, dekat pejabat siapa tahukan? Hmm, jangan fikir negatif.. No.. no.. no..
“Sayang!”
“Aa..awak.. ni.. terkejut saya”marahku. Aku yang sedang menjahit nama diatas sapu tangan hampir saja tadi tercucuk.
“Sorry..sorry.. Ni kenapa muka monyok ni?” soalnya hairan. Aku mengetap bibir. Nak tanya ke tak eh?
“Awak, duduk sini” arahku lalu menepuk buaian yang aku sedang duduk ini. Rayqarl menggigit bibir sambil menggaru kepala.
“Hmm, kenapa?” soalnya sambil bermain rambutku. Aku hanya membiarkan, sudah biasa dilayan bagai anak kecil.
“Awak ada rahsiakan apa-apa dengan saya?” tanyaku lembut sambil mengusap lengannya. Rayqarl menggigit bibir dan terkebil-kebil.
“Ta..tak..de.. nape?” jawab Rayqarl tergagap sedikit. Dah tahu tak boleh tipu nak menipu.
“Takde..takde.. tapi reaksi muka awak buat saya curiga tau tak?” balasku lalu mencubit pipinya lembut.
“Betul. Sayang tak payah fikir okay? Danial tu memang kecoh sikit. Saya takkan buat benda yang boleh buat sayang kecewa. Trust me..hmmm?” ujar Rayqarl sambil merenung mataku. Aku kian terpujuk. Hmm..
“Janji?”
“Janji.”
“Pinky promise?” pintaku sambil hulurkan jari kelengkingku.
“Eish, saya lelaki. Mana boleh main pinky promise”
“Alaa, nak juga”
“Takmaulah”
“Mau juga.”
“Takmau”
“Mau”
“Takmau”
“Cuppp!”
“Haha, okay..pinky promise pun pinky promiselah. One more please?” balas Rayqarl ceria.

“Taknak. Wekkkk!” balasku lalu berlari masuk ke dalam. Rayqarl mengejarku dari belakang lalu mencempungku. Aku tergelak sakan. Sejak bergelar isteri, aku rasa macam jadi bayi semula. Dimandikan, disuapkan makanan dan macam-macam lagi. Bahagianya hidup..

Benar, dialah jodohku.. (6)


 Beberapa bulan kemudian..

“Memang benar aku sudah jatuh cinta.. lalala. Sedap pula suara aku ni” aku bermonolog sendiri sambil menyiram kebun bunga. Hmm, biarlah Mek tu rehat. Walaupun aku sekarang jadi mem dibanglo ni namun tidakku perlakukan Mek sebagai orang gaji. Kami selalu melakukan kerja rumah sama-sama ibarat ibu dan anak. Hairul pula mendapat keputusan cemerlang dalam PMR begitu jua Hariz. Kini Hanis pula yang menghadapi UPSR. Berapa bulan saja lagi, genaplah setahun aku berkahwin. Emm, lagi empat bulan yaa empat bulan. Hmm, annivesary pertama. Excited gitu..        
            Mamat angkuh plus bajet yang dulunya aku kenal dulu tu sudah lenyap dalam diri Rayqarl. Rayqarl yang aku kenal kini adalah seorang yang matang, kelakar dan penyayang. Ini yang buat aku semakin sayang. Hihihi.. tiba-tiba pinggangku dipeluk dari belakang.
“Oh mak kau meletup kau terjatuh!” aku termelatah.
“Uih, panjangnya melatah” usik Rayqarl lalu mencium pipiku.
“Awak nikan, tak baik buat macam tu. Kalau saya ada sakit jantung dah lama gol tau?” marahku sambil mencubit pipinya. Kepalanya dilentokkan dibahuku. Dia berdecit mendengar ayat yang aku keluarkan.
“Janganlah cakap camtu” katanya sambil membuat muka sedih. Mata cantiknya memandang mataku. Haihh, suami siapa macho sangat ni?
“Haha, kalau camtu takmau buat lagi”
“Okay.. Emmm muahh” aku ketawa sambil menepis mukanya.
“Hmm, ni kenapa tetiba balik awal?” soalku. Belum lunch hour lagi.
“Saja, rindu bini”
“Hmm, boleh eh macam tu?”
“Boleh”
“Yeke?”
“Ya”
“Kenapa pula?”
“Sebab bos syarikat tu pakcik saya”
“Haha, nakalnya dia”
“Meh, duduk dekat pondok tu” ajaknya sambil memegang erat tanganku. Aku memuncung bibir.
“Orang nak siram bunga-bunga ni. Kasihan Mek, mesti dia penat”
“Awak lagi pentingkan bunga daripada saya, yang?”
“Eh, apa pula cakap camtu?”
“Dahtu, mehh lah temankan saya..”ucapnya manja.
“Okay” balasku sambil membawa paip air bersama. Sambil berjalan berpegangan tangan, aku menyiram bunga.
“Awakk..” panggilku manja.
“Hmm?” Rayqarl mengangkat kening dan tersenyum nakal.
“Nahhh, amik ni!!” jeritku sambil membasahkannya. Aku berlari apabila dia mengejar dan kini aku pula yang basah.
“Nakal dia ye?”
“Alaa, abang.. Stoplahh.. Pedih..” pintaku. Tingginya suami aku ni, mata aku dah pedih kena air.
“Nak ye? Emm, ambillah kalau boleh” arahnya nakal. Aku menjeling ke arah. Aku menghentak kaki sambil suruh dia berhenti menembakku dengan air namun tak dipedulikan. Takpe, Plan B! Aku segera memeluk tubuhnya dan membuat muka kasihan. Dia hanya ketawa melihatku.
“Haha, alolo nak bodek ye? Takpe.. kiss pipi dulu” pinta Rayqarl sambil menunjukkan pipinya.
“Tutuplah mata. ” pintaku. Dia hanya menurut sambil tersenyum. Aku segera merampas paip air. Tanpa lengahkan masa, segera aku menembaknya dengan air. Kini, dia pula merayu agar aku berhenti. No way! Haha..

“Amboi.. dah macam pengantin baru nampak?” tegur seseorang. Aku dan Rayqarl berpaling.

Benar, dialah jodohku.. (5)

“Awak nak makan apa?”
“Awak rasa?” balasnya selamba.Ohh.. depan adik-adik aku berAWAK-SAYA.
“Saya tanya awak. Kalau saya tahu nak makan apa takpayah saya tanya” getusku.
“Kaklong ni kecoh je kan? Orang nak main game pun takleh fokus”kata Rayqarl kepada Hairul. Hairul angguk dan gelakkan aku. Aku buat simbol tangan ‘tumbuk’ kepadanya.
“Main..main.. takpayah makan”
“Hmm, hairul nak makan apa?”
“Emm, kari ayam. Fuhh, sedap!” balas Hairul sambil buat aksi membayangkan. Rayqarl ketawa melihat gelagatnya. Kamceng bebenor korang ye? Kenal cuma sehari, dah main PS3 sesama. Huh..
“Hanis nak makan apa?”
“Tak kisah. Apa-apa pun boleh”                                                                                
“Hariz?”
“Ikan siakap masak tiga rasa dengan somtam pedas-pedas. Ah sedapnya” balas Hariz dengan menggigit bibir. Aku terbeliak.
“Amboi-amboi yang masaknya kaklong. Ingat dekat kedai ke nak order macam-macam. Mintalah yang senang-senang!” marahku. Hairul dan Hariz menggaru kepala.
“Abang long yang tanya nak makan apa. Orang cakaplah. Emm, kitorang tak kisah akak nak masak apa tapi.. kalau masak kari ayam. Kitorang makin sayang kaklong! Hehehe” bodek Hairul. Aku mencebikkan bibir.
“Kita masak kari, ikan siakap tiga rasa dengan somtam. Emm okey juga! Saya tolong awak masak. Okay?” kata Rayqarl.  Ehh, salah dengar ke aku ni? Mamat ni macam pelik je harini. Biasa bengis tetiba pula baik. Eh tak, dari hari kitorang kena tangkap khalwat masetu. Dia macam baik ‘semacam’. Sebelum-sebelum tu, pandang aku pun taknak. Pandang pun setakat sindir dengan tengking.
“Bahan-bahan?”
“Awak pergi belilah dengan saya”
“Hmm.. hah! Hairul dengan Hariz.. korang pandai order so korang pergi beli.”
“Kitorang okay je. Emm pergi beli jalan kaki ke naik kereta bang?”
“Naik keretalah. Awak tulis apa yang nak kena beli”
“Hanis nanti tulis eh? Kaklong nak kemas bilik”
“Eh, Hanis tahu ke nak kena beli apa?” soal Rayqarl sambil kerutkan dahi. Aku baru hendak menjawab. Hairul memintas.
“Sebenarnya Hanis lebih pandai masak daripada kaklong. Kekadang tu, dia yang ajar kaklong. Kaklongkan ala-ala boyish sikit so dia tak minat bab memasak ni” kata Hairul lalu lelaki bertiga itu tergelak besar. Hanis memandang wajahku sebersalah.
“Kurang ajar kau hariz! Sini kau!!”
“Lari! Lari! Lari!!” jerit Rayqarl sambil disambungi gelak ketawa lalu mengajak adik-adikku berlari keluar. Hah, tahu takut!! Eh, mana Hanis? Eh dia pun join sekali lari? Hmm, nasiblahh..
**
“Wahhh, sedapnya lauk. Nyam! Nyam!” kata Hariz. Aku menepuk tangannya yang sudah ingin mengambil lauk.
“Baca doa” arahku. Semua senyap.
“Hairul baca”
“Emm, apa kata abang long baca. Abangkan ketua keluarga kami sekarang? Hehe” ujar Hairul dan mengangkat kening.
“Okay.” balas Rayqarl lalu membaca doa dengan tenang. Tenang je muka mamat ni sejak bergelar suami aku. Awak-saya pula tu sekarang. Aduhh, terpikat aku. Haishh, dah dah jangan fikir. Malu jee.
“Awak kenapa?” soal Rayqarl. Kesemua mereka kehairanan melihat aku yang sedang menepuk-nepuk pipi.
“Ahh..err.. takde pape. Makanlah” balasku. Haih, memalukan.
“Nah, makan banyak-banyak. Biar berisi sikit. Ini tidak, badan kurus kering macam budak-budak. Jalan dengan saya macam adik dengan abang” bebel Rayqarl lalu mengambil lauk untukku. Aku memuncungkan bibir.
“Terima kasih” ucapku. Rayqarl hanya tersenyum manis. Aduhh, machonya mamat ni!
“Ehmm..ehmm..aduh tercekik pula.. ehmm ehmm!” kata Hairul bersama senyuman mengejek.

“Sibuk je dia ni” ujarku kepada Hairul seraya menjeling. Rayqarl hanya ketawa kecil. Makan malam kami meriah seperti dulu tika ibu bapaku masih ada. Layanan Rayqarl yang bersama-sama menghidangkan lauk dan mencedokkan lauk untuk kami semua membuatkanku terharu. Walau seribu persoalan dimindaku tentang perubahannya, namun aku bersyukur mungkin benar.. dialah jodohku.