Pages

"Diriku umpama pelangi"

2/18/2012

H.O.L.L.A.N.D

 THE ROAD THAT I'VE WALKED , I HAVE MANY QUESTIONS ,
WHO I AM LIVING FOR ?
SOME WORDS STILL STUCK IN MY HEART ,
WHAT DOES THE 'LOVE' MEAN ?
SEARCHING FOR IT BUT I COULD NEVER FIND ,

AND TODAY , MY LIFE HAS WALKED AND MET WITH YOU ,
EVERY QUESTION IS CLEARER IN MY HEART ,
YOU MADE ME FIND THE MEANING OF WHAT TRUE LOVE IS ,

WHEN WE MET , EVERY QUESTION IN MY HEARTS , 
YOU'RE THE ONLY PERSON WHO CAN SOLVE IT ,

AND TODAY YOU'RE THE ANSWER , 
YOU COME TO ADD THE MEANING INTO MY HEART ,
YOU HELPED MAKE MY LIFE NEW WITH GOALS ,
HOPE OUR LOVE LIFE AND NEVER DIES ..

Sweet tak ? Sweet tak ? Haha , actually ni ekin buat sendiri :) Dah bosan and taktau nak buat ape .. So buat jelah benda alah ni .. Sorry if ade mistake 'grammar' atau pape jelah ye ? puisi ni Ekin nak selitkan dalam cerita 'Kau dan Dia' , okey tak ae ? Hihi , okeylah .. ASSALAMMUALAIKUM !!

Kau dan Dia (2)

Sakit hatiku kena denda dihadapan perhimpunan . Cikgu Saodah ni memang nak kena ni ! Buat malu
aku saja . Bukan tak biasa kena sebat , tapi kali ini depan awek aku . Ni yang buat aku bengang .. Kira
bagus ape . Bulan ini , aku hanya ponteng tiga hari sahaja . Jikalau yang biasa setiap bulan , 70 peratus
aku tak datang sekolah .. Malunya kalau jumpa Lyssa nanti . Cikgu ni .. aku baru nak insaf , dia cari
pasal pulak !



“Kau dah beli paku belum?” soalku pada Zaquan .


“Dah . Wei ! siapa je yang pergi ?” soal Zaquan .


“Siapa yang nak ikut ajelah . Dah , siapa nak ikut ?!” tanyaku dengan tegas . Mood tengah tak baik ni
..


“Aku !” jawab Daus lalu mengangkat tangan . Lalu kesemua mereka mengangkat tangan . Aku
mengangguk .


“Okeyh , Korang tunggu aku !” pesanku lalu berjalan menonong menuju ke kelas .




**



                Aku berasa puas sangat setelah melihat kereta cikgu Saodah yang calar-balar dan tayarnya
juga telah kami pancitkan . Nak sebat ke nak marah aku ke , suke hati kaulah ! Asalkan kereta
kesayangan kau dah jahanam ..





“Dah jom blah !”  kataku dengan ceria .


Mereka semua bergelak sakan melihat kereta cikgu yang sudah kami jahanamkan . Padan muka ! Kami berlari laju kerana sebentar lari pelajar-pelajar yang lain akan turun untuk balik ke rumah .
 Kami murid yang terlalu rajin  untuk membuat kerja sekolah. Oleh itu , kami dihalau keluar kelas .
Lagilah kami suka ! Kami duduk disimpang jalan . Kringg !! Loceng berbunyi tanda masa sekolah telah tamat .

“Hai , nama siapa ?” Daus mengusik sekumpulan wanita yang jalan dihadapan kami . Mereka menjeling daus ..


“Woi , sombongnya ! Ni yang buat abang marah ni ..” selorohnya sambil membuat mimic muka yang
menggelikan hatiku . Aku ketawa tebahak-bahak melihat telatah rakan-rakanku mengusik anak dara
orang . Ada yang layan , ada yang marah dan ada yang membuat tak tahu . Tiba-tiba , aku ternampak

Lyssa sedang berjalan seorang diri sambil memeluk beberapa buku teks . Ada peluang ni ! Haha .. Aku
bersembunyi disebalik pokok .. dia semakin dekat !


“Bhaa !!” aku menterkejutkan dia . Habis dia melatah dengan pelbagai perkataan  dan buku teks juga
sudah tercampak disana-sini . Aku tergelak kuat . Comel sungguh wajahnya ketika terkejut .


“Hei , apa ni terkejutkan orang !” Marahnya sambil bercekak pinggang . Ketawaku bersisa .


“Haha , yelah .. Apedaa, jalan pun boleh termenung ye ?”ujarku sambil mengutip buku-buku teksnya

yang bertaburan . Rajin betul .. nak harapkan aku bawa buku teks ? Memang taklah ..


“Eleh , suka hatilah ..” katanya sambil berjalan meninggalkan aku .


“Eh , buku teks ni tak nak ke ?” laungku . Dia tergelak kecil sambil berjalan ke arahku kembali . “Berat

betul buku-buku awak ni .. Rajin bawa banyak-banyak eh ? Bagus-bagus ” kataku . Dia membuat

muka hairan ..


“Beg awak ni kempis semacam je ? Tak bawa buku ke ?”tanyanya dengan lembut . Aku segan nak

jawab ‘tak’ .. Aku hanya sengih . Lyssa menggeleng kepala . Kami berjalan beriringan menuruni

‘gunung Everest’ sekolah .


“Hmm .. bawakan buku teks tu ! Awak tahukan yang tahun ni awak SPM ? How to become success if
you’re lazy like this ? Inilah tahun yang akan menentukan kemana arah tuju awak nanti .. faham tak ?”
bebelnya .


Aku menggaru kepala  menggunakan tangan kanan sementara tangan kiriku memegang buku teksnya .
Dia mengetap bibir sambil memandangku apabila aku hanya mengangkat bahu .


“Eeii , dia nikan orang cakap dia buat bodoh aje .. minggu depan pra-SPM kan ?” soalnya beserta
merenung mataku . Aduhh ..

“Ya . Kenapa ?”tanyaku sambil menjongket kening . Dia memucungkan bibir ..


“Kenapa apanyee .. belajarlah ! Hish , kalau macam nilah cara awak belajar . Saya taknak kawan
dengan awak lagi ..” katanya sambil mencuba merampas buku-buku ditanganku .


Aku mengelak sedikit agar dia tidak dapat ambil buku-buku itu . Dia membuat muka sambil
menghentak kaki dan berjalan meninggalkan aku . Alahai , marah ke ? Aku berlari kecil mengejarnya .


“Alaa .. saya nak belajar Cuma ..Cuma..” dia memintas kata-kataku .


“Cuma ape ?” Tanya dia dengan lembut .


“Cuma takde orang nak ajar saya ..”jawabku mendatar . Dia meletakkan jari telunjuknya di hujung
bibir . Mungkin tengah berfikir .


“Okey , mama saya dah sampai ! Esok pukul 6.30 pagi , saya nak awak tunggu saya dekat situ ..” aku
memandang kearah yang dituding oleh Lyssa . Bawah pokok ?


“Buat apa ?” soalku dengan seribu tanda Tanya.  Dia hanya sengih .


“Nak dating dengan saya eh ?” usikku sambil gelak .


“Eeii , tak mahulah ! Okeylah .. byebye.. Assalammualaikum !” kata Lyssa. Dia mengambil buku
ditanganku lalu bergegas memasuki kereta ibu mertuaku . Aduhh perasannya !


“Indahnya rasa bila dicintai .. Terasa hidup bagai disyurgaa..” sayup-sayup kedengaran si Apek a.k.a.
Hassan menyanyi . Aku mencekak pinggang sambil menjilat bibirku . Hatiku terhibur mendengar
gurauan  dan usikan mereka .


“Malu-malu kucing pula !” usik Zaquan . Aku tergelak lalu mengejar mereka . Kami bergurau dan
bergelak ketawa sehinggalah semua pelajar pulang ..