Pages

"Diriku umpama pelangi"

8/21/2014

Oh PT3 sayangg..

Kalau tak kerana PT3, tak mungkin aku nak jejak ke perpustakaan. Demi pelajaran punya pasal maka terpaksalah aku menjadi seorang yang rajin sedikit. Hari ini, aku pakai baju kemeja  warna kuning terang. Hahaha, tudung pula warna kelabu. Simple and just nice. Malam semalam, habis semua baju aku selongkar tapi akhirnya ini pilihanku. Malaslah nak pakai sarat-sarat! Niat nak belajar. Cehh, ayat budak baik.
                Nervouslah juga nak ke perpustakaan dengan kawan-kawan sebab aku tak pernah pergi perpustakaan awam. Nasib baik ayah Husnina sudi untuk hantar. Mak dia pun ada. Comel adik-adik dia. Dalam perjalanan, baru aku tahu yang Fiffy pun datang sekali. Tudung labuh, manis dan ayu muka dia. Sekarang, pergi ambil Aqilah dan Diyana dekat kedai mak Diyana. Aku yang biasa becok ni tetiba pula menjadi seorang yang pendiam. Faktor puasa mungkin hahahaha.
                “Kakak Diyana pun pergi?” tanya Fiffy kepada Husnina.
                “Tumpang pergi Larkin..” jawab Husnina. Aku pun, ohhh… dalam hati.
                Kejap! Husnina, Fiffy, Aku, Adik-adik nina,Aqilah, Diyana, Akak Diyana, Kakak sedara Husnina. Oh my god.. ramainya? Jangan risau, kereta ayah Husnina besar. Takdelah sempit sangat. Dah sampai ke perpustakaan. Wah, ramainya orang! Dah agak dah, semua Form Three. Tak pernah-pernah jejak ke perpustakaan agaknya sebab tu majoritinya muka kagum atau jakun benar.
                Sambil menunggu Husnina, aku pun masuklah ke dalam rumah comel tu. Hahaha, pendeknya kerusi dia. Sekali ada budak kecil datang. Aku senyum dekat dia. Dia boleh lari patah balik. Cis, kakak comel macam ni.. awak boleh tak layan. Grr.. Aqilah, Diyana dan Fiffy ketawa je tengok aku. Sempatlah juga kitorang duduk dimeja kecil tu dan imbau zaman tadika.
                Bila Husnina dah sampai, kami pun segera naik ke tingkat dua. Wah, besar juga perpustakaan awam JB ni. ‘Perpustakaan bergerak’ dekat luar tu tak pernah pun pergi sekolah. Cis, hanya ada dalam Upin dan Ipin je..
 Oh berbalik kepada perpustakaan. Serious talk, penuh dengan orang. I am guess that, semua Form Three sebab rak buku Geografi dan Sejarah hanya tinggal 10% saja buku. Dan hatiku pun berkata, apehal korang rajin sangat. Grr!
                Selesai ambil buku, jalan-jalan kejap. Tetiba… Novel?! Ahhhh.. dipenuhi dengan novel. Segala macam novel ada dan aku bagai diawang-awangan. Tetiba bayangan mama keluar. Hahaha, okay siapkan kerja dulu. Aku pun salin apa yang penting tentang Geografi dan belek-belek kejap. Dah puas berjam-jam dengan maklumat yang aku cari. Yess! Aku nak baca novel. Yahoooo..
                Selang setengah jam..
“Fuhh, apple” kataku sambil memuncung mulut ke arah jejaka yang berjaket itu. Mereka semua pandang ke arah dia.
                “Macam handsome je..” balas Aqilah. Kami semua tersengih sambil gelak.
                “Yang penting Lone Ranger. Aku memang suka mamat yang alone ni..” bebelku.
                “Apa yang mata dia duk melilau? Cari apalah agaknya..” kata Diyanah. Aku menjawab dengan pantas.
                “Cari jodoh kut” Kami gelak sakan. Selepas bosan mata meliar kiri kanan. Kami baca novel semula.
Opsss, baru teringat yang aku bawa pendrive dan kami pun ramai-ramai tengok masa kami jadi cheerleaders. Nasib baik Husnina bawa laptop. Kitorang gelak gila-gila bila sampai bab ada yang salah. Bila dah habis, ramai-ramai tepuk tangan. Hello, we all the winner okay! Hahaha. Walaupun aku tak reti menari dan banyak gila salah tapi hasil bantuan abang Form Six yang sanggup breakdance. Kami diumumkan sebagai juara. Wah, rasa macam nak lari keliling padang sambil gigit pingat emas. Hahaha. Sebenarnya, masa menari tu aku rasa nak nangis sebab nervous sangat. Nasib baik camera cikgu tak clear so tak nampak muka. Hihihi..
                Dalam sedar tak sedar, dah pukul empat petang. Fuh, pukul 10 pagi sampai pukul empat tapi tak rasa bosan. Dahsyat! Dan masa petang ni baru air-cond rasa. Maai, dah lama aku kepanasan dah balik baru rasa. Kipas ciput je hmm.. nasib baik ada novel Mimie Afinie ni.
By the way, sempatlah jumpa beberapa pelajar SMK Ulu Tiram dekat sini. Kesian diorang senasib dengan kami. Maklumlah kamikan tikus makmal.
                Rupa-rupanya ayah Husnina tak hantar kami balik sebab diorang nak pergi somewhere maka kakak sedara Husnina pun bawa kitorang melintas dan merentas untuk ke stesen bas dekat Larkin. Hahaha, aku ni anak manja so tak pernah lintas jalan besar-besar ni dan Aqilah yang pimpin tangan dan kira 123 lari!! Hahaha, nasib baik pemandu diMalaysia ni amat baik dan prihatin. Maka, mereka slowkan kereta mereka. So, yang akan naik bas adalah aku, Aqilah, Diyana dan Fiffy. Husnina dan akak sedara dia Cuma hantar kami. Nervous? Takut? Eh mestilah!
                Dahlah puasa tadi pula lari. Haus. Sabar, inikan bulan puasa maka jangan pandang restoran-restoran tu. Gulp, bau dia. Air pula. Tetiba..
                “Cepat..cepat..” jerit akak sedara Nina. Aku blur.
                “Kenapa? Kenapa?” soal kitorang.
                “Naik bas tu! Cepat..” arah dia. Aku pun pandang bas tu. Eh dah nak gerak kut!
                “Cepat!” cakap pakcik tu. Sebelum naik, aku berdiri kejap depan tu. Driver bus tu tanya.. “ Nak ke mana?”
                “Ulu Tiram..” balasku.
                “Ahhh.. naik”
                Aku pun naik. Fuhh, debar! Err, kena bayar berapa ni.. Aduii, duit semua besar.
                “Berapa?” soal kitorang. Kami berdiri di depan bas dan bas tu pula gedik nak gerak-gerak. Ni kalau jatuh terlentang malu satu keturunan!
                “Tiga ringgit” balas pakcik tu. Aku pun check. Alamak, ada dua ringgit je duit kecil. Aqilah ada Rm20 tapi pakcik tu takde duit balik. Nasib baik aku ada Rm10 dan rm2. Fuhh, lega. Baiklah aku nak duduk!
                Sebaik je pusing belakang… ramainya orang!!!
                “Nak duduk mana ni?” soal aku. Yalah, orang first berjalan. Baru je nak duduk sebelah bangla, Aqilah tarik.
                “Tempat lain” jawab dia sambil nak ketawa. Aku pun ikut jelah. Seriously, blur. Sampai ke belakang, semua penuh. Actually, kebanyakan penumpang letak beg diorang dekat sebelah. Tetiba..
                “Duduklah sini..” ajak budak pakai baju kemeja biru sambil menepuk kerusi sebelah dia. Budak sekolah atau kolej mungkin. Dia dan kawan-kawan dia tersengih. Aku sekadar tengok dan nak U-turn semula.
                “Berdiri tak boleh ke?” soal aku.
                “Duduk..” balas Aqilah sambil tolak aku ke hadapan. Aku pun dengan tak rela duduk sebelah lelaki tadi tu. Dia sibuk ketawa-ketawa dengan kawan dia dekat belakang. Err,, dah kenapa dengan mamat ni. Diyanah sebelah aku dan kami sama-sama duduk hujung kerusi. Nak duduk dekat? Tak ingin.. lagipun bulan puasa. Fiffy dihadapan aku. Aqilah duduk dibelakang sekali dan laki dikiri dan kanan tapi ada beg halang.
                Sakit punggung aku duduk dihujung kerusi ni. Baru nak duduk normal sikit, mamat sebelah ni macam makin rapat. Badan taklah rapat tapi kaki dia tu. Tak budiman langsung!
                “Hmm..hmm” dia kononnya berdehem. Serious, aku tak pandang wajah dia langsung. Dalam hati aku, mengadanya. Dia dengan dekat belakang dia tu duk ketawa. Sekejap-sekejap main mesej lepastu gelak ramai-ramai. Tak cukup dengan itu, dia pergi kacau budak depan tu dengan tendang-tendang kerusi. Budak lelaki tu tak pandang langsung.
                “Suka eh haa..sukaa” dia kacau. Aku dekat sebelah ni pula yang rasa menyampah. Dalam tak suka, aku tengok dia  dengan hujung mata. Sekejap betulkan kasut, kemudian betulkan rambut then gelak. Confirm..giloss!
                Aku berbual secara slow-slow sikit dengan Diyanah.
“Makin lama rasa macam nak muntah. Bas ni macam taknak bergerak!” bebel aku. Diyanah hanya gelak.
Disebabkan rasa bosan, aku pun duduk dekat sebelah Aqilah. Haa..lega. Beg mamat tu aku letak dekat sebelah dia. Besar ruang untuk aku duduk. Sebelah aku ada beg besar so bolehlah sandarkan tangan.
“Huh, bebas..” kataku secara perlahan. Aqilah hanya ketawa. Kemudian, dia berbisik.
“Sebelah kau tu handsome..” aku hanya ketawa. “ Eh? aku tak tengok pun muka dia..” balasku. Memang pun. Aku dan Aqilah pun berbual ala kadar. Tetiba kitorang teringat cerita Pitch Perfect yang perempuan tu muntah macam air paip. Serious duduk dalam bas ni menyeksakan aku. Aku kata dekat Aqilah.
“Elakkan macam tu je..”
“Sabar..sabar..”
Tuptup…
“Dah taknak duduk sini ke?” soal dia. Baru aku pandang muka dia. Hmm, bolehlah. Aku hanya menggeleng kecil.
“Err, dia taknak” jawab Aqilah. Aku tergelak dalam hati. Dia tak nampak ke aku geleng kepala?
Bas ni cari pasal betul, nak main brek-brek pula. Aku dahlah duduk belakang sekali, elakkan tersembam. Aku dan Aqilah cepat-cepat pegang kerusi depan. Dia ketawa tengok kitorang. Takdelah kelakar sangat. Hahaha, kejamnnya hati aku masa tu.
“Dari mana nak ke mana?” soal dia lagi. Aku tak tahu dia tanya siapakan so aku diam ajelah.  
“Dari Library JB nak balik rumah” jawab Aqilah.
“Ohh, korang sekolah mana?” tanya dia dengan kawan dia sebelah aku ni. Kawan yang sekaki dengan dia duk gelak dari tadi. Aku undur ke belakang sikit biar Aqilah senang berinteraksi dengan diorang. Hahahaha, tak kuasa aku nak layan.
“Smk Ulu Tiram..” balas Aqilah. Kemudian, aku taktahu apa lagi yang diorang berbual sebab aku tengah berangan dan duduk dalam dunia aku sendiri. Tetiba kawan dia yang paling pendek, yang duduk sebelah Aqilah, nak pindah tempat. Nak duduk tempat aku tadi. Aku pun duduk dekat tempat dia. Oh heaven! Tepi tingkap okey. Nampak sangat aku jakun tak pernah naik baskan? Ada orang dah turun maka Fiffy dan Diyana pun pindah. Yes, akhirnya dapat juga kami duduk dua-dua. Tapi diorang dekat depan, kitorang belakang sekali.
“Eh..eh.. apa ni? Blah-blah!” dia usik kawan dia. Aku just ketawa dalam hati. Okeylah, dia jenis selamba tapi aku tak suka. Hahaha taktahu kenapa.
“Korang form berapa ek?” tanya salah satu daripada diorang.
“Kitorang semua form three..” balas Aqilah. “Korang pula?” soal Aqilah pula. Rajin kawan aku melayan. Aku? Mata ke luar, telinga mendengar. Hahahaha.
“Kitorang semua form five kecuali si pendek ni form four..” balas dia. Asyik dia je tanya. Aku hanya memandang dia sekilas. Tetiba..
“Yang dia ni asal diam je? Bisu..?” kata dia. Hati aku terbakar. Biadapnya manusia ni. Eeii, tak puasa ke?
Padan muka, kena jelingan aku. Dia boleh senyum pula. Kawan-kawan dia pula ketawa.
 Aku terus pusingkan badan pandang luar. Sekali aku seret muka dia atas tar baru tahu. Tapi emm mungkin dia gurau kut. Mungkin.
“Dia dah ada pakwe ke?”tanya dia dekat Aqilah. Dalam memandang luar, hati aku rasa marah sambil malu. Ya Allah, manusia jenis apa ni?
“Takde..emm..cumaa..” balas Aqilah dan dia stop kejap tengok muka aku. Aku jeling Aqilah sekilas. Aqilah ketawa. “Dia Cuma tak biasa dengan lelaki..”  jawab dia. Memang betul pun. Dalam nakal aku. Sifat nervous dan malu aku tetap akan ada walau dekat mana. Kadang-kadang. Tapi kalau dah kenal, malu tu aku taktahu aku campak dekat mana. Hehehe.
“Ohh.. emm korang budak kelas depan eh?” tanya dia lagi.
“Haah..”
“Tengok gaya dengan pakaian pun dah tahu tak macam kitorang ni pakaian macam anak yatim..” balas dia dengan selamba. Aku tak tahan gelak tapi slow-slow jelah aku ketawa. Cover. Karang beriya pula mamat tu.
“Eh cakap dengan tudung hitam tu budak depan ni nak kenal..” jerit dia sambil terajang kerusi kawan depan dia tu. Aku namakan dia sebagai DIA sebab aku taktahu nama dia siapa. Hahaha, harap difahami.
“Perhh, cari jodoh dalam bas” ujar kawan dia. Mereka pun ketawa. Kalau macam ni cara usha korang, tak kahwin lah korang jawabnya tahu tak? Silalah tukar skill ye terutama si tinggi aka mamat sebelah saya tadi tu.
“Emm, korang ada WeChat ke Whatsapp ke?” tanya dia lagi, lagi dan lagi!
“Takde..” Balas Aqilah.
“Tu ada phone, takkan takde?”
“Takde.. betul..”
“Twitter, Fb, Instagram?”
“Semua takde..” balas Aqilah sambil ketawa. Nampak benar menipu. Hahaha.
“Cakap dengan baju kuning tu nak nombor fon boleh?” minta dia. Aku memandang dia sekejap then pandang Aqilah. Aku angkat kening.
“Err, dia tak pakai phone..”
“Dahtu..”
“Dia pakai phone ayah dia..” balas Aqilah selamba. Aku tahan ketawa. Dia pandang depan then diam sekejap. Dia pusing belakang semula. Dengan muka selamba dia cakap..
“Nombor bapa mertua pun bolehlah” semua kawan dia ketawa tak ingat. I was just like.. teruk dah mamat ni.
“Bapa dia garang..” Aqilah balas. Aku terus terketawa lalu pandang luar.
“Garang macam singa ah?” sampuk kawan dia.
Dengan tenang dia balas.. “Sedangkan singa boleh dijinakkan apatah lagi bapa dia..” Kawan-kawan dia gelak gila-gila dan aku hanya tahan ketawa. Gila nak ketawa sedangkan pakcik dekat depan tu dah tengok-tengok. Aku pandang luar semula. Yes, dah nak sampai Tiram!
“Dah nak balik eh? Eh pergilah Kota dulu baru balik sini..” cadang dia. Amboi-amboi.. sesuka hati dia je.
“Duit?” tanya Aqilah. Aku dah terdiam sebab diorang konon-konon cari duit.
“Taklah, gurau je..” balas Aqilah. Nasib baik. Aqilah ni..
Masa bas U-turn, dia sempat pesan..
“Nak balik eh? Jalan elok-elok tau.. Jatuh bangun sendiri. Dah besarkan..” Aku buat taktahu. Tak pandang langsung.
Masa nak lalu turun bas..
“Bye baju kuning. Kirim salam dekat bapa mertua..” kata dia. Aku hanya tahan malu. Heish. Masa turun tangga bas, Fiffy dah tanya..
“Kenapa duk?”
“Mamat sebelah aku tu tulah gedik semacam..errhh..” bebel aku sambil ketawa. Sebab aku tahu diorang hanya bergurau. Kalau tak, sunyi je perjalanan macam first-first tadi.
Masa nak duduk, bas mula gerak. Aku pandang ke bas sebab kawan-kawan aku semua tengok. Sekali nampak mamat tu tengah duduk sambil melambai dengan semangatnya. Kawan-kawan dia pula beriya ke tepi tingkap. Aku hanya jeling sambil senyum  kecil jelah. Aku pandang Aqilah tetiba Aqilah tengah tunjuk penumbuk dekat diorang dan kitorang ketawa je. 
Setelah beberapa minit, baru aku terfikir. Apa nama dia ya? …


 
Calon-calon PT3. Ehem. Comel? Tahu..

No comments:

Post a Comment