Pages

"Diriku umpama pelangi"

8/21/2014

Hari raya dirumah nenek.











Sebahagian saja yang ada. Ada yang kerja. Ada yang dekat kelantan.

Hari Raya Dengan Mereka..











Seronok. Ya allah terima kasih kerana menganugerahkan aku sahabat yang baik semuanya. Alhamdulillah. 

Rumah pertama - ke rumah Aqilah. Makan spagetti cabonara. Nyamnyam.. banyak letak hotdog. Love it!

Rumah kedua - Ke rumah diyana. Mak ana masak soto. YaAllah sedap sangat. Betul. Ana masa tu pergi manetah dia pesan jangan makan dulu. Tapi bila bau je soto tu, kitorang terus lupa. Ahhh sedap!

Rumah ketiga - Rumah deeba. Comel budak tu! Perjalanan ke sana dalam 15 minit. Fuhh penat. Rupanya jalan dia taklah jauh. Disebabkan aku dan fifi dah kenyang, kami melantak sotong sambal je. Hahaha. Masa dlm prjlnn pulang, Syuhadah aka Nora Danish jadian buat lawak gila-gila. " Cepatlah sikit, aku nak pergi shooting lepas ni" anjing dekat dlm rumah tu terus menyalak. See, bukan kitorang je nak muntah. Anjing pun! Hahahaa. Aku dengan Aqilah siap tanggalkan kasut then lari macam pengantin lari.

Rumah keempat - rumah aku. Mama pun belum masak. Kami pun dah kenyang. So goreng kentang gitu-gitu je. Sempatlah juga tengok video suavamente kami tu. Zhafran naik baby walker then senyum-senyum dekat diorang. Tetiba nampak syuhadah, Zhaf terus nangis gila-gila. Hahaha. Susah Nora Danish tak jadi ni..

Rumah kelima - Ke rumah Husnina. Rumah kitorang dktlah juga kalau guna laluan shortcut dan aku sesat dlm kampung aku sendiri. Ok fine. Nampak sangat aku tak pernah keluar rumah. Aisehh.

Rumah keenam - Rumah Fatin. Wooo cantik rumah dia! Kuih dia semua sedap. Aku kerjanya melantak. Hihihi. Seronoknya masa tunggu dekat BUS STOP! Syuhadah dan kitorang ramai-ramai gelak gila-gila. SERONOK!

Rumah ketujuh - Rumah Fiffy. Baru aku tau bersebelahan dgn kubur. Ehem. Segala surah aku baca. Hehehe. Fiffy belanja aiskrim. Muah! Thanks. Kitorang tak habis-habis selfie!!! Then masa depan bus top, aqilah berselfie tetiba ada laki dalam kereta tu pandang. Dia terus letak dekat telinga, Hello ma! Ya..yaa.. Kitorang gelak gila-gila. Seronok sangat hari tu. Pukul 6.30 gitu baru balik.


SUAVAMENTE. Cheerleaders!


Aku curang dengan rumah BIRU! Hahaha. Saja tolong diorang sebab ada empat hari je untuk berlatih dan diorang nak cover masa, diorang pun ambil je campur aduk. Aku yang si kayu ni pun diorang pujuk rayu suruh masuk. Aiyaaa, rasa malu bila fikir semula sebab aku ingatkan masa present dance dekat pandang tu, aku akan feeling-feeling princess. Tapi hakikatnya.. kaki aku menggigil dan aku takmau menari depan khalayak ramai lagi. Tapi bila think twice, enjoy what! Girls suavamente. Ehem comel-comelkan? Well.. Hahahaha. Setiap sudut ada penonton dan masa tu hujan renyai-renyai. Masa sebelum mula, ada someone jerit bahagian aku. Ayat-ayat semangat. Fuhhh. Btw, nasib baik camera cikgu tak clear kalau nampak muka.. Pehh, sure nampak muka aku yang macam nak menangis ni. Ohshit. Aku banyak salah. Ya, aku mengaku. Aku sendiri malu dan ketawa bila tengok. Hahahaha. Hei..heii.. KAMI JUARA tau! and I feel like "WHAT?". Rasa macam nak lari mengelilingi sekolah sambil gigit pingat tu. Hahaha! Saya yang bahagian kanan sekali yang tak pandang depan tu dan yang banyak salah tu. Okey. Fine. Tutup muka.


SONG 1- Hey mickey
SONG 2- Hit me baby one more time
SONG 3- Suavamente



Guru-guru yang bekerjasama siapkan pompom dan cut lagu dll :
  1. Cikgu Hazirah Othman ( Nanti cikgu kahwin panggil kitorang untuk dance. Hahaha silat segala tu lapuk. Call us and pay us 10 minit Rm10K. Hahahaha. Thanks sebab layan kami yg tak sungguh-sungguh berlatih dan berselfie sampai memory phone cikgu hilang. Kalau ada mesti seronok! )
  2. Cikgu Dahlia aka mama wahida yang sudi ajar dance, buat mata ketam, buat pompom yang comel tu dan sponsor tudung. Fuhh, merah mengancam! Bila jalan turun padang, semua pandang. Malu mak. Hahahaha.


SUAVAMENTE GIRLS..
  1.  Fatin Hanina
  2. Erisha Emalin
  3. Muharammah
  4. Wahida
  5. Aqilah
  6. Nor Ashikin ( pwincess sangat )
  7. LUPA NAMA (budak form2)
  8. Myra eyka
  9. Diyanah
  10. Husnina





Aktiviti amal di perigi acheh.

Pada 19/4/14..
Bosan gila masa perjalanan ke sana. Alhamdulillah, ada Aqilah. Kitorang rasa macam dunia ni kitorang punya. Opss, silap. Dalam dunia ni hanya ada kami berdua. Kitorang satu group dengan siapetah. Seriously, I dont care. Aku hanya fikir tentang kitorang je. Hehehee..
Aku pakai tudung sekolah. Yes nerd, tapi it is better than tudung bawal yang putih lagi hitamkan wajahku serta rimas. Kitorang group air dan persegeran. Alhamdulillah, takdelah banyak buat kerja. DAN boleh merayap. Hahahaa..
Yaaa, dekat sana.. betul-betul bosan! Tapi emm takpelah buat kebajikan dan dapat pahala. Sampai sana.. aku, aqilah dan balqis.. muka takde mood turun bas. Oh lupa nak cakap, aku bawa makanan macam nak pergi berkelah. Hahahaa, k. Aqilah ketawakan. Biarlah, untuk aku yang kuat makan ni amat perlu untuk bawa spare. Takdelah lapar nanti.
Ketua kumpulanku ialah Faiz Mat Zan. Hm, aku tak suka sangat dia tu walaupun dia seorang yang pendiam dan aku suka someone yang pendiam. Tapi.. pendiam dia tu err whateverlah. Masa pembahagian tempat, debar kut nak tunggu dia cakap aku gn aqilah dekat mana. Jangan pisahkan kami! Itu doa aku.
Tup..tupp..
“Korang dua orang dekat pantai” kata ketua kami itu.
“Kitorang..aa..” actually nak tanya dekat mana pantai tu tapi tak keluar sebab tengok dia macam buat muka. Aku terus bebel dalam hati.
“Ahh..ekin pantai dekat mana?” Aqilah duk risau. Aku pun. Takkan dekat jalan lalu masuk yang ada bot dan airnya teh ais tu? Emm, dia kata pantai tapi dekat depan tukan laut?
“Err, tak nampak pantai pun?” Kitorang dua blur kejap.
“Ni nanti bawa eh ke tempat awak semua tu..” kata cikgu.
“Hah?” aku terkejut. Maai, kecilnya bekas air. Mahu gigil lutut aku angkat!
“Takkan kita dua orang je angkat?” tanya aku.
“Kan.. ha satu lagi. Pantai dekat mana?” jawab Aqilah. Gosh, im blur right now.
“Cikgu, pantai dekat mana?” soal aku.
“Dekat hujung sana”
“Tak nampak pun” jawabku.
“Jauhh..”
“Dah tu macam mana nak angkat air ni?” tanya aku lagi. Cikgu pening. Ya, saya lagi pening!
“Mana mamat dua orang tu?” tanya Aqilah.
“Entah. Cis, tak adil betul bagi perempuan buat kerja macam ni blablabla” ku mulai bebel. Aqilah pun join sekali. Hahahaa, sekejap kitorang kacau Fatin dan yang lain. Untunglah. Semua kawan zaman sekolah rendah dah tinggi. Tinggal kitorang dua orang je yang still comel lote disini.
Aqilah pun pergi tengok mana mamat dua tu pergi. Mamat dua tu nama dia Faiz dan Arshad. Kenal? Yes. Tegur? Tak pernah lah pula. Ingat aku ni peramah sangat ke?
Entah macam mana, Faiz tu timbul.  Huh, tanya jelah. Takdenya mamat tu nak telan aku.
“Eh, pantai dekat mana?”
“Hujung sana..”
“Hujung..?” Sebenarnya nak sambung.. GILA KAU NAK SURUH AKU ANGKUT SAMPAI KE HUJUNG SANA! Tapi tengok muka dia terus terdiam. Automatically, aku buat muka. Lantaklah dia cakap apa. Eeeii, segala bebelan ada dalam hati aku tatkala tu.
Tetiba, dia duorang angkat air tu. Aku dengan aqilah terus macam. Hah? Hah? Hah? Apa ni?!!
“Ekin, ikut dia jom..” kata Aqilah.
“Hah? Diorang ke mana. Kitakan pergi pantai”
“Diorang pergi pantailah tu”
“Hah?” BLUR.
“Korang pergi pantai eh?” tanya Aqilah.
“Haah” jawab dua-dua. Aku buat muka. Ya Allah, sakitnya hati. Bukannya nak cakap dari tadi. Korang tahu tak kalau aku boleh jadi Incridible Hulk, aku akan smash korang. Campak korang dekat atas pokok kepala tu. Buat BBQ, asam pedas blablabla. Ehh.
Dan diorang mcm tak larat nak angkat. Yang Arshad tu suruh Aqilah bawakan beg. Nasib baik bukan aku. Tak rajin. Maai jalan sikit stop. Huh, bila nak sampai. Fikir balik, air tukan berat. Actually, aku ni excited nak tengok pantai dekat situ. Heaven or hehehe J
“Korang pergilah dulu” jerit diorang. Eleh, macamlah aku nak tunggu korang sangat. Aku terus tarik tangan aqilah pergi.
Aik, mana pantai? Kata hujung. Dah hujung dah ni. Akhirnya, setelah kucing keluar janggut maka sampailah seorang pewira pengangkat air ke pondok nan indah ini dengan menaiki motor. Eh mana pewira seorang lagi yang muka takde feeling tu. Haih. Susah juga hidup dengan orang macam ni, Hmm. Akhirnya, tibalah kedatangan tetamu yang dinanti-nantikan dan aku daripada gelak sebab kacau budak cina tu. Terus macam orang makan kapur, apalah magic mamat ni boleh buat aku rasa takde mood setiap kali tengok muka dia. Kedutlah muka aku lama-lama kalau kerja buat muka. Niat nak buat pahala banyak-banyak tapi hehehe..
Aqilah rajinlah nak tegur dua orang tu. Aku? Hm.
“Mana pantai?” tanya diorang. Hm tau pun. Akhirnya, diorang pergi balik. Pergi mana lagilah budak duorang ni? Cikgu depan mata tu kan ada. Pelik? Ya.
Oh dekat sana. Amboi, macam dalam hutan je? Pantai memanglah dekat hutan. Selangkah je masuk. Jantung terus dupdapdupdap. Okey, baca doa. Ada Allah. Jangan takut. Selawat banyak-banyak dalam hati. Fuhhh. Hehehe, sepatutnya diorang tu kutip sampah dekat tepi hutan ni. Hahaha, aku dah fikir menyeleweng lepas tinjau kawasan hutan ni. Cehh.
Dan ketika sampai ke hutan ni. Perasaan nak tunggu budak lelaki duorang tu terus ada. Bukan takut cuma risaukan diorang, takut diorang penat. Hahahaha, okey alasan. Sambil jalan tu.. aku dengan aqilah asyik potpetpotpet. Mamat duorang tu hanya bercakap sesama sendiri. Alhamdulillah, bagus juga jalan dengan orang yang takde perasaan ni. Takdelah rimas sangat.
Err sampai ke tempat tu. Dia ada dua jalan. Satu tu jalan yang cerah tapi bersemak samun. Satu lagi jalan yang gelap tapi bersih. Eh, yang mana jalan nak ke pantai?
“Yang mana jalan nak ke pantai?” tanya kitorang.
“Kenapa?”
“Ada dua jalan”
“Orang tu kata straight je.” Balas diorang. Huh, aku tak cukup berani nak pergi. Aku tahan aqilah. Hehehe, suruh diorang pergi dulu. Diorang letak air tu. Kemudian, dua-dua pergi. Sempat pesan jaga air tu. Grr, air tu tak lari punlah!!
Taktahu kenapa. Tapi macam biasa, aku kalau takut terus baca ayat Qursi. Mula-mula baca kuat biar takut tu hilang, tapi budak duorang tu dah datang. So masa last tu baca slow slow sikit. Aqilah tumpang sekaki.. aminkan. Boleh pula budak duorang tu balik tersengih lepas tu ketawa.
“Kenapa?”
“Kubur”
“Hah? Ye je?”
“Ya”
  Gulp. Ya Allah. Terus segala selawat ku baca dalam hati. Haish, cikgu ni pun satu. Yang tinggalkan kitorang buatpe? Dahlah ada kitorang empat orang je. Kitorang pun pergi tempat lagi satu. Taktahu kenapa hati takut yang diorang tipu. Mana tahu, dia suruh kitorang ke sini tapi diorang ke sana. Itu yang bila jalan sikit.. aku pusing belakang. Takut diorang tinggalkan. Serious, wa akan nangis tak berlagu bro kalau betul diorang buat macamtu.
Memang jantung speed laju. Ini kalau masuk F1, ada chance menang. Mulut ni kerja selawat je. Huh, tenang sikit.  Sekali aqilah jerit nampak pantai. Ya Allah! Yessss... Kitorang dua orang terus lari tinggalkan mamat dua orang tu. Aku sampai dulu. Yeahhh! Akhirnya, cikgu dan budak-budak lain ada. Muehehehe, ambil gambar kejap.
Oh heaven. Walau pantai tak cantik tapi angin sepoi-sepoi dia amat best! Aku orang pertama ambil air. Hahaha, penat okey sebab berdebar tadi. Kitorang duduk menyibuk nak tengok gamatlah bagai. Tapi serious gemuknya gamat tu! Udang dengan ketam dia betul-betul euuuww awat peliknyo?
Lama duduk dekat situ dan aku dapat rasakan yang aku bakal ‘putih’ sebab berjemur. Hahahaa. Tetiba, cikgu Adriana kata..
“Dah-dah. Jom pergi bersihkan kawasan kubur”
“Eh betul ke?” tanya aku. Aku dengan Aqilah terkejut.
“Aku ingat budak duaorang tu gurau” Ya, betul tu Aqilah. Omaigadd.
“Dah tu, nak ikut ke?”
“Err..”
Diorang pun pergi. Maka tinggallah kami berempat ditepi kawasan pantai tu. Mulut rasa gatal nak mengunyah. Hmm, biskut dikeluarkan dan ngappp! Alhamdulillah. Selepas setengah jam atau lebih mungkin. Biskut dah habis. Aku dan Aqilah duk potpetpotpet siap bergosip lagi. Mamat dua orang kat belakang tu tak keluarkan sepatah kata. Tah macam mana, empat-empat tanpa bercakap terus nak balik. Tapi belum sempat diorang angkat. Aku tahan. Hehehe tercekik. Minum kejap. Emm acik nelayan tu macam duk tengok-tengok air kitorang yang menyelerakan ni. Hati terus rasa touching.
“Eh bagi makcik tu boleh tak eh?” tanya aku dekat diorang 3 orang. Dia angkat bahu.
“Suka hatilah”
Aku pun. Hm, bagi jelah. Dapat pahala sikit untuk hamba Allah yang tak sempurna macam aku ni. Heee. Acik tu terima kasih. Aku pun emm senyum jelah. Hahaha, takdelah jahat mana aku ni. Tuihh. Hahaha.
Cikgu Ghaffar datang. Dia dengan budak-budak dia. Minum air. Aku nak bagi dekat pakcik belah sana tapi semuanya lelaki. Taknak aku. Tapi macam tak manis sebab dahlah minum depan dia. Tayang-tayang minum depan diorang tapi tak jemput minum. Haihh.
“Cikgu, bagi pakcik belah sana boleh?”
“Hah. Entah. Tapi ini bukan penduduk sini ni. Ini orang asli. Tapi nak kasi, kasilah” jawab cikgu. Aku terus macam em takpelah kut lagipun nampak tak manislah kalau aku yang perempuan pergi kasi dekat pakcik-pakcik dan lelaki-lelaki tu.
Sebelum makcik tu semua balik, diorang macam cakap dekat aku..
“Balik dulu ye..”
Aku pun.
“Ahh, yaa” then angguk senyum ajelah. Aku ni dahlah kekok. Maklumlah orang nakal nak jadi sopan. Pelik je? Hahaha.
Then, pakcik kesihatan mane lagi tah datang. Kitorang nak bertolak balik. Dia boleh pula sambil lalu depan kitorang kata yang..
“Semacam je tempat ni”
GULP. Woi, janganlah takutkan kamI! Grr, kami berempat terus pandang sesama sendiri.
“Emm, jom balik”
“Okey” dalam hati mula baca segala surah. Nasib ada budak lelaki Form 2 ramai-ramai. Entah apa yang diorang nak pun taktahu. Confused, nak ke kawasan K tu ke nak balik terus? Tapi nanti kalau cikgu haus?
Sambil jalan, sambil aku berfikir. Nak pergi ke K ke balik? Emmm.. Yang budak form2 tu entah apa yang diorang nak buat. At last, cancel. Baguslah, ini tempat orang jangan macam-macam. Masa on the way balik, Faiz pergi check sekali lagi dekat kawasan K. Budak lelaki form2 semua tanya..
“Eh, dia pergi mana sensorang tu?” tanya mereka. Aqilah pun jawab.
“Kubur. Asal?”
“Ye ye aje?”
“Tak percaya..pergilah” cabar aku.
“Eh, jum pergi!” ajak sorang tu. Ramai-ramai konon nak pergi then mamat yang aku kira muka paling ganas pula tak mahu. Hahaha, muka kerek bukan main. Tetiba, pakcik yang naik motor tu datang then jerit..
“Woi. Jangan kacau nanti Mr.H K bangun!!!” jerit dia. We were just like.. what the hell?! Gurauan atau apakah ini. Okey fine.
Si Faiz tu pula datang dengan selamba dan entah tak tahu macam mana. Kami semua sepakat nak balik. Masa dalam perjalanan.. Jumpa lagi si pegawai kesihatan. Dia tinjau tempat tu agaknya. Hmm, baguslah!
Masa kitorang lalu, dia bebel apetah. Aku yang kurang dengar ni tanya sekali lagi.
“Apa?”
“Tempat ni jadi sarang *(^&% #$” Aku kurang paham dan kurang dengar. Aku garu kepala. Aqilah jawab..
“Ini tempat sarang..ghoorrr..ghoorr” Aqilah buat suara khinzir!!! Tergelak semua. Hahaha, amat memalukan.
“Sebiji” balas dua mamat dekat belakang. Setelah berejam, akhirnya dapat jua kami ketawa.


Itu sahaja yang aku ingat tentang aktiviti amal aku disana. Selepas itu, semua hampeh dan boring. I hate it. So much. Nasib dapat sijil. Ciss! 

Oh PT3 sayangg..

Kalau tak kerana PT3, tak mungkin aku nak jejak ke perpustakaan. Demi pelajaran punya pasal maka terpaksalah aku menjadi seorang yang rajin sedikit. Hari ini, aku pakai baju kemeja  warna kuning terang. Hahaha, tudung pula warna kelabu. Simple and just nice. Malam semalam, habis semua baju aku selongkar tapi akhirnya ini pilihanku. Malaslah nak pakai sarat-sarat! Niat nak belajar. Cehh, ayat budak baik.
                Nervouslah juga nak ke perpustakaan dengan kawan-kawan sebab aku tak pernah pergi perpustakaan awam. Nasib baik ayah Husnina sudi untuk hantar. Mak dia pun ada. Comel adik-adik dia. Dalam perjalanan, baru aku tahu yang Fiffy pun datang sekali. Tudung labuh, manis dan ayu muka dia. Sekarang, pergi ambil Aqilah dan Diyana dekat kedai mak Diyana. Aku yang biasa becok ni tetiba pula menjadi seorang yang pendiam. Faktor puasa mungkin hahahaha.
                “Kakak Diyana pun pergi?” tanya Fiffy kepada Husnina.
                “Tumpang pergi Larkin..” jawab Husnina. Aku pun, ohhh… dalam hati.
                Kejap! Husnina, Fiffy, Aku, Adik-adik nina,Aqilah, Diyana, Akak Diyana, Kakak sedara Husnina. Oh my god.. ramainya? Jangan risau, kereta ayah Husnina besar. Takdelah sempit sangat. Dah sampai ke perpustakaan. Wah, ramainya orang! Dah agak dah, semua Form Three. Tak pernah-pernah jejak ke perpustakaan agaknya sebab tu majoritinya muka kagum atau jakun benar.
                Sambil menunggu Husnina, aku pun masuklah ke dalam rumah comel tu. Hahaha, pendeknya kerusi dia. Sekali ada budak kecil datang. Aku senyum dekat dia. Dia boleh lari patah balik. Cis, kakak comel macam ni.. awak boleh tak layan. Grr.. Aqilah, Diyana dan Fiffy ketawa je tengok aku. Sempatlah juga kitorang duduk dimeja kecil tu dan imbau zaman tadika.
                Bila Husnina dah sampai, kami pun segera naik ke tingkat dua. Wah, besar juga perpustakaan awam JB ni. ‘Perpustakaan bergerak’ dekat luar tu tak pernah pun pergi sekolah. Cis, hanya ada dalam Upin dan Ipin je..
 Oh berbalik kepada perpustakaan. Serious talk, penuh dengan orang. I am guess that, semua Form Three sebab rak buku Geografi dan Sejarah hanya tinggal 10% saja buku. Dan hatiku pun berkata, apehal korang rajin sangat. Grr!
                Selesai ambil buku, jalan-jalan kejap. Tetiba… Novel?! Ahhhh.. dipenuhi dengan novel. Segala macam novel ada dan aku bagai diawang-awangan. Tetiba bayangan mama keluar. Hahaha, okay siapkan kerja dulu. Aku pun salin apa yang penting tentang Geografi dan belek-belek kejap. Dah puas berjam-jam dengan maklumat yang aku cari. Yess! Aku nak baca novel. Yahoooo..
                Selang setengah jam..
“Fuhh, apple” kataku sambil memuncung mulut ke arah jejaka yang berjaket itu. Mereka semua pandang ke arah dia.
                “Macam handsome je..” balas Aqilah. Kami semua tersengih sambil gelak.
                “Yang penting Lone Ranger. Aku memang suka mamat yang alone ni..” bebelku.
                “Apa yang mata dia duk melilau? Cari apalah agaknya..” kata Diyanah. Aku menjawab dengan pantas.
                “Cari jodoh kut” Kami gelak sakan. Selepas bosan mata meliar kiri kanan. Kami baca novel semula.
Opsss, baru teringat yang aku bawa pendrive dan kami pun ramai-ramai tengok masa kami jadi cheerleaders. Nasib baik Husnina bawa laptop. Kitorang gelak gila-gila bila sampai bab ada yang salah. Bila dah habis, ramai-ramai tepuk tangan. Hello, we all the winner okay! Hahaha. Walaupun aku tak reti menari dan banyak gila salah tapi hasil bantuan abang Form Six yang sanggup breakdance. Kami diumumkan sebagai juara. Wah, rasa macam nak lari keliling padang sambil gigit pingat emas. Hahaha. Sebenarnya, masa menari tu aku rasa nak nangis sebab nervous sangat. Nasib baik camera cikgu tak clear so tak nampak muka. Hihihi..
                Dalam sedar tak sedar, dah pukul empat petang. Fuh, pukul 10 pagi sampai pukul empat tapi tak rasa bosan. Dahsyat! Dan masa petang ni baru air-cond rasa. Maai, dah lama aku kepanasan dah balik baru rasa. Kipas ciput je hmm.. nasib baik ada novel Mimie Afinie ni.
By the way, sempatlah jumpa beberapa pelajar SMK Ulu Tiram dekat sini. Kesian diorang senasib dengan kami. Maklumlah kamikan tikus makmal.
                Rupa-rupanya ayah Husnina tak hantar kami balik sebab diorang nak pergi somewhere maka kakak sedara Husnina pun bawa kitorang melintas dan merentas untuk ke stesen bas dekat Larkin. Hahaha, aku ni anak manja so tak pernah lintas jalan besar-besar ni dan Aqilah yang pimpin tangan dan kira 123 lari!! Hahaha, nasib baik pemandu diMalaysia ni amat baik dan prihatin. Maka, mereka slowkan kereta mereka. So, yang akan naik bas adalah aku, Aqilah, Diyana dan Fiffy. Husnina dan akak sedara dia Cuma hantar kami. Nervous? Takut? Eh mestilah!
                Dahlah puasa tadi pula lari. Haus. Sabar, inikan bulan puasa maka jangan pandang restoran-restoran tu. Gulp, bau dia. Air pula. Tetiba..
                “Cepat..cepat..” jerit akak sedara Nina. Aku blur.
                “Kenapa? Kenapa?” soal kitorang.
                “Naik bas tu! Cepat..” arah dia. Aku pun pandang bas tu. Eh dah nak gerak kut!
                “Cepat!” cakap pakcik tu. Sebelum naik, aku berdiri kejap depan tu. Driver bus tu tanya.. “ Nak ke mana?”
                “Ulu Tiram..” balasku.
                “Ahhh.. naik”
                Aku pun naik. Fuhh, debar! Err, kena bayar berapa ni.. Aduii, duit semua besar.
                “Berapa?” soal kitorang. Kami berdiri di depan bas dan bas tu pula gedik nak gerak-gerak. Ni kalau jatuh terlentang malu satu keturunan!
                “Tiga ringgit” balas pakcik tu. Aku pun check. Alamak, ada dua ringgit je duit kecil. Aqilah ada Rm20 tapi pakcik tu takde duit balik. Nasib baik aku ada Rm10 dan rm2. Fuhh, lega. Baiklah aku nak duduk!
                Sebaik je pusing belakang… ramainya orang!!!
                “Nak duduk mana ni?” soal aku. Yalah, orang first berjalan. Baru je nak duduk sebelah bangla, Aqilah tarik.
                “Tempat lain” jawab dia sambil nak ketawa. Aku pun ikut jelah. Seriously, blur. Sampai ke belakang, semua penuh. Actually, kebanyakan penumpang letak beg diorang dekat sebelah. Tetiba..
                “Duduklah sini..” ajak budak pakai baju kemeja biru sambil menepuk kerusi sebelah dia. Budak sekolah atau kolej mungkin. Dia dan kawan-kawan dia tersengih. Aku sekadar tengok dan nak U-turn semula.
                “Berdiri tak boleh ke?” soal aku.
                “Duduk..” balas Aqilah sambil tolak aku ke hadapan. Aku pun dengan tak rela duduk sebelah lelaki tadi tu. Dia sibuk ketawa-ketawa dengan kawan dia dekat belakang. Err,, dah kenapa dengan mamat ni. Diyanah sebelah aku dan kami sama-sama duduk hujung kerusi. Nak duduk dekat? Tak ingin.. lagipun bulan puasa. Fiffy dihadapan aku. Aqilah duduk dibelakang sekali dan laki dikiri dan kanan tapi ada beg halang.
                Sakit punggung aku duduk dihujung kerusi ni. Baru nak duduk normal sikit, mamat sebelah ni macam makin rapat. Badan taklah rapat tapi kaki dia tu. Tak budiman langsung!
                “Hmm..hmm” dia kononnya berdehem. Serious, aku tak pandang wajah dia langsung. Dalam hati aku, mengadanya. Dia dengan dekat belakang dia tu duk ketawa. Sekejap-sekejap main mesej lepastu gelak ramai-ramai. Tak cukup dengan itu, dia pergi kacau budak depan tu dengan tendang-tendang kerusi. Budak lelaki tu tak pandang langsung.
                “Suka eh haa..sukaa” dia kacau. Aku dekat sebelah ni pula yang rasa menyampah. Dalam tak suka, aku tengok dia  dengan hujung mata. Sekejap betulkan kasut, kemudian betulkan rambut then gelak. Confirm..giloss!
                Aku berbual secara slow-slow sikit dengan Diyanah.
“Makin lama rasa macam nak muntah. Bas ni macam taknak bergerak!” bebel aku. Diyanah hanya gelak.
Disebabkan rasa bosan, aku pun duduk dekat sebelah Aqilah. Haa..lega. Beg mamat tu aku letak dekat sebelah dia. Besar ruang untuk aku duduk. Sebelah aku ada beg besar so bolehlah sandarkan tangan.
“Huh, bebas..” kataku secara perlahan. Aqilah hanya ketawa. Kemudian, dia berbisik.
“Sebelah kau tu handsome..” aku hanya ketawa. “ Eh? aku tak tengok pun muka dia..” balasku. Memang pun. Aku dan Aqilah pun berbual ala kadar. Tetiba kitorang teringat cerita Pitch Perfect yang perempuan tu muntah macam air paip. Serious duduk dalam bas ni menyeksakan aku. Aku kata dekat Aqilah.
“Elakkan macam tu je..”
“Sabar..sabar..”
Tuptup…
“Dah taknak duduk sini ke?” soal dia. Baru aku pandang muka dia. Hmm, bolehlah. Aku hanya menggeleng kecil.
“Err, dia taknak” jawab Aqilah. Aku tergelak dalam hati. Dia tak nampak ke aku geleng kepala?
Bas ni cari pasal betul, nak main brek-brek pula. Aku dahlah duduk belakang sekali, elakkan tersembam. Aku dan Aqilah cepat-cepat pegang kerusi depan. Dia ketawa tengok kitorang. Takdelah kelakar sangat. Hahaha, kejamnnya hati aku masa tu.
“Dari mana nak ke mana?” soal dia lagi. Aku tak tahu dia tanya siapakan so aku diam ajelah.  
“Dari Library JB nak balik rumah” jawab Aqilah.
“Ohh, korang sekolah mana?” tanya dia dengan kawan dia sebelah aku ni. Kawan yang sekaki dengan dia duk gelak dari tadi. Aku undur ke belakang sikit biar Aqilah senang berinteraksi dengan diorang. Hahahaha, tak kuasa aku nak layan.
“Smk Ulu Tiram..” balas Aqilah. Kemudian, aku taktahu apa lagi yang diorang berbual sebab aku tengah berangan dan duduk dalam dunia aku sendiri. Tetiba kawan dia yang paling pendek, yang duduk sebelah Aqilah, nak pindah tempat. Nak duduk tempat aku tadi. Aku pun duduk dekat tempat dia. Oh heaven! Tepi tingkap okey. Nampak sangat aku jakun tak pernah naik baskan? Ada orang dah turun maka Fiffy dan Diyana pun pindah. Yes, akhirnya dapat juga kami duduk dua-dua. Tapi diorang dekat depan, kitorang belakang sekali.
“Eh..eh.. apa ni? Blah-blah!” dia usik kawan dia. Aku just ketawa dalam hati. Okeylah, dia jenis selamba tapi aku tak suka. Hahaha taktahu kenapa.
“Korang form berapa ek?” tanya salah satu daripada diorang.
“Kitorang semua form three..” balas Aqilah. “Korang pula?” soal Aqilah pula. Rajin kawan aku melayan. Aku? Mata ke luar, telinga mendengar. Hahahaha.
“Kitorang semua form five kecuali si pendek ni form four..” balas dia. Asyik dia je tanya. Aku hanya memandang dia sekilas. Tetiba..
“Yang dia ni asal diam je? Bisu..?” kata dia. Hati aku terbakar. Biadapnya manusia ni. Eeii, tak puasa ke?
Padan muka, kena jelingan aku. Dia boleh senyum pula. Kawan-kawan dia pula ketawa.
 Aku terus pusingkan badan pandang luar. Sekali aku seret muka dia atas tar baru tahu. Tapi emm mungkin dia gurau kut. Mungkin.
“Dia dah ada pakwe ke?”tanya dia dekat Aqilah. Dalam memandang luar, hati aku rasa marah sambil malu. Ya Allah, manusia jenis apa ni?
“Takde..emm..cumaa..” balas Aqilah dan dia stop kejap tengok muka aku. Aku jeling Aqilah sekilas. Aqilah ketawa. “Dia Cuma tak biasa dengan lelaki..”  jawab dia. Memang betul pun. Dalam nakal aku. Sifat nervous dan malu aku tetap akan ada walau dekat mana. Kadang-kadang. Tapi kalau dah kenal, malu tu aku taktahu aku campak dekat mana. Hehehe.
“Ohh.. emm korang budak kelas depan eh?” tanya dia lagi.
“Haah..”
“Tengok gaya dengan pakaian pun dah tahu tak macam kitorang ni pakaian macam anak yatim..” balas dia dengan selamba. Aku tak tahan gelak tapi slow-slow jelah aku ketawa. Cover. Karang beriya pula mamat tu.
“Eh cakap dengan tudung hitam tu budak depan ni nak kenal..” jerit dia sambil terajang kerusi kawan depan dia tu. Aku namakan dia sebagai DIA sebab aku taktahu nama dia siapa. Hahaha, harap difahami.
“Perhh, cari jodoh dalam bas” ujar kawan dia. Mereka pun ketawa. Kalau macam ni cara usha korang, tak kahwin lah korang jawabnya tahu tak? Silalah tukar skill ye terutama si tinggi aka mamat sebelah saya tadi tu.
“Emm, korang ada WeChat ke Whatsapp ke?” tanya dia lagi, lagi dan lagi!
“Takde..” Balas Aqilah.
“Tu ada phone, takkan takde?”
“Takde.. betul..”
“Twitter, Fb, Instagram?”
“Semua takde..” balas Aqilah sambil ketawa. Nampak benar menipu. Hahaha.
“Cakap dengan baju kuning tu nak nombor fon boleh?” minta dia. Aku memandang dia sekejap then pandang Aqilah. Aku angkat kening.
“Err, dia tak pakai phone..”
“Dahtu..”
“Dia pakai phone ayah dia..” balas Aqilah selamba. Aku tahan ketawa. Dia pandang depan then diam sekejap. Dia pusing belakang semula. Dengan muka selamba dia cakap..
“Nombor bapa mertua pun bolehlah” semua kawan dia ketawa tak ingat. I was just like.. teruk dah mamat ni.
“Bapa dia garang..” Aqilah balas. Aku terus terketawa lalu pandang luar.
“Garang macam singa ah?” sampuk kawan dia.
Dengan tenang dia balas.. “Sedangkan singa boleh dijinakkan apatah lagi bapa dia..” Kawan-kawan dia gelak gila-gila dan aku hanya tahan ketawa. Gila nak ketawa sedangkan pakcik dekat depan tu dah tengok-tengok. Aku pandang luar semula. Yes, dah nak sampai Tiram!
“Dah nak balik eh? Eh pergilah Kota dulu baru balik sini..” cadang dia. Amboi-amboi.. sesuka hati dia je.
“Duit?” tanya Aqilah. Aku dah terdiam sebab diorang konon-konon cari duit.
“Taklah, gurau je..” balas Aqilah. Nasib baik. Aqilah ni..
Masa bas U-turn, dia sempat pesan..
“Nak balik eh? Jalan elok-elok tau.. Jatuh bangun sendiri. Dah besarkan..” Aku buat taktahu. Tak pandang langsung.
Masa nak lalu turun bas..
“Bye baju kuning. Kirim salam dekat bapa mertua..” kata dia. Aku hanya tahan malu. Heish. Masa turun tangga bas, Fiffy dah tanya..
“Kenapa duk?”
“Mamat sebelah aku tu tulah gedik semacam..errhh..” bebel aku sambil ketawa. Sebab aku tahu diorang hanya bergurau. Kalau tak, sunyi je perjalanan macam first-first tadi.
Masa nak duduk, bas mula gerak. Aku pandang ke bas sebab kawan-kawan aku semua tengok. Sekali nampak mamat tu tengah duduk sambil melambai dengan semangatnya. Kawan-kawan dia pula beriya ke tepi tingkap. Aku hanya jeling sambil senyum  kecil jelah. Aku pandang Aqilah tetiba Aqilah tengah tunjuk penumbuk dekat diorang dan kitorang ketawa je. 
Setelah beberapa minit, baru aku terfikir. Apa nama dia ya? …


 
Calon-calon PT3. Ehem. Comel? Tahu..