Pages

"Diriku umpama pelangi"

6/21/2013

PALAPES UTM!

Sejujurnya aku tak pernah pergi ke mana KEM atau ape2 jelah aktiviti yang mencabar. Entah taktau acano boleh excited gile masa cikgu ceritakan KURSUS KEPIMPINAN ni. First2, aku rasa yg aku xberpeluang nak pergi tapi disebabkan ramai pengawas yg undur diri. PRS bangkit memunculkan diri dan menjadi pengganti. Ramai kot PRS yg nak pergi. And aku rasa bersyukur sgt dapat pergi. Time nak pergi tu, aku memang bersemangat gila tapi ramai yg tak percaya dan was-was.. untuk benarkan aku  pergi sana. Si hayani dengan baik hatinya telah membuat aku takut, Fitrahnya yg buat reaksi terkejut dengar aku pergi AND mama mimpi aku kena sampuk. Mama cakap, kalaulah aku belum bayar memang mama tak kasi pergi. Okey, aku kecut! Sebelum pergi tu, aku memang dah badmood..rasa macam taknak pergi pun ada. Dahtu, cari tu tak jumpa..ni tak jumpa!
            Sebelum bertolak kitorang berkumpul dekat kantin. Hehe, aku tengah sibuk dok jeling2 mamat cina yg kaya plus handsome tu. Haha lol. Jannah pula first2 die buat cekerama air mata *gelengkepala* Aku pula sakit hati sebab asyik lupa bawa sweater dari dulu lg. Pergi mana2, mesti lupa bawa! Beg itu sungguh berat! Ahhh, naik sakit tangan aku bawa beg tu. And masa letak beg, dorang berebut-rebut..aku taktau nak letak acano. Tapi nasib baik ada budak cermin mata tu tolong EVEN aku benci dia. Hehe, cancel dah benci cuma tak suka je boleh? Haha. Aku naik bas 1 and duduk sebelah atirah. Aku alah pada air-cond, bila kena air-cond je mata kuyu. Lg2 bile org xajak berbual memang tertidurlah jawabnya.
            Sampai sana, aku lupa pukul berapa tapi yg tau aku kecut sangat sebab muka diorang macam singa wooo! Aku cepat nervous and automatically tangan aku gigil -.- Takdelah takut sangat cuma aku ni cepat nervous je mehh.  Masa pendaftaran? Yeahhhhh! Aku sama dengan atirah. Rasa macam nak buat sujud syukur. Haha. Aku ni dahlah tak berapa peramah. Aku peramah kalau ada org yg aku kenal beside aku je. Hehe. Act masa pergi tu, aku tak breakfast.. Atirah pun sama. So, belum tengahari lg.. perut kitorang dah buat breakdance. Lepastu, kitorang pergi pasang khemah. Nak suruh aku pasang khemah memang taklah.. nasib baik ada akak Form5 tu yg pandai pasang khemah. Aku just tolong sikit2 J Apa yg penting? Kerjasama! Haha. Ahli khemah aku ialah AKU, ATIRAH, BASIRAH, KHANESHA and AKAK FORM5 tu. Maaflah, lupa nama. Hihi. Kemudian, kami solat zohor. Nasib baik aku boleh solat, takdelah serabut sangat dekat sana.
            Akhirnya, makan juga kitorang. Time ambil makanan tu, aku rasa macam tak cukup je. Hehe, last2 makan tak habis. Kesian nasi tu. Nasi dan air dekat sana rasa dia lain sikit. Apa yg lain? Air dia rasa besi..haha korang ada? First2 guna jela rasa besi.. lame2 tak pung. Then, dengarlah syarat2 and peraturan dekat sana yg dijelaskan oleh pelatih or fasiliator dekat sana. Then, kitorang g solat.. naik semput aku. Tak macam dekat pula dia punya surau. Lepas je solat, kitorang ada aktiviti sukan. Kitorang g main bola baling. Memang best! Lagi best perjalanan nak ke sana. Lol. Amat memenatkan :/ Time kena lari 3 pusingan tu act perut aku senak gila dan aku rasa macam nak muntah pun ada tp aku tekad dlam hati ‘ Orang Lain Boleh Buat, Aku pun Mesti Boleh Buat! ‘. Bola baling? Aku malas nak main tp nak try and... Then, aku pun bglah sumbangan 1 gol pada group THANA. Bukan aku yg golkan Cuma aku yg ambil n pass dekat akak tu and GOLLLL!!!
            Lepas penat2 and dah nak maghrib kitorang pun balik. Haha, kena beratur dulu maa time jalan tu. Disebabkan aku comel lote then aku kena duduk depan. Cis, kalau bab PENDEK ni aku geram. Aku taknak depan, aku seram tengok muka fasi2/pelatih dekat sana. Hehe, benda paling memalukan adalah aku nak terjoging dengan group lain. Haha, okey aku diketawakan. Aku blur gile kot dekat sana. Aku ketawa bila ingat betapa semangatnya aku nak lari ikut group tp last2 kena stop. Rupanya group THANA BRAVO belum jalan. Haha, malunya.. macam nak pakai topeng pun ada. Kemudian, kitorang solat maghrib.. kelam kabut gile dohh -.- Serabut otak aku. Dengan yg mandinya bagai.. then lepas solat maghrib. Kitorang pun dengarlah ceramah dr ustaz kacak itu ._. Haha act aku dengan atirah boleh bergosip time tu. Lol. Haha, sesi luahan perasaan. Lepastu, kitorang ada LDK. Memang best! Haha, nyatakan cartoon kegemaran  anda? Lol, dengan jujurnya aku jawab ‘BARBIE’. Haha. Ramai ketawa dengar aku cakap cenggitu -.- Then, kitorang kena hafal cartoon ahli2 THANA BRAVO. Haha, aku kena hafal 4 orang je, nasiblah yg last tu :p Kitorang kena pakai kain yg ditulis nama kita. Satu dekat lengan, satu dekat kepala. Satu aku tulis ASHIKIN MUSLIM. Satu lagi, THANA BRAVO. Haha, nampak MUSLIM je. Lepas tu semua, kitorang makan malam. Seriously, makanan dekat sana memang sedap *slurp* Time makan tu, aku duduk depan sekali and ada pelatih tu tanya nama aku. Aku dah gugup. Then aku cakaplah nama aku ashikin n nama full NOR ASHIKIN BT MUSLIM. Lepastu dia ketawa, dia ingat nama aku MUSLIM. Aku nak tergelak pun ada. Then time lepas aku amek makanan , dia boleh ckp. Yg baju pink tu apahal lemah gemalai sangat? Aku dah gigit bibir. Cheit, inilah yg aku tak suka ni. Haha, kemudian abg SYAFIQ ada bg announcement and guna beg aku. Haha, aku suka tengok muka dia time letak beg aku balik. Haha, beg aku asyik jatuh balik n muka dia..blur gile. Haha dengan baik hatinya aku cakap ‘Takpe, biar saya letak’ Haha, dia sengih je. Tahukah anda..muka dia macam pelakon? Tapi aku lupa nama pelakon tu. Kemudian, dia boleh pula tanya..siapa ASHIKIN. Aku first2 tak dengar. Maaflah ye? Hehe, dlm hati aku membebel. Aik, dr td duduk depan aku tak nampak ke? Haha lol. And lastly kitorang tidur. Nak tidur, boleh hujan pula.. Khemah basah and kitorang terpaksa tidur dekat surau. Semua ahli THANA BRAVO(perempuan) means kedua2 geng khemah THANA BRAVO tidur dekat sana. Kitorang nak mandi sebelum tidur tp dah ngantuk gile. Kitorang tak bawa bantal mehh and tidur atas beg.
Pukul 4 pagi, aku dah bangun. Aku nak mandi..rimas gila doh badan! Aku ajak atirah bangun sekali and kitorang pun mandi dengan lamanya. Memang sejuk tapi nikmat gile kot! Rasa macam nak berendam je. Lepas tu semua, kitorang tertidur balik. Haha. Telekung basah.. fuhh, geram je aku. Kitorang pun pinjam telekung surau. Nasib baik baju aku tak basah. Alhamdulillah. Then, kitorang pun buat senaman pagi. Senaman pagi tapi aku rasa macam nak tercabut kaki. Haha aku memang tak aktifkan? Lepas penat2 and peluh, kitorang pun sarapan. Sedap sangat nasi lemak PALAPES UTM! Aku rasa macam nak tambah tapi takut perut kembung. Kemudian, kitorang kena berdiri tengah panas. Lol. Kena jalan dua baris. Aku sebelah EDREE, depan aku LUTFIL, belakang aku ATIRAH. Act aku nak atirah duduk sebelah aku. Yelah, aku ni penakut. Sekurang-kurangnya, bolehlah aku paut tangan dia kalau aku takut ke ape ke.. Tapi takdir tidak memihak -.- Lol, ayat. Kitorang pun masuk hutan. Haha, disebabkan aku teringat apa mama aku cerita. Aku pun baca ayat KURSI n segala ayat yg aku tahu sebelum masuk hutan tu. Haha, biarlah diorang nak ketawa ke ape. Asalkan aku happy. Haha. Seriously, aku penat gile kot haritu. And bape kali aku nak tergelincir. Okay, edree  mula mengada nak berlagak sebagai penyelamat. Cis, tiada peluang bagimu. Haha tp paling teruk adalah time panjat tu. Aku suruh atirah ke depan tapi... then terpaksa aku tabahkan diri. Aku taktaulah bape kilo aku punya lemak ni. Haha, nak naik tapi tak naik-naik. Aku mcm nak menanges pun ada tapi leader THANA BRAVO a.k.a abg HAZIQ tolong aku naik. Time die tarik tangan aku tukan aku rasa mcm dia nak putuskan tangan aku pun ada and last2 aku terpelanting. Fuhh, aku boleh jatuh tersentak pula. Tangan aku dah sakit then punggung pula dah rasa perit. Tp aku just jawab okay even time tu aku rasa mcm nak menanges T_T Alhamdulillah, Edree, Lutfil and Atirah and lain2.. take care gile aku. Aku rasa bersyukur sangat. Aku suka aktiviti ni cuma bab memanjat aku rasa macam nak undur diri. And ada satu tempat tu dia macam licin and curam kemudian dengan tak sengajanya aku TERpegang tangan lutfil. Wa minta maaf, wa tak sengaja -..- Ape2 jelah.. yg tau, si SPONGEBOB tu perasan dia jadi SUPERHERO.Cis! Aku paling bingit time diorang cakap ‘Biasalah, barbiekan biasa pakai kain je ni first time pakai seluar sebab tu asyik nak jatuh’ Haha, kenyataan biadap. Puihh! Haha. Then last2, aku jalan belakang EQMA and belakang aku LUTFIL. Sekurang-kurangnya, EQMA tu lembut sikit and tak gatal. Hehe, rasa selamat sikit. Tapi pinggang aku betul2 sakit time tu, botol tu berat gile and makin lama, dia  jadi longgar. Nak pasang tapi susah gila! Merah tangan aku. Hehe, sebelum ni AH YIEP yg pasangkan untuk aku. Hihi. Dahlah sakit pinggang , betis pula sakit. Yelah, jalan jauh sangat. 7KM!!! Gilelah.
 Kitorang kena nyanyi, first2 group kitorang memang bersemangat tapi last2 kitorang semua takde mood. Fasi tu cakap sama ada kitorang nyanyi atau diam. Kitorang semua pilih untuk diam tapi kena marah lol. Haha. Aku paling suka tengok HAFIZAN bawa baby dia a.k.a biskut lembap. Kitorang kena jaga dia baik2 n tak boleh retak sikit pun. Hanya group kitorang je yg kekal bawa BABY BISKUT tu. Haha. And tibalah disatu tempat, kitorang kena stop and kitorang ada competition. Group THANA BRAVO kena nyanyi lagu SHAE-SAYANG. Haha, kitorang tak berapa sporting terutamanya aku. Hehe, aku kena duduk depan. Malunyaaa hai >.<  Kitorang tak menang tp kitorang dah buat yg terbaik maa. Kira okeylah tu.
Tak cukup dalam hutan, jalan dekat jalanraya lagi. Kesian fasi aku a.k.a abang Syafiq , terkejar sana terkejar sini. Akak Nianah pula muka dia merah gile. Aku pula bersemangat bile nampak TEEEEEEETTTTTT lari. Merah muka dia. Ikutkan hati nak je aku bg dia air aku tp malu maa. Comel sangat time die masukkan kelapa dlm baju dia, mcm mengandung pun ada. Haha lol. Tp die mcm BADMOOD gile masetu. Maybe ade kena marah atau baru break :/ Haha, kejam aku. Ape2 pun kaki aku rasa mcm nak tertanggal je. Kalaulah ade spare part masetu bolehlah aku tukar. Haha. Air pun bagi aku macam tak cukup. Kulit aku pula rasa macam pedih gile. Thats why, aku tepuk2 muka aku lebih2 lagi hidung comel aku ni. Haha. Merah plus Pedih plus Perit! Aku rasa mcm dah pusing satu UTM pun ada. Then, sampailah ke tempat yg kami tuju. Tapi last2, pelatih suruh pergi lagi satu tempat tapi cancel. Dahlah penat, kena patah balik. Aku dah terduduk dekat tengah jalan tu. PENAT!
            Kemudian, kitorang ada ceramah pasal IKHTIAR HIDUP. Masa orang tu bg ceramah, aku sbnrnya ngantuk. Hehe. Nak tidur! Seriously, memang aku cuai gile masetu. Beg aku taktau letak mane. And duduk tercari-cari  tp last2 dekat belakang. Eeii, geram pula aku. Then kitorang ada latihan MEREMPUH HALANGAN! Aku sejujurnya berdebar gile nak masuk tapi sia2 je aku datang tp tak buatkan? Sebelum buat tu kitorang tinjau dulu kwsn tu. Ceh, pelatih tu ckp dlm air tu 2.5 meter lah apelah, last2 rendah je tp time die bgtau mmg semua percaya! Time first2 kitorang kena lari ikut group. Halangan pertama kitorang kena panjat benda pyramid tu. Wohooo, rasa mcm nak tergelincir aku. Hehe, aku dpt rasakan yg ramai risaukan aku. And untuk pengetahuan korang, aku lg risaukan diriku. Aku tak percaya yg aku buat aktiviti2 ni J Kemudian, kitorang kena jalan atas papan tu memang goyang and aku nyaris nak terjatuh. Ramai yg jerit n bg sokongan aku pun breath deep and teruskan. Aku tak pandang bawah coz aku akan rasa mcm diawang-awangan bila pandang air tu. Jangan tanya aku punya tahap guguplah memang jantung jalan laju gila. Then, aku smpai akhirnya. Aku rasa mcm nak lompat2 je. Senyuman mekar terhias dibibir tp last2 senyuman aku hilang time kena daki benda tinggi tu and kena lompat. Naik tu bolehlah tp time lompat tu. Yg pertama, aku berjaya. Yeahhh! Yg kedua, aku betul2 nak menangis. Airmata dah bertakung. Dalam otak aku dah mengatakan yg aku tak boleh. Jauh kot tinggi pulak tu. Aku nak undur diri tp diorang bg aku semangat ‘Ekin boleh! Ekin boleh!’ kaki aku dah menggigil. And ada yg cakap ‘Lompat je kalau jatuh aku sambut’ and ade lg kata2 yg membuatkan hati aku berkata ‘Kalau aku jatuh pun dorang sambut! Lompat je!!!’ Lgpun ramai yg mengelilingi aku dekat bawah so aku rasa safe sikit. Time aku lompat tu aku rasa mcm nak pejamkan mata pun ada tapi taktau acano aku boleh buat tanpa nak terjatuh. Aku rasa mcm nak bersorak sekali time dorg sorak. Tp yg penting, aku nak turun dulu. Haha. Time turun, dgn slownya aku turun. Haha, tak sanggup aku patah kaki. Aku rasa terharu gile and tak percaya yg aku boleh buat!!!! OMG, aku rasa macam nak bgtau satu dunia yg aku mampu buat! Then, kitorang kena jalan atas kayu balak. Ayoyo, aku ni dahlah gemuk -.- Lepastu kitorang kena panjat apetuh MONKEYBAR bagai. Ya Allah, sejujurnya aku tak pernah main monkey2 tu. Pernah sekali time kecil2 tp aku jatuh and start tu aku insaf.. tak nak main lagi. Tp time akak tu panjat. Aku rasa mcm nk terkuncil dekat situ. Kalau tak panjat.. lemas! Air tu dalam... 2.5 meter! Tp time akak KANEESHA terjatuh aku terkejut sbb air tu sebenarnya tak dalam pun. Paras pinggang je. KANTOI !!! Aku pun apelagi, redah jelaa. Haha, lencun. Then sampailah kami ke tempat yg kena lompat mcm tempat katak lompat. Jauh, acano nak lompat? Aku dan atirah dah teragak-agak nak pergi macammane tp abg JUREN bg semangat. Aku bersemangat sbb geng2 THANA BRAVO bg semangat dekat aku. Haha, love you THANA BRAVO! Abg juren suruh aku ikut atirah buat acano. Aku pun ikut je maaa J And I did it!!! Yeahhhh, BARBIE ternyata mampu melakukannya. And kitorang pun smpai tempat last yg gayut dekat tali n seberang. Haha, aku jatuh and memang aku sengaja coz aku tau aku mmg jatuh pun kalau buat bersemangat sekali pun. Hihi, ternyata aku rendah coz dr paras dada ke bawah aku basah. Org lain paras pinggang -.- Haha lol. And saya mampu melakukannya!!!!!! Aku rasa mcm nak ketawa, nanges dll. Aku mcm tak percaya aku boleh buat! Kemudian, yg bestnya.. Kitorang dpt nombor 2. Ya Allah, beza berapa saat je dengan tmpat pertama. Kalaulah aku jln laju sikit tentu kami juara :/ Tp ape2 pun. Aku dah buat yg terbaik.
Kemudian, sesi memasak. Mmg best! Haha, time abg SYAFIQ suruh aku basuh beras. Hehe *sengih* sambil angguk sedangkan dlm hati..menyesal aku tak tolong mak aku dekat dapur. Taktau acano, dia boleh tanya ‘Tau basuh beras ke tak ni?’ Aku angguk. Boleh tanya org maaa nanti kalau taktau pin, hihi J ‘Pandai masak nasi tak?’ Hehe *sengih*. Dia ketawa. ‘Cakap betul-2. Pandai ke tak ni?’ Hehe tak. Dia ketawa dengan kawan dia n aku rasa mcm nak tutup muka aku guna plastik o.O Tp last2 aku basuh beras tu juga dgn akak FORM5 n ATIRAH. Hihi, berangan jd wife kejap. Then, kak Nianah suruh aku masak!!! OMG..Taktau, Takmau, Taknak! Haha, dia suruh belajar lol aku cabut dulu. Tp lastly aku tolong bukakan makanan tu. Panas!!! Nak potong gunting takde, nak buka guna tangan licin.. Haha, akhirnya aku menggunakan gigi aku ._. Ada yg keras, gigi aku rasa mcm nak tercabut pun ada. Haha, ada satu tu takleh buka. Aku suruhlah kak Nianah, takleh juga. Kak Nianah suruh Abg Syafiq and dengan slumbernya dia ckp ‘Asal basah ni, kau guna gigi ke ape’ Eeii, memang dah basah eh tolong sikit. Kot ye pun bak mai lah gunting. Kesian gigi aku. Dan akhirnya, kesemuanya dibuka oleh gigi aku. Haha, takyah nak geli sangatlah takde sebab campuran ‘air’ lain ye. Haha. And kitorang pun hias makanan tu tp tak menjadi sangat coz kesuntukan masa. Aku duduk ketawa je dekat situ tengok gelagat EQMA. Dengan tangan dia tu. Comel sangatt. Tp time hias2 tu benda aku pling suka adlh apbila ada yg berenang2 dekat dlm mknn tu. Haha. Kurang selera aku. Adatlah masak dekat hutan. And kitorang mmg kelam-kabut gile dgn airnya yg ade terlbih manis n ade yg terlebih tawar. Haha, aku dok rasa2 tp sebenarnya nak minum tu. Haha. And time juri dtg, kitorang nyanyi lagu ‘Kalau rasa gembira sila MAKAN *tepuktepuk* 2x Kalau rasa gembira beginilah caranya, kalau rasa gembira, sila MAKAN’ Haha, mmg best! And kitorang pun makan makanan tuu.. aku dah takde selera dah lepas tgok yg berenang2 tu. Haha. Tp perut lapar. And aku pun minumlah air papaya tu. Manis gile kot. Tp itulah yg aku geram budak2 lelaki mcm xfaham2 time org cakap minum belah sana. Belah sini, bekas mulut aku.Aku pulak yg rasa geli, erhhh.
And kitorang ada LDK lepastu mmg best! Apa haiwan kite tgok dia n mencerminkan diri kita. Aku lukis IKAN coz org sllu tersilap panggil aku IKAN. Lg2 yg taip mesej tu >.< And kak SABARIAH lukis SEMUT, EQMA kucing, ATIRAH bear/kucing n yg lain2 aku lupa.Habis dah bab binatang. And kitorang kena buat pembentangan dekat depan. Kena amek yg xbanyak cakap ke pemalu ke tak active. And aku terkejut time akak sabariah tulis nama aku untuk baca dekat depan! Malulaaaa >.< Mase dia tulis nme aku, mulut aku menggigil. Gigi dah berlaga gigi. Then tibalah saat, kitorang pergi ke depan. Eeii, aku dah taktau nak cakap ape. Aku just kembangkan isi tu sikit2 je coz seriously aku takde idea nak cakap ape. Then aku rasa mcm aku dah kembangkan n dah cukup panjang aku bercakap tp diorang suruh teruskan lg. Aku dah takde idea then diorang pun bagilah TEPUK SUPPROT dekat aku. Aku dah taktau nak cakap apelg n berharap pd KAK SABARIAH and aku pun hentam kromo jelah ikut apa yg dia ckp. And aku rasa lega sangat lepas habis baca. Hihi, aku bersembunyi di belakang kertas mahjong n seriously n nampak kaki aku je. Haha, terserlah kependekan. Edree pula minta bantuan aku suruh tulis apa nak ckp. Tangan aku dah menggigil, nak tulis acano? Tp demi sahabat dr darjah 1 aku ni, aku pun tulis. Even aku pun taktau nak tulis ape. Hentammm saja labu! And lepastu ktrg kena berlakon and kenakan budak2 dekat depan. Haha, kesian 3 orang tu. Ada yg marah, nanges and ketawa. Aku xdapat bayangkan kalau aku dekat depan tu memang menangis tak berlagu dah.
Kemudian, kitorang p makan. And disebabkan hujan, kitorang tidur dekat dewan. Tidur pukul 12.00. 12.30 kitorang kena bangun. Mmg mamai gile! First2  aku rancang dgn atirah tanak tidur tp terlelap juga kami akhirnya. Kitorang diberi bawang and nombor. And kitorang pun kenalah masuk dlm hutan. Sambil menunggu giliran, kitorang kena duduk ikut barisan. Kena tunduk kepala bagai. And time tu juga perut aku memulas! Sakit gile kut. Biasa dekat rumah terapinya tidur tp dekat situ takkan nak tidur tp lepas minta minyak angin. Aku pun urut2lah sikit and diorg suruh baring. Aku pun baring then tertidur. Tengah syok tidur, kena masuk dlm hutan pulak >.< aku dah mamai gile. Jalan pun dah tak betul. Pastu diorg suruh cepat. Aku dah tekad aku akan jalan ikut mamat india ni. Muka dia pun nampak macam tak takut je. Tp last2 laki ikut laluan lain, perempuan laluan lain. Harapan..harapan menjadi layu~ Hehe, sebelum masuk tu aku baca ayat kursi and sepanjang perjalanan aku sensorang dlm hutan tu aku berzikir. Haha, siapa tak takut kalau mak dah ckp yg dia mimpi kita disampuk? Aku pun time jalan tu, aku pegang tali tu kemas2 sambil berzikir. Aku ni rabun so kurang nampak n kurang sikit takutnya lagipun aku just pandang tali tu je. Diorang panggil ke buat bunyi ke aku buat bodoh je tp time yg die terperanjatkan tu. Aku automatically sebut ASTAGFIRULLAHALAZIM and mata aku dah terkebil-kebil tahan air mata. Then, aku tarik nafas kejap n aku teruskan. Haha, maaflah ye kpd yg buat lari2lah, goyang2kan pokoklah. Saya ni rabun n tak nampak jelas pun ape korang buat. Haha, thats why aku tak takut sangat. Haha. Lepas sampai je dekat penghujung, aku baca surah al-fatehah. Hihi. Hilang gugup aku sikit. Ramai yg tak percaya, aku tak menanges. Percayalah~ Haha, ade hikmah disebalik kerabunan aku J And aku pun tidurlah diatas tar yg berbau mcm air hasil dr tong sampah pun ada *agaknyalah. Tp masetu aku dah tak kesah sangat, ngantuk punya pasal. Hehe.  Then, ktrg ada g makan. Pelatih yg dekat depan tu boleh pulak tanya. ‘Yg keluar td awak nampak org ke bukan?’ Aku ckp ‘Orang’ Lpeastu die ckp ‘Haaa, orangkan? Dahtu ape nak takut?’ Aku sengih je. Kan aku dah agak. Diorang semua ingatkan aku menanges. Yg abg tu dok ketawakan aku. Aku taktaulah apa dorg bercerita tentang aku maa. Pukul 3 ke 4 pg brulah ktrg balik ke dewan. Baju dah basah, kena gosok. Alamatnya, tak tidurlah aku. Memang tak tidur pun. Then solat subuh and kitorang ada senaman pagi. Wohooo, lagu NOBODY..lagu GANGNAM  STYLE.. lagu SAYANGlah dll. Aku dok ketawa je time buat senaman tu. Ada masetu, aku tgh jalan dgn atirah then ade abg2 dekat belakang ni dok bercerita gelagat ktrg semalam. Dgn bestnya dia bercerita psl aku, aku yg dekat depan ni nak tergelak plus geram pun ada. Haha. Memalukan  -_- Sedap dia mengutuk aku eh?  Then kitorang ada sarapan yg sedap lagi menyelerakan. Aku suka time ni. Haha, AH YIEP ngantuk gile n asyik terlelap. Kitorang mmg ketawa gile tengok dia. Hehe, aku suke kacau die. Dia amat comel. Aku duduk sebelah si SPONGEBOB, dia tu suka buat muka bila org tanye. Menyampah pula aku. Haha thats why aku tak tolong dia basuhkan pinggan tu. Hehe, then aku kena panggil dengan abg tu’Woi, lu der.. sini!’ Aku mmg dah cuak. Aku tengok muka die then dia cakap ‘ Lu dah tak reti senyum ke ape?’ Haha, automatik aku tersenyum and nak ketawa. Ingatkan nak marah td. Then dia boleh ckp ‘Haaa, kan manis senyum cenggitu’ Haha, okay.. perasan kejap J
            Kitorang ada LDK kali terakhir, aktiviti pertama ktrg ialah membina impian. Means bina sesuatu/apa yg menampakkan impian kita semua. Kitorang pun binalah bangunan yg cecomel tu gune newspaper. Lol. Time tu aku taktau nak buat ape. Aku just tolong pass kan soletip n tolong pegang gitu2 je. Aku ketawa gile tengok budak2 laki buat die punya bawah. Atoyaii, tp diorg dah buat penat2 kan.. takkan nak sia2kan? Aku pun tak support time dorg ckp takyah guna yg laki2 buat. Relax lol. Then time ‘impian’ kitorang dipijak fasi, kitorang rasa bingit gila. Tp si Hafizan pula boleh buat lawak time fasi tanya mana ‘impian’ kitorang. Haha, dia boleh jawab. Impian kami telah dipijak oleh fasi. Haha, fasi bingit then tanya ‘Lepastu kamu biarkan je?’ Hafizan boleh buat muka. Haha. Aku mmg dah nak ketawa gile tp control.. kang tak pasal2 kena marah. And lepas sedih2 n kena marah2, kitorang ada lg satu aktiviti iaitu BISU,CACAT,BUTA. Haha, aku dan atirah jd cacat. Eqma jd cacat and ASHEEQ jadi BUTA. Haha, aku dan atirah mmg excited gile dok hafal n kira2. And bersemangat gila bagtau dekat ASHEEQ. Tp dengan cerdiknya, ASHEEQ pergi ikut ckp fasi yg menjadi tukang kacau. Geramnyaaa! Haha ape2pun lukisan plig comel ialah group kami coz tiada siapa faham apa yg dilukis. Haha. Tp kira okeylah tukan, lukisan yg dilukis tanpa melihat. Kemudian, ktrg ada gotong-royong. Turunkan khemah,kutip sampah dll. And dah siap semua, ktrg pun pergilah tukar baju kurung. Aku tak dapat bayangkan betapa comelnya aku. Haha lol. Yelah, pakai baju kurung dengan kasut penguin. Haha, korang ada? And time cikgu bg ceramah, aku mcm nak tertidur gila. Semua mengantuk. Lg2 AH YIEP! Haha, aku mmg gelak tengok dia. Tp ktrg bersemangat time menang GROUP PALING CERIA. And aku tergelak gila time gambar aku keluar dekar SLIDE. Malunyaaa >.< Haha. And lastly, kitorang prepare barang nak balik. Sayu sangat hati. Macam taknak baliklah pula. Aku pun pergilah tandas dgn dua hajat. First, nak menunaikan hajat. Second, minta maaf dekat kak Nianah kalau ada salah silap. Uwaaaa T_T Nak mengalir air mata aku. And first2 ktrg cadang nak bg hadiah dekat kak NIANAH tp diorg takmau. Dorg suruh ktrg ambil. And tibalah masanya untuk kitorang balik. Naik je bas, kepala dah lentok. Disebabkan badan ktrg kecil. So ktrg boleh angkat kaki n tidur. Amat lena!!!

I LOVE YOU THANA BRAVO, FASILIATOR AND SEMUA YANG TERLIBAT!!!!

Menangisnya Hatiku


Pilu,
Pabila hatiku merindu,
Rindukan kamu,
Yang telah mencuri hatiku,
Bila,
Kah akukan bertemu denganmu,
Haruskah ku titiskan air mataku,
Semata-mata untukmu,
Sebak,
Nya hatiku,
Bila yang lain sebut namamu,
Bayangmu muncul dimataku,
Akan,
Kah kita bersemuka,
Berjumpa semula,
Kembali bersama,
Aku,
Akulah manusia yang setia,
Menunggu dirimu,
Walau kau jauh disana,
Ku tetap merindu.


Kemanakah Diriku?

Aku seakan hilang dalam diriku,
Aku seakan bukan diriku,
Sejak peristiwa hitam itu,
Tidak tahu mengapa jadi begini,
Aku seakan hilang semangatku,
Keceriaan yang ada ketika dulu,
Entah mengapa aku taktahu,
Kusut kepalaku,
Aku ingin sifatku yang dulu,
Tapi aku tak mampu,
Senyumanku adalah palsu,
Ketawa adalah kepura-puraanku,
Kemanakah hilangnya diriku,
Hilangkanlah kesedihanku,
Kembalikanlah keceriaanku,
Aku mahukan diriku,
Yang ceria selalu,
Aku ingin menjadi seperti dulu,
Tapi sungguh aku tak mampu,
Sudah kering air mataku,
Sungguh aku mahu lupakan peristiwa itu,
Ia seakan meracuni aku,
Yang membunuh keceriaanku.


Diamku.

Saat kau tanya,
Masihkah ada cinta,
Aku diam tak terkata,
Tak tahu bagaimana,
Masihkah ada rasa,
Setelah apa yang terjadi pada kita,
Cintaku..kau duga,

Sayangku..kau persenda.

Si Dia

Dia tidak kaya,
Dia tidak sebijak mana,
Apatah lagi kacaklah pula,
Dia tidak seromantik mana,
Namun benar2 buatku selesa,
Dengannya aku sering tertawa,
Namun kadang2 rasa jelik pula,
Jelik, pelik tapi menarik,

Betul-betul buat aku tertarik.

Mengapa Berdusta?

Kenapa mainkan rasa dijiwa,
Kenapa beli hatiku jua,
Andai aku.. kau tak cinta,
Sukar untuk aku jatuh cinta,
Entah bagaimana,
Kau berjaya menawan jiwa,
Namun aku.. kau persia,
Aku.. kau memperguna,
Aku bukan boneka,
Aku ada hati dan jiwa,
Berhentilah mendekati,

Andai hatiku..kau tak ingini.

Tentang Dia

Melihat wajahnya,
Ramai yang terpesona,
Melihat perwatakannya,
Benar-benarku tergoda,
Benar-benarku jatuh cinta padanya,
Hanyalah dirinya yang bertakhta dijiwa.


KOSONG

Merasa kekosongan,
Seolah aku dipinggirkan,
Adakah aku telah lakukan kesalahan,
Sukar untukku menjelaskan,
Pelbagai timbul diperasaan,
Pelbagai rasa yang aku rasakan,
Mampukah rasa ini ku hentikan,
Jika situasi tidak mengizikan.


Air Mata

Air mata ini bukanlah kesukaanku,
Air mataku amat berharga,
Mengapa mesti seksa daku,
Hingga tertitis air mataku,
Air mata  inikah impianmu,
Tangisankukah cita-citamu,
Setitis air mata ini,
Hilang rasa cinta dihati.

Takku sangka

Hati tak pernah menyangka,
Kau sebegitu rupa,
Kau hancurkan hati yang setia,
Muka yang suci,
Tak membuktikan hatinya suci,
Muka yang ceria,
Tak mencerminkan hati yang setia,
Duka dan lara,
Aku hanya pendam saja,
Ku telan segala,
Demi segala yang kita telah bina.

Hentikanlah!

Kisah cinta dulu,
Bagai berulang lagi,
Kisah kita dulu,
Bagai bermain dimindaku,
Secara tidak sengaja,
Kau menatap mataku,
Aku menjadi serba tak kena,
Bermacam rasa dihatiku,
Ku pasti hatimu,
Juga seperti hatiku,
Namunku tahu,
Tak usah kenang kisah dulu,
Ia sudah berlalu,
Teruskanlah kehidupanmu,
Insafilah kesilapanmu,
Carilah yang lain untuk dirimu,
Hatiku bukan untukmu,
Ku bukanlah jodohmu,
Jangan diulangi silapmu yang dulu,
Cukuplah aku,
Yang merasanya pada suatu tika dulu.




Keliru.

Sememangnya benci dibibirku,
Namun masih ada sayang untukmu,
Mengapa tidak wujud rasa  benci,
Walau sedetik pun dalam hati,
Ku cuba untuk menahan diri,
 Dari mencemburui,
Kerana kau bukan milikku lagi,
Namun tak dapatku membohongi diri,
Sakitnya hati,
Bila kau bersama  yang lain,
Jujurlah pada diri,
 Jangan mainkan hatiku lagi,
Aku tak mahu berteka-teki,
Ia menyesakkan hati,
Inginku tinggal tak sampai hati,
Mahu bersama nanti,
Takutku makan hati,
Pada kemudian hari.




MR.U

Biar aku jual mahal jangan dia jual mahal. Hello, berlagak pula dia ye? Menyampah! Hidung tak mancung, Pipi tersorong-sorong, Bibir termuncung-muncung. Haha, amboi ayat~ Tapi aku suka lelaki yg jual mahal sikit rasa macam tercabar sangat. Tapi janganlah mahal sangat, tak terupaya aku untuk membelinya. Haha, takpelah. Mungkin aku kanak-kanak lagi dan dia taknak kacau pelajaran aku. Hmm, mentang-mentang dia lagi tua drpd aku. Rasa macam nak ketawa bila ingat ayat mengada dia dulu. Cheit, tua-tua pun gatal ye? Dia marah bila aku panggil dia TUA. Dia panggil aku BUDAK, boleh? Apa-apa pun, kita jumpa dekat Universiti nanti okay? Kahkahkah, aku dah masuk universiti nanti. Entah2 ada yang handsome, dia pun aku lupa. Haha, kejamnya ayat aku. Tapi aku berani kerat kuku kitorang takkan bertemu lainlah dia jodoh aku. Eish, taktaulah. Tapi suka cara dia menegur aku. Hmm, cara orang matang. Pendekatan secara halus dan bertanggungjawab J Cehwahh, tak kenal lagi. Tak pasal-pasal, dapat pujian mamat tuh arini. Gerenti tersedak. Haha, tunggu aku berapa tahun lagi? Orang gila je sanggup. Haha, nasib baik dia tak janji kang aku tuntut merana nanti. Semoga dia menjadi kenangan dalam kamus hidup aku. Semoga dia bahagia, berjaya didunia dan akhirat. Chayokkk!

Jejaka Idaman.

Hmmm, masa untuk berfantasi. Haha, terpengaruh dengan novellah ni! Haha. Lelaki pilihan aku? Kihkihkih, aku suka lelaki yang terima aku seadanya. Okey, itulah syaratnya untuk mengahwini aku. Haha, bercakap macam nak kahwin esok jekan? Apa2 pun tak salahkan kalau berangan-berangan sikit? Haha,  tapi kalau boleh aku taknak yang kacak sangat, taknak yang kaya sangat. Suka yang sederhana aje. Dan aku suka lelaki yang lembut. Haha, jangan salah faham. No! No! No! Bukan yang ‘awww’ itu, I means lelaki yang pertuturannya lemah lembut dan apabila nasihat, dia akan tegur secara lembut. Haaaahhh *melting* Haha, dan paling penting. Walaupun kelihatan lembut tapi dia haruslah tegas. Aku ni bukannya patuh sangat, so kalau suami aku tak tegas acano nak control aku dan anak-anak? Tapi biarlah tegas bertempat. Hehe, tegas bukan garang okey? Aku ni dahlah gembeng, kalau dapat suami yang garang. Memang minum airmata dengan makan hati ajelah sepanjang hari. Hmmm, kalau nak cari yang betul-betul perfect memang tak kahwinlah aku. Haha, apa2 jelah. Itu semua sekadar angan-angan. Asal iman dia cukup, kerjaya ada, sifat2 yg diperlukan sebagai pemimpin ada. Itu  sudah mencukupi. Tapi, sebagai anak mama dan abah. Haruslah pilihan hati aku merupakan pilihan mama dan abah juga en? Haha *SukaSukaSuka* 

May respect?

Haha, satu perkara yang aku tak suka adalah orang yang memanggil seseorang dengan ayat yang biadap. Penat-penat mak ayah dia letak nama, kau panggil dia ayat-ayat yang biadap macamtu? Eh, ingat dia tu takde perasaan ke? Yes, saya hanya kanak-kanak yang berumur empat belas tahun. Dan anda sebagai wanita yang dewasa haruslah memberi contoh yang baik. Mulut tu jangan kurang ajar sangat, jangan sampai kanak-kanak ini kurang ajar dengan anda  barulah anda tersentap. Saya taknak jadi seorang yang kurang ajar so janganlah mencabar saya, dear makcik. Kenapalah perlu wujud manusia yang biadap macamni? Seriously, I HATE HER! Rasa macam nak hantar dia balik ke sekolah and belajar sivik semula. Biar dia tahu menghormati hak2 orang lain. And one more thing, hantar dia belajar AGAMA ISLAM semula. Biar dia tahu, berapa banyak dosa yang dia dapat n berapa banyak hati yang terluka kerana mulut puaka dia. Haish, bila bercakap macam dialah manusia teragung didunia. Semua orang tak sempurna, dia je perfect. Eh, tampar makcik ni laju-laju kang. Masuk rumah orang macam rumah dia. Grr.


Sahabatkah?

Jangan ingat orang yang diam ini tiada perasaan. Ye, aku mengaku yang aku jarang marah. Tapi itu tak bermakna aku taktau ERTI KEMARAHAN. Aku bukan malaikat. Seriously, kenapa diorang suka buat aku marah? Apa dosa aku dekat korang? Perlu ke buat camtu? Siapa tak sakit hati bila bekas sahabat aku sendiri yang seperti ada agenda nak kenakan aku. Ya, thanks darling *claps* Love You Damn So Much. Aku malas nak fikir apa taktik yang bakal kau lakukan tapi aku just nak pesan, dalam hidup ni ada KARMA. Aku tak mendoakan yang buruk-buruk untuk kau tapi Allah Itu Maha Adil. How could it be? Seorang yg aku sayang tersenyum sinis disaat aku dalam kelukaaan? Sahabatkah itu? Oh My Dear. Disebabkan kehadiran engkau, aku tak percayakan semua kawan-kawan aku. Ya, jutaan terima kasih aku ucapkan kepada engkau yang selalu ingin melihat kejatuhan aku. Haha, ingat dalam drama je macam ni. Hmm, dah macam drama dah perjalanan hidup aku. Aummm, doakan endingnya happy ever after okay? Haha, lol.

Aku Ada Perasaan.

Betul ke aku ni manusia yang tiada perasaan? Haha, tipulah kalau aku tak rasa apa-apa. Kekadang aku rasa macam pelbagai rasa tapi aku cuma taknak fikir sebab nanti pening kepala. Aku harap dia terima. Aku bukan tak sayang. Bukan tak suka. Tapi hati ni taktaulah kenapa.. Haha, mungkin musim ‘gatal’ aku dah habis. Haha actually, aku pun bengang bila ingat musim ‘gatal’ aku tu. Haish, kenapalah aku camtu dulu ek? Haha, hormon tak betul maybe. Kahkahkah, apa-apa jelah. Tapi yang tahu, aku lebih suka tumpukan perhatian kepada pembelajaran, keluarga dan rakan-rakan. Biarlah cinta tu masa aku besar nanti, tunggu kahwin. Ecece, tapi seronok tengok orang bercinta. Bila diri sendiri mengalami, aku jadi pening. Haha. Apa-apa pun, aku berdoa agar dia bahagia dan berjaya. Akan saya simpan kenangan kita dalam kamus hidup saya. Itupun kalau saya ingatlah, hehe. Apa yang penting sekarang adalah pelajaran aku J Nampak tak ciri-ciri murid cemerlang? Haha *MuntahPelangi*