PPMRlah..PBSMRlah..
Kusut!
Serious kusut. Tak kisah banyak homework tapi yang kisahnya, kerja kursus!
Masalah utama aku adalah aku takde internet. Serious leceh nak kena topup RM5
untuk 24 hours je. Celcom kan kerjanya mencekik darah orang. Maxis/hotlink pula
dekat rumah aku ni takde line. Lorong rumah aku takde tiang TM so tak boleh
pasang. Kalau beli beribu then yang bayar family aku, yang menyibuk ramai.
Ewah, banyak cengkodok? Tapi, disebabkan ada PBS yang menuntut supaya aku
onlinelah, aku ada blog dan still active di Fb. Twitter pun aku dah tutup sebab takde masa nak tweet
lagi. Focus study, ecece. Even ramai pelik asal aku deactive sedangkan time tu
‘hot’ gitu. My answer..?
‘Hot tak bawa ke mana. Pelajaran tu
penting. Belajar pandai-pandai lepastu pergi luar negara. Kerja bagus-bagus
then pinang ZAYN MALIK. Hahaha’
PBS
ni bagus sebenarnya walau dalam sedar atau tidak cuma yang tak sukanya ia leceh
dan banyak habis duit. Tapi melalui PBS ni juga, aku dapat keyakinan untuk
bercakap dikhalayak orang ramai dan pandai mencipta sesuatu. Paling tak suka,
bila satu hari ada dua atau tiga PBS. Rasa macam nak cipta satu cip letak dalam
otak ni bila ingat semua. Soalan KBAT walau nampak susah tapi kalau kita try,
kita akan rasa puas sebab soalan dia mencabar gila!
Tahun
ni, aku akan cuba jaga attitude biar baik dan jadi seorang yang rajin. Cukuplah
sekali, aku jatuh tersungkur. Kali ni biarlah, aku berdiri demi menggembirakan
hati mama dan abah. Tak guna abah dan mama berkorban apa sahaja kalau
kekecewaan yang aku hadiahkan dekat diorang. Insyaallah..
‘Jika kau fikirkan kau boleh,kau hampir
boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu. Engkaulah
apa kau usahakan, terkandung dalam pemikiran. Berfikir boleh melakukan.
Fikirkan boleh!’
No comments:
Post a Comment