Pages

"Diriku umpama pelangi"

10/30/2014

Ehem..

Ada beribu bintang dilangit,
Yang bersinar hanya satu,
Dalam ombak gelora,
Dunia gerhana,
Awan mengganas,
Alam yang kegelapan,
Hadirlah dia sebagai orang insan,
Meredah onak dan duri,
Menahan sakit dan perit,
Jiwanya meronta,
Hatinya terseksa,
Akal dan iman menahan sebak didada,
Musim berubah ganti,
Pelbagai ujian menanti dan terpaksa dihadapi,
Dia seakan mahu berhenti dipertengahan,
Tetapi diteruskan perjalanan,
Nekadnya satu iaitu kejayaan si cahaya mata,
Hatinya luhur walau luar kelihatan berduri,
Jiwanya lembut walau tampak membara,
Orangnya rapuh walau kelihatan kuat.

Pandangan matanya yang jernih,
Titisan air matanya yang suci,
Pelukan ikhlas dan penuh rasa sayang,
Kata-kata daripada bibirnya yang bernas,
Membuat aku terngiang saat diri alpa,
Walaupun badai dan gelora menanti di hadapan,
Tabahlah hadapinya,
Jiwamu sebenarnya kuat,
Kuatkan hatimu,
Naikkan semangat dalam dirimu,
Kejar apa yang kau mahu,
Usah peduli akan sindiran orang disekelilingmu,
Kau tabah hadapinya,
Kau bukan seperti yang mereka katakan,
Kau berbeza dengan apa mereka tafsirkan,
Allah menyayangimu,
Allah akan sentiasa disisimu.

Walaupun mereka mencerca dan menghina,
Mereka tak memahami gelora jiwamu,
Aku disini diam seribu batu,
Bukan bermakna ku taktahu,
Janji tidakku lafazkan,
Namun tekad ku tanam demi dirimu,
Akan ku jadikan kau wanita teristimewa,
Takkan ku biarkan kau dalam luka,
Akan ku genggam tanganmu,
Sentuhkannya ke pelangi nan indah,
Dan awan yang biru.


No comments:

Post a Comment