Pages

"Diriku umpama pelangi"

11/03/2013

Lukisan ikut gerak hati.


Yang warna merah kuning oren tu adalah lukisan ketika form1. Haha penat kut nak colour btw hasilnya tetap memuaskan hati.
Yang bunga merah ala-ala mekar tu sebenarnya pun masa form1. Tengah study ttg ton warna dan ekin rasa ekin lepas kut sebab cikgu puji hehe.
Yang bulat-bulat warna biru tu actually kena lukis bulat cecomel ala lolipop tapi jadi cm 3D pula. Haha cun apee? Lain dr lain.. 
Yang merah tu sebenarnya corak rumah imaginasi and ekin lukis strawberi. Tak nampak jelas sangat. Lol.


Im loving minions! Haha seriously ini tak tipu. Bila nampak minions je aku akan sengih dan ketawa. Haha know what minions amat dan teramatlah comel. I love cute things. Haha sama ke yang ekin lukis tu? Act, ini belakang folio GEO. I draw it. 

Ini no komen. Hee..

KAWAN YANG AKU SAYANGI..

Hayani
Dia adalah kawan yang sangat aku sayang. Kami berkawan rapat dan kami tak pernah gaduh suatu ketika dahulu. Naik sekolah menengah kitorang jadi pelik sikit. Ramai orang tanya but i dont know why. Alah, biasalah kamikan sedang melalui proses pertukaran hormon. Dia seorang yang tegas, penyayang, degil, pendengar setia dan penasihat terbaik. Kami selalu melakukan kerja nakal. Yaa, aku masih ingat hayani hahaha tapi tak boleh cerita dekat sini. Walau dia boleh dikatakan playgirl tapi aku percaya dia merupakan seorang pencinta yang terbaik. Satu perkara kau harus tahu, aku amat hargai persahabatan kita dan apa yang telah kita lalui. Perjalanan kita takkan dapat diubah tapi percayalah memori persahabatan kita akan aku ingat hingga akhir hayat. Bab aku peluk kau masa tidur dan kau selalu puji pipi aku gebu bila kau cium tu part paling sweet. Act, persahabatan lebih sweet daripada percintaan. For me lah, hehe btw maafkan aku atas segala kesalahan aku. You know apabila berdiri diatas dan tetiba jatuh ke bawah adalah perkara yang sukar untuk diterima. Aku berterima kasih pada kau sebab sanggup berkawan dengan aku walau ketika itu aku down. Honey, ikan sayang kamu...

Thanusha
Dia merupakan gadis bangsa lain yang menjadi sahabatku. Dia amat pandai, caring, sopan dan cantik. Aku rasa bertuah sangat sebab dapat kawan dengan dia. Walau kami berbeza segalanya tapi dia amat memahami aku. Dia banyak bawa pengaruh positif dalam hidup aku. Beri nasihat dan still berkawan dengan aku masa aku down gila, aku amat hargai segalanya. Dear tisu, terima kasih atas segalanya. I love you damn so much. Maaf seandainya aku pernah terkecilkan hati kau dan sebagainya. Semoga kau berjaya jadi pakar puan suatu hari nanti. And yaa, sambut anak aku! Sebelum bersalin, aku akan cari kau sampai jumpa dan harap kaulah yang akan berada disisi aku. Alamak, nak menangislah pula. Haha btw i love you!

Nurin
Nurin zafirah irdina bt zulkefli!! Haha, kita ibarat belangkas yang sukar untuk berpisah masa darjah 5. Dia ibarat kakak yang selalu menjaga dan membebel kepada sang adik sedangkan aku kakak dia berapa bulan. Betul aku kata, siapa yang memiliki hati Nurin adalah lelaki yang bertuah. Dia seorang yang romantis, caring dan bertimbang rasa walau kuat merajuk. Aku ingat lagi nurin, persahabatan kita yang bagai dalam novel tu. Part kita menangis masa hari raya, tulis nama aku dengan kau atas duit seringgit dan banyak lagilah! Seriously, aku sayang kau gila-gila walau kita tak serapat dulu tapi aku tetap doakan kau agar bahagia. Muahhh..

Natasha
Pssssppp, ini dia sahabat kesayanganku. Aku kawan dengan dia sejak dari darjah 2. Kami saling membenci masa darjah 1. Aku masih ingat lagi anting-anting rainbow kau. Natasha merupakan seorang yang ganas, garang, pemurah tapi amat lembut dengan aku. Sejak kami berkawan, pernah sekali aku terasa dengan dia dan sekali lagi kami bergaduh besar. Haha, yang masa kitorang gaduh besar tuu.. tasha menangis! Haha how cute is she even dia ala-ala boyish dia nangis sebab aku.. okey, ini semua kerana salah faham kami dan hadirnya orang ketiga. Ya, dalam dunia ni insan yang aku paling percaya dalam dunia ni adalah NURUL NATASHA BT YUSUF! Segala rahsia aku curahkan dekat dia sebab aku percaya dia mampu untuk jaga rahsia aku. Aku rasa amatlah terharu apabila ketika arwah ibunya meninggal, aku orang pertama yang dia telefon. Hey seganas-ganas dia pun, dia suka baca novel tau? Haha, semua kawan aku terpengaruh dengan perangai hantu novel aku.

Erra
Erra fazlina.. Haha nama iras-iras dengan erra fazirakan? Ya, ayah dia letak nama tu sebab masetu erra tengah meletops gitu. Haha, aku sayang dia sangatttttt sebab walau semua orang kata dia jahat tapi bagi aku she is the best. Dia tak pernah khianati aku dan selalu jaga hati aku. Ada pun masa tu tersalah cakap nanti dia minta maaf balik. Dulu masa sekolah rendah, kami ada hobi sama iaitu makan nasi goreng sesama. Haha pagi-pagi dah melantak 2 bungkus nasi goreng sorang. Kitorang memang kaki makan dan adanya aku, erra serta hayani maka terjadilah segala aktiviti nakal. Aku masih ingat lagi bab kita main paip air dekat tandas masa darjah 6. Seriously, basah! Haha, tanusha pun masetu kena sekali. Haha sweetnyaa kita dulu-dulukan? Dear erra, i love you damn so much :*

Fatin fatimah
Dia kawan baik kita yang paling baik dan best sekali. Kitorang kawan masa darjah 4. Dia minat gile hindu dan masatu pun aku terpengaruh. Pretty woman deko-dekona.. haha itu aje yang aku ingat. Dia baik, gebu dan jujur gilaa. Dia paling suka minum air masak thats why dia putih gebu tapi kurus kering hahaha btw she’s seriously pretty. Kitorang dulu suka main enjit-enjit dan kahwin-kahwin. Berkawan dengan fatin fatimah adalah perkara yang menyeronokkkan! Nama dia pun spesial, fatin tu nama kakak pertama aku.. fatimah tu nama arwah akak kedua aku. So mixed together jadilah sahabatku yang bernama FATIN FATIMAH. Hehe, sincerely aku sayang kau even kita sekarang macam renggang sikit. Apa-apapun terima kasih krn pernah jadi sahabat aku.

Fitrah
Aku macam tak percaya yang aku akan bersahabat dengan dia ni. Tak pernah terlintas difikiran. Kami punya banyak perbezaan hingga kekadang banyak kali aku terasa. Tapi bila fikir semula, mana ada orang dalam dunia ni yang perfect. Dia seorang yang baik, rajin, kreatif dan alimlah juga. Aku seorang yang blur, fitrah pun sama. So nanti bila kemana dengan dia, aku akan double blur. Aku hargailah setelah apa yang kita lalui ketika form1. Terima kasih kerana pernah menjadi sahabat aku. Ada ketika aku susah walau sometimes kau buat dunno je. Moments persahabatan amat aku hargai dan sayang kau sesangat. Aku doakan yang terbaik untuk kau baik didunia dan akhirat.

Husnina
Aku tak pernah ada kawan yang pendiam. Thats why, aku try berkawan dengan dia. Walau form1 kami satu kelas tapi jarang bercakap lagi pula masa form1, aku pendiam. Masuk je form2, otak jadi biul. Dia seorang yang matang, prihatin, pandai, rajin dan boleh tahan kelakar sebenarnya. Dia juga antara orang yang aku percaya dalam dunia ni. Aku ingat lagi puisi yang kita buat tentang sahabat perlu saling memahami tu tapi sayanggg kertasnya aku dah hilangkan. Aku setuju dengan puisi yang kau buat tu, jika berkawan kita perlu saling fahami takkan selamanya kita je yang nak kena jaga hati dia. Pastu hati kita acano? Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku, terima kelemahan aku, ada ketika aku perlu. Dan kami punya bakat yang sama iaitu melukis dan mewarna. Huh, minat novel pun sama. Senang cerita siapa kawan dengan aku terpengaruhlah dengan kehantuan novel aku, haha.

Ain
Kawan aku paling comel dan ala-ala cina. Aku suka tengok cara dia jalan macam kartun. Kitorang kenal masa form2 dan mula rapat selepas satu konflik. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, aku pun belajar dari kesilapan lampau aku. Btw, dia the king of comic and novel. Siapa nak pinjam novel dan komik? Minta dia. Haha, dia kaki makan sama dengan aku. Kami ni kekadang pelik sebab kitorang suka main peluk-peluk dan cecium *pipi*. Haha sweet tak? Sweet tak? Part nakal yang tak boleh blah bagi aku, time aku dating.. dia ajak pakwe dia. Dating 2 couple -..-  macam apee.. hahaha. Seriously ain ni comel dan baik. Dia boleh dijadikan geng bila nak bergosip hahaha news terbaru hal apa-apa confirm aku cari dia. Hihihi.. Love you laling :*

Act, ramai lagi kawan-kawan yang pernah hadir dalam hidup aku memberikan seribu makna pada diri aku. Bagi sesiapa yang aku tak mention tu janganlah kecil hati. Percayalah, kehadiran dan jasa korang amat aku hargai. Tanpa korang, siapalah aku ni. Terima kasih kepada sesiapa yang pernah hadir dan menceriakan hidup aku. Maafkan aku kalau aku pernah buat silap sama ada secara sengaja ataupun tidak. Wallahualam, aku hanya insan biasa yang sering melakukan dosa. Aku tahu kekadang tu aku ada terkecilkan hati korang, terover mengada dengan korang, ganggu hidup korang. Harap korang sudi memaafkan aku. Percayalah, hidup didunia akan lebih indah jika nila persahabatan itu kita hargai. Hilang kekasih mungkin berganti tetapi teman sejati sukar untuk dicari. Assalamualaikum, sayang korang :*




THINGS ABOUT ME!

1-      Fobia dengan api/ api gas.
2-      Amat sukakan kartun yang cecomel spt Minions dan Barbie!
3-      Super Duper penakut, cengeng dll.
4-      Diam apabila marah atau  terasa.
5-      Suka buat muka bila tak puas hati.
6-      Gila-gila dan pelik.
7-      Amat sukakan novel. Yes, i am hantu novel. Teramat meminati bidang penulisan.
8-      Mempunyai imaginasi yang tinggi iaitu kuat berangan.
9-      Pantang nampak cermin dan kamera!!
10-  Tidak suka binatang. Takkan sentuh walau secomel manapun haiwan itu.
11-  Suka gila dekat lelaki yang pendiam.
12-  Seorang yang setia namun cepat bosan, hehehe.
13-  Suka peluk orang apabila tidur.
14-  Seorang yang tak boleh main games. Akan badmood atau games tu dihentak bila kalah.
15-  Seorang yang blur.
16-  Jalan lembab gila.
17-  Kaki makan/ kaki tidur/ kaki sentap.