Pages

"Diriku umpama pelangi"

2/16/2014

Otak serabut!

PPMRlah..PBSMRlah..
Kusut! Serious kusut. Tak kisah banyak homework tapi yang kisahnya, kerja kursus! Masalah utama aku adalah aku takde internet. Serious leceh nak kena topup RM5 untuk 24 hours je. Celcom kan kerjanya mencekik darah orang. Maxis/hotlink pula dekat rumah aku ni takde line. Lorong rumah aku takde tiang TM so tak boleh pasang. Kalau beli beribu then yang bayar family aku, yang menyibuk ramai. Ewah, banyak cengkodok? Tapi, disebabkan ada PBS yang menuntut supaya aku onlinelah, aku ada blog dan still active di Fb. Twitter  pun aku dah tutup sebab takde masa nak tweet lagi. Focus study, ecece. Even ramai pelik asal aku deactive sedangkan time tu ‘hot’ gitu.  My answer..?

‘Hot tak bawa ke mana. Pelajaran tu penting. Belajar pandai-pandai lepastu pergi luar negara. Kerja bagus-bagus then pinang ZAYN MALIK. Hahaha’

PBS ni bagus sebenarnya walau dalam sedar atau tidak cuma yang tak sukanya ia leceh dan banyak habis duit. Tapi melalui PBS ni juga, aku dapat keyakinan untuk bercakap dikhalayak orang ramai dan pandai mencipta sesuatu. Paling tak suka, bila satu hari ada dua atau tiga PBS. Rasa macam nak cipta satu cip letak dalam otak ni bila ingat semua. Soalan KBAT walau nampak susah tapi kalau kita try, kita akan rasa puas sebab soalan dia mencabar gila!

Tahun ni, aku akan cuba jaga attitude biar baik dan jadi seorang yang rajin. Cukuplah sekali, aku jatuh tersungkur. Kali ni biarlah, aku berdiri demi menggembirakan hati mama dan abah. Tak guna abah dan mama berkorban apa sahaja kalau kekecewaan yang aku hadiahkan dekat diorang. Insyaallah..


‘Jika kau fikirkan kau boleh,kau hampir boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu. Engkaulah apa kau usahakan, terkandung dalam pemikiran. Berfikir boleh melakukan. Fikirkan boleh!’

Cinta ke?

Dalam hidup ni, sebahagian besarr mesti ada cinta monyet kan? Tipulah kalau takde. Oh ada kut bagi segelintir. Hahaa, walaupun baru form three wa dah ada cinta monyet. Hahaa, better than budak darjah enam yang lebih uptodate okay.
Fine, perempuan ni selalu ikut emosi sebenarnya. Bila nak bercinta, terdetik dihati mereka yang..
Mamat ni serious ke dengan aku?
Based on individu juga. Bagi aku, aku akan pegang kata-kata seseorang itu. Korang percaya tak yang orang lembut ni sebenarnyna lebih berbisa berbanding orang yang nampak keras tapi sebenarnya mudah untuk dipatahkan? Aku ni taklah jahat, taklah baik, taklah perfect tapi.. entahlah. Hehehe..
Aku susah nak beterus-terang kalau ada yang tak puas hati. Aku akan diamkan. Diam..diam..diam.. and then made a decision. Dia bukan seorang yang jahat. Dia bukan seorang yang tidak menepati cita rasa cuma.. hati aku dah tawar dengan sikap dia. Sikap dia yang macam mana? Eh, mana boleh bagitahu. Hahaa, perempuan ni bukanlah mencari seorang yang sempurna tapi dia hanya perlukan seseorang yang boleh backup dan bagi sokongan bila dia lemah atau dalam masalah.

‘Saya tak janji nak setia, insyallah saya akan setia’
‘Saya taknak terlalu serious dalam hubungan kita’
‘Saya takut orang tahu hal kita’
‘Saya takut orang tahu yang kita ni bercinta’

Duhai lelaki, janganlah sesekali sebut perkataan ni sebab perempuan jenis yang pegang pada kata-kata. Bila awak dah mula sayangkan dia, jangan salahkan dia kalau dia layan lelaki, tak ambil berat hal korang atau merahsiakan percintaan korang. Peliknya lelaki ni, dia takut kalau orang tahu yang dia bercinta kita tapi at last dia pergi hebohkan dekat orang.
‘Masa zaman belajar, jangan serious sangat dalam percintaan dan jangan permainkan orang macam game pula. Cinta main-main jelah, scandal takpayah sangat sebab nanti kusut kepala’ itulah nasihat CikTam. Hahaa, aku setuju. Korang?


Mangsa aku?

Kekadang gurau perlu bagi menghilangkan stres. Satu habit yang pelik dalam diri aku untuk hilangkan stress dekat sekolah iaitu kacau lelaki pemalu/pendiam. Hahaa, sometimes bukan kita berniat nak usha pun.. just for fun. Tapi kalau korang kacau budak lelaki yang gatal.. memang respond yang gelilah yang korang dapat. Thats why aku suka kacau lelaki yang pendiam. Sejak kecil lagi, aku memang suka orang pendiam. Hihii, i dont know too why tapi bagi aku diorang ni.. mistery and adventure untuk dekat dengan diorang. Ececee.
Masa form1 dan form2 memang siapa yang pendiam tu kena kacau dengan aku tapi tak semua. Oh! korang kena tahu perbezaan gurau dan gedik. Gurau itu kekadang dan no touching else blabla. Gedik itu faham-fahamlah ye? Awal tahun 2014, aku berazam nak tinggalkan habit ni tapi bosan ah. Hahaa, sampai NINA pun cakap..
Ekin ni suka kacau budak pendiam tau
Hahaa, yes i am. Diorang akan being shy and masa tulah aku akan gelak dengan geng aku ramai-ramai. Tak kacau apa pun actually, just hye-hye bye-bye gitu je. Yelah, asyik perempuan je kena usha. Tak best. Hm, aku paling menyampah kena kacau dengan lelaki.. and automatically aku cop budak-budak tu.. Gedik, miang, merenyam blablabla. Tapi bila turn aku pula kacau orang, boleh pulak en? Hahaa.
Aku hanya kacau lelaki yang bagi respond malu-malu gitu je. Kalau dia macam gedik semacam je, MEMANG TAKLAH aku nak kacau lagi! One more, diorang yang pendiam ni susah ada makwe then senang.. tak de orang jealous dan sebagainya. Hahaa, tapi ini hanya sebuah gurauan harap diorang menjadi mangsa aku setiap tahun.. jangan marah atau kecil hati. Bukan nak permainkan hati, buli dll tapi nak hiburkan hati sahaja.
Buaya makan dengan pelahap, Gajah lalu atasi titi, Kalau saya ada salah dan silap, Ucapan maaf ikhlas dari hati’


2/02/2014

ILYS!

 ‘I love you, supitd!’. Ya allah, korang pernah tengok/baca tak novel ni? Seriously, bagi penggemar novel atau saja nak test baca something yang real dan tak kartun sangat korang wajib baca cerita ni. Ekin tak pernah rasa se‘feel’ ini walau dah beratus novel ekin baca. One more, dia ada sambungan dan sambungan dia.. betul-betul buat ekin sebak gila. Haha, tersedu-sedu gila dan tak pernah okay ekin macamni!!
                Cerita ni dari first sampai last, kita dapat bayangkan betapa pedass nya mamat ni. Dengan macho, garang dan nakal dia. Haha, cerita ILYS ni memang dari first sampai last diorang bergaduh. Dalam gaduh tu adelah dia punya babak sweet. Mungkin korang rasa menyampah dan muak bila tengok ketebalan dia yang mengalahkan kamus dewan bahasa. Tapi, bila korangdah baca satu bab nak tidur pun tak lena. Hati kerja nak tahu apa sambungannya, apa jadi lepastu blablabla. Memang ekin suka gila watak FIRMAN EBRAHIM yang tak kartun sangat tu. Kebanyakan novelkan watak hero dia konon-konon hero yang baik tu sampai perfect gila. Kalau yang jahat sampai terajang-terajang isteri. Tapi hero ni as normal macam kita dan aku rasa macam kejadian diorang ni macam real. Kenapa ekin cakap macam real??!!
                First, tentang kemboja. Ekin keturunan kemboja sebab mama dan abah orang kemboja. Abah memang selalu cerita pasal perang dan macam mana diorang (org kemboja) sampai ke Malaysia ni. Ianya diceritakan semula dalam novel ni dan apa yang ditulis sebijik macam abah cerita. Ramai orang terkorban, baby mati dilambung dan tercucuk blablabla.. itu semua cerita betul! Adat wanita kemboja dulu perempuan kurang manis dan tak makan digerai. Gerai makanan hanya diconcure oleh kaum adam. Makanan kemboja pulaaa, memang baca je suruh mama masak atau pergi beli. Memang sedap dari tak suka terus suka sebab firman suka. Lol! Haha sampai ada satu masa ekin cakap dengan mama, ada tak sedara mara mama ala-ala firman? Mama ketawa. Memang mama pun suka baca novel tu. Act mama yang baca dulu pastu suruh ekin baca. Ekin first-first takmau baca yelah tebal sangat tapi bila dah baca tiga hari tak cukup tidur and akhirnya memang memuaskan. Berapa bulan kemudian, mama pergi cari sambungannya..
                Watak FIRMAN sebiji macam abah. Sememangnya orang kemboja yang ekin kenal macam pakcik-pakcik ekinlahkan memang jenis tak reti romantik guna mulut. Guna bahasa badan je. Cara dia urut isteri dia sama macam abah buat masa mama demam. Haha, takdelah kayu sangat. Okey, bab romantik diorang macam comel je.. macam comel je.. Memang tabiat ekin kalau baca confirm tersengih. Rasanya semua yang kenal ekin tau kot.. haha macam tak betul je.. macam tak betul je..
           
 Melalui novel ini, kita dapat banyak pengajaran. Seriously, ekin tabik cara penulis ni tulis. Ada bab kelakar, bab ganas, bab sweet dan bab sedih macam apee bagi ekin nangis serupa ekin yang hilang laki. Serious talk, cara dia bawa watak FIRMAN ni menjadi. Like a real story. Tak kartun sangat maksudnya taklah over jahat dan terlebih romantis macam novel lain. Bila korang macam fuhh rasa macam dialam lain. Lagi-lagi bab gaduh, pehh bingit je. Tapi kalau baca kesinamungan dia MY PRECIOUS IRIS. Hahaaa, melting gila kut. Hero taklah garang sangat senanya, dalam garang dia ada mengada-ngada dia. Lagi-lagi part mak dia cerita dekat heroin betapa nakalnya hero masa kecil-kecil dulu. Masa honeymoon diorang yang totally nature yang biasanya orang ke Parislah amende untuk honeymonn. Diorang ke SUNGAI MEKONG! Omg, serious sweet sangat masa tu.
                 Sebenarnya, baca yang kita boleh belajar dari novel ni iaitu realiti sebenarnya kehidupan diluar dan ilmu agama yang sentiasa didengari tapi tak difahami. Paling best, korang akan dapat baca teka-teki darippada abang pedas ni. Ouch, sweet! Tapi sambungan dia korang kena sediakan tisu! Baca skip confirm tak dapat feel, baca dan fahami. Pehhh, meleleh airmata hingus semua!! Cuma mungkin kecerdikan Ekin tak sampai sebab Ekin tak faham bab yang depan bapa dia tentukan syarat blablabla sedangkan bapa dia seorang yang serius i think ah dalam ILYS. Then, last dia yang tangkap penjenayah amende tah, itu pun Ekin tak faham hero senanya dah meninggal ke belum. Taoi tengah dia best gilaa!!


LOVES YOU, FIRMAN!!





BAGAIKAN DRAMA

Hidup ini bagai kisah drama,
Kau yangku anggap sahabat,
Hilang saatku jatuh dan tersesat,
Kau yang ku anggap insan terjahat,
Hadir saat hati ini dilukai,
Butanya mataku ini,
Tuk menyedari,
Engkaulah yg patut ku cintai,
Terima kasih kerana ada disisi,
Maafkan diriku ini,
Jika pernah hatimu ku lukai,
Kerna waktu itu ku buta,

Tuk nilai mana kaca mana permata.

Adikku yang comel!

Muhd Zhafran, itulah nama yang dipilih oleh aku untuk adik bongsuku. Actually, aku orang yang tak beria sekali bila diorang minta adik dekat mama sebab aku rasa mesti malam-malam bising dengar dia menangis. Tapi, bila dengar mama dah pregnant aku yang terover excited. Siap search gambar baby bagai. At first, aku nak letak MUHD ZAKUAN ZHAFRAN. Serious, aku suka gila nama Zakuan tu sampai berangan nak letak nama anak ZAQUAN ZACHERY. Hahahaa. Tapi..

"Ekin, nama Zakuan tu adalah nama kin. Memang dasarnya maksudnya baik tapi ramai yang blablabla" kata cikwan.

Aku mula was-was sebab aku pernah baca dekat internet pasal tu. Aku search lagi then dengan egonya, Ekin nak juga letak Zakuan tu!! Masa itu pula, Zhafran kena demam kuning selama 2 minggu. Macam-macam cara buat tapi asyik naik aje number dia. Mama cakap..

"Eh, letak Muhd Zhafran ajelah. Dia ni pun dah sakit-sakit bagai ni blablabla"

Aku pun redha ajelaa. Frust juga sebab dah lama impikan lelaki bernama Zakuan tapi emm. Setelah beberapa hari Zhafran pakai ubat mandi kuning and stop panggil dia ZAKUAN. Demam kuning pun hilang, alhamdulillah. Actually, aku taktau dia sembuh sebab nama atau ubat tapi apapun aku tetap bersyukur kepada Allah kerana sihatkan kembali adik bongsuku.

First jumpa dia, masa ambil dekat hospital. Takut nak pegang dan cium. Kecil sangat! Tapii, cium juga hihiii. Ewan paling bersemangat even dia tengah bersunat waktu tu lari nk tengok adik dia. Orang dekat hospital semua tengok then ketawa. Dengan seluar besar dia duk terkengkang-kengkang. Pelik. Pelik.


Tapi lama-lama, makin sayang dekat adik kesayangan aku ni. Sebab apa? Sebab setiap kali orang ambil gambar dia akan diam and tengok camera. Baru umur dua hari wehh! Hahaa, caya ah. Besar nanti kita boleh sama-sama haruk tau?!


Masa bulan 12, malam-malam mesti duk sibuk jaga/teman/kacau dia. Hahaa, dia pun sporting even masa tu dia tak dapat cam sangat orang. Hm, masa ni berat dia 2.8 kg. Satu bulan kemudian?



Masa ni, berat dia dah naik 2kg. Hahaa, takde kerja gi test Zhafran berkemban and pakai tudung comel tak. Gila tak comel?! Masuk bulan kedua (now) nak tau betapa bambamnya dia? Tengok ni!!













Kan aku dah cakap adik aku comel! Cococomememel!! Hahaa. Like a prince of heaven~~ Suka cium dia, seriously. Pipi dia tembamrasa macam spring, hahaa.