Pages

"Diriku umpama pelangi"

10/30/2014

Pakwe kita..










Me..me..me..


SK TAMAN BUKIT TIRAM..

Darjah 1 - 1 cerdik dan 1 amanah
Darjah 2- 2 amanah
Darjah 3- 3 amanah
Darjah 4- 4 amanah
Darjah 5- 5 amanah
Darjah 6- 6 amanah


SMK Ulu tiram (until 2014)

Form 1 - 1RKIB
Form 2- 2RKIK
Form 3- 3RKIK

Ehem..

Ada beribu bintang dilangit,
Yang bersinar hanya satu,
Dalam ombak gelora,
Dunia gerhana,
Awan mengganas,
Alam yang kegelapan,
Hadirlah dia sebagai orang insan,
Meredah onak dan duri,
Menahan sakit dan perit,
Jiwanya meronta,
Hatinya terseksa,
Akal dan iman menahan sebak didada,
Musim berubah ganti,
Pelbagai ujian menanti dan terpaksa dihadapi,
Dia seakan mahu berhenti dipertengahan,
Tetapi diteruskan perjalanan,
Nekadnya satu iaitu kejayaan si cahaya mata,
Hatinya luhur walau luar kelihatan berduri,
Jiwanya lembut walau tampak membara,
Orangnya rapuh walau kelihatan kuat.

Pandangan matanya yang jernih,
Titisan air matanya yang suci,
Pelukan ikhlas dan penuh rasa sayang,
Kata-kata daripada bibirnya yang bernas,
Membuat aku terngiang saat diri alpa,
Walaupun badai dan gelora menanti di hadapan,
Tabahlah hadapinya,
Jiwamu sebenarnya kuat,
Kuatkan hatimu,
Naikkan semangat dalam dirimu,
Kejar apa yang kau mahu,
Usah peduli akan sindiran orang disekelilingmu,
Kau tabah hadapinya,
Kau bukan seperti yang mereka katakan,
Kau berbeza dengan apa mereka tafsirkan,
Allah menyayangimu,
Allah akan sentiasa disisimu.

Walaupun mereka mencerca dan menghina,
Mereka tak memahami gelora jiwamu,
Aku disini diam seribu batu,
Bukan bermakna ku taktahu,
Janji tidakku lafazkan,
Namun tekad ku tanam demi dirimu,
Akan ku jadikan kau wanita teristimewa,
Takkan ku biarkan kau dalam luka,
Akan ku genggam tanganmu,
Sentuhkannya ke pelangi nan indah,
Dan awan yang biru.


MAMA

Setiap orang ada cara yang tersendiri untuk meluahkan isi hati. Macam tu juga aku. Aku suka sangat berkaitan sastera. Rasa macam harmoni bila dapat berpuitis or blablabla. Walaupun kadang-kadang rasa macam.. Ini lirik lagu ke puitis ke sajak? Ah lantaklah.
Pertama kali aku buat karangan.. actually bukannya karangan sangat tapi ada perenggan err karangan kut. Hemm, masa darjah 2 atau 3. Aku masih ingat lagi, masa tu aku cerita pasal mama. Jasa seorang ibu. Aku rasa seronok sebab dapat luahkan apa yang aku rasa. Aku jenis kaku dari percakapan. Aku hanya berani dan lantang meluahkan perasaan melalui penulisan. Rasa macam dunia ini aku yang punya dan aku bebas bersuara semasa menulis. Walau tak semua suka dan tak semua puji.
Sebab apa aku ingat karangan bertajuk IBU yang pertama aku buat tu? Masa tu, aku tunjuk dekat mama dan mama puji. Aku terus rasa syiokk dan bangga and blablalba. Don’t know how to describe it. Tapi, pertama kali aku jatuh cinta dekat penulisan adalah kerana pujian mama. Ya, itulah alasan konkrit!
Cinta ke ni? Hahahaha, kut. I love bahasa. Sekarang, aku tengah berjinak-jinak dengan BI tapi err agak rumit sebab tak selalu dipratikkan. But I’ll try my best. Jangan menyerah sebelum berjuang!!
Aku ada buat err ucapan maybe sempena hari ibu tapi malu nak bagi mama baca macam dulu-dulu. So, ehemm.. simpan dalam laci jelah. Thanks kepada teacher Suhana sebab betulkan grammar dan beri semangat kepada diriku yang lemah ini. Ecece, ayatt..

**

Dear mama,
                I would like to wish you a Happy Mother’s Day. Thanks for taking care of me since I was a little baby until now. You always teach me about the world. You always be a shoulder for me to cry on whenever I am in trouble. When I am upset and feel like in the dark, you come and hug me until I feel calm. You are the only person that I trust in this world. Thank you for advising me if I did mistakes. One day without you, like a thousand years for me. I would like to ask you an apology if I ever did any mistakes. Thank you very much for being a great mother. Eventhough you always nag to me, I never hate it. I know your heart is soft like a tissue and I promise that I will be a brilliant student. After that, I will take care of you until the rest of my life.
I love you mama! Deep from my heart.