Pages

"Diriku umpama pelangi"

3/22/2012

Kau dan Dia (3)


Aduh,sabar je aku dengan Cikgu Senah ni . Dia fikir dia siapa nak marah-2 aku ? Hish , angin betul aku . Makcik Zainab pun jarang marah aku . Sesuka hati dia saje nak main sebat-2 aku ! Takpe kau tunggu balasannya …

“Relaxlah bai , tak payahlah nak emo sngat . Cikgu tu baru masuk sini jadi dia tak kenal lagi kita siapa,” kata Iwan .

“Aku tak kisah kalau dia nak pancung aku sekalipun tapi takpayah nak sebat depan perhimpunan . Malu doh..”ujarku dengan lirih . Malu , marah , geram semuanya bersatu !

“Chill bai , lu ni buat reaction macam tak pernah kena sebat depan perhimpunan pulak ..” bebel Zaquan .

“Sebelum ni okeylah fasal sebelum ni aku takde awek ,” bentakku . Entah apa yang kelakarnya , mereka gelak beramai-ramai . Sabar , Asyraf !

“ Patutlah emo , pasal awek rupanya” kata Zaquan sambil gelak .

“Kelakar eh?” sindirku kepada Zaquan sambil menghisap rokok .

“Haha , Lyssa marah kau ke ?” Tanya Iwan .

“Takdelah marah tapi .. aku malu,”kataku lalu menyembamkan mukaku ke beg lalu baring diatas bangku . Iwan geleng kepala melihat telatahku . Aku baring sambil menghisap rokok . Kalaulah Lyssa tahu aku hisap rokok , marah ke tidak eh ?

“Hish kau ni ! Buat lawak betullah . Hmm , ni ponteng sekolah lepastu hisap rokok . Tak takut Lyssa tahu pula ?”ujar Iwan .

“Itulah tapi aku menyampah kau tahu ? Bila pandang muke Cikgu Senah tu aku rasa macam nak bagi penampar saje , Daripada aku buat hal lebih baik aku elakkan . Bingit aku dengan Si Senah tu !” luahku . Mana tak geram , punggungku masih terasa kebas lagi . 

“Asyraf , lu chill okey ?Kau ni macam tak biasa pulak eh ? Sekarang kau pilih nak plan A ke plan B atau nak yang baru ?”soal Apek sambil ketawa jahat . Aku mengangkat kening sambil tersenyum . Siaplah kau Cikgu Senah , jangan bermain dengan api !


**

Kami gelak beramai-ramai . Puas hati aku pabila melihat sebuah kereta yang berada dihadapan sudah calar balar malah tayarnya juga sudah pancit .

“Dah , jom ! Nak lepak mane ?”soalku kepada rakan-rakanku . Lagi dua jam waktu persekolahan tamat .

“Pergi makan jom ? Wa laparlah,”kata Iwan sambil menggaru kepala lalu menghembus asap rokok .

“Hmm , duit ? duit ? duit mane ?”soalku sambil menaiki motor .

“Harini biar Zaquanlah payung ! Maklumlah diakan kaya,”ujar Apek .

“Perhh , siot ! Keringlah poket aku . Kaulah payung,”kata Zaquan

“Kau ni kedekutlah ! Asyik-2 aku , mampuslah aku,”bebel Apek .

“Kau fikir duit kau je eh ? Duit aku kau tak fikir ?! Kau fikir mak bapak aku tukang cop duit ape ?”balas Zaquan .

“Bisinglah korang ni ! “jeritku sambil menghidupkan enjin motor . Takde minyak pulak . Fuh , sabar !

Beberapa minit kemudian ,

“Yelah-2 aku payung . Apehal dengan motor kau ?”soal Zaquan .

“Habis minyak,” balasku malas . Iwan menaiki motor lalu mengajak aku menaiki motor berasamanya . Selepas makan baru ambil . Aku bersetuju .

**

Aku menghisap dan menghembus rokok dengan nikmat sekali . Tenang .

“ Aliff ! Aliff ! Mampus !! Makwe kau ..” panggil Apek dengan cemas . Kawan-kawanku  panic dan kelam kabut termasuk aku .

“Mana ? mana ?”tanyaku . Tiba-tiba , ada seorang wanita berdiri disebelahku sambil memeluk tubuh . Lyssa ! Aku menggaru kepalaku . Kantoi !

“Lyssa..” seruku lembut . Lyssa memandangku dengan wajah yang tenang . Namun , aku tahu yang dia sedang menahan rasa marah . Dia menjelingku lalu berjalan laju beredar dari restoram mamak ini . Aku mengejar dari belakang .

“Lyssa ..” seruku lembut . Dia langsung tidak pusing belakang .

“Lyssa..” seruku lagi . Masih sama malah dipercepatkan lagi langkahnya.

“ Lyssa , dengarlah sini..” ujarku lembut . Lyssa berhenti lalu pandang wajahku sambil memeluk tubuh .

“Dengar apa ?”tanyanya .

“Penjelasan Aliff..”pujukku . Lyssa membuat muka bosan lalu berjalan meninggalkanku .

“Lyssa..”seruku . Tidak tahu mengapa , aku berasa bersalah sangat .

“Aliff , listen here . Bila orang lain cakap awak itu ini, saya tak pernah percaya . But when I see you..erghh ! It’s over Aliff . Don’t you think how is your future when you become a smoker , ponteng kelas and tak belajar betul-2 ? ”marah Lyssa . Walaupun dalam nada suara yang rendah dan lembut , aku tahu yang dia sedang marah .

“Okey , fine . Saya minta maaf”pujukku .

“Lebih baik Aliff mintak maaf dengan ibu bapa awak,”balasnya lembut . Aku tersenyum hambar .

“Aliff anak yatim piatulah,”kataku lembut sambil sengih . Aku sedaya upaya menahan rasa sedih dan rindu yang datang . Control your face reaction , Asyraf !  Lyssa seakan rasa bersalah .

“Err..sorry,”pinta Lyssa .  Aku tersenyum hambar .

“Lyssa nak pergi mana ni ?” tanyaku .

“Beli buku rujukan . Why ?” kata Lyssa .

“Hehe , nak temankan..”ujarku dengan suara yang manja . Nasib baik kawan-kawan aku tiada disini .

“No need,”katanya.

“Kenapa?”Soalku pantas .

“Kedai tu guna air-cond so nanti berbau rokok,” sindir Lyssa lalu berlalu meninggalkanku . Aku menarik nafas dalam-dalam . Nasib baik aku sayang dan cinta dekat minah ni , kalau tak ..