Pada
19/4/14..
Bosan
gila masa perjalanan ke sana. Alhamdulillah, ada Aqilah. Kitorang rasa macam
dunia ni kitorang punya. Opss, silap. Dalam dunia ni hanya ada kami berdua.
Kitorang satu group dengan siapetah. Seriously, I dont care. Aku hanya fikir tentang
kitorang je. Hehehee..
Aku
pakai tudung sekolah. Yes nerd, tapi it is better than tudung bawal yang putih
lagi hitamkan wajahku serta rimas. Kitorang group air dan persegeran.
Alhamdulillah, takdelah banyak buat kerja. DAN boleh merayap. Hahahaa..
Yaaa,
dekat sana.. betul-betul bosan! Tapi emm takpelah buat kebajikan dan dapat
pahala. Sampai sana.. aku, aqilah dan balqis.. muka takde mood turun bas. Oh
lupa nak cakap, aku bawa makanan macam nak pergi berkelah. Hahahaa, k. Aqilah
ketawakan. Biarlah, untuk aku yang kuat makan ni amat perlu untuk bawa spare.
Takdelah lapar nanti.
Ketua
kumpulanku ialah Faiz Mat Zan. Hm, aku tak suka sangat dia tu walaupun dia
seorang yang pendiam dan aku suka someone yang pendiam. Tapi.. pendiam dia tu
err whateverlah. Masa pembahagian tempat, debar kut nak tunggu dia cakap aku gn
aqilah dekat mana. Jangan pisahkan kami! Itu doa aku.
Tup..tupp..
“Korang
dua orang dekat pantai” kata ketua kami itu.
“Kitorang..aa..”
actually nak tanya dekat mana pantai tu tapi tak keluar sebab tengok dia macam
buat muka. Aku terus bebel dalam hati.
“Ahh..ekin
pantai dekat mana?” Aqilah duk risau. Aku pun. Takkan dekat jalan lalu masuk
yang ada bot dan airnya teh ais tu? Emm, dia kata pantai tapi dekat depan tukan
laut?
“Err,
tak nampak pantai pun?” Kitorang dua blur kejap.
“Ni
nanti bawa eh ke tempat awak semua tu..” kata cikgu.
“Hah?”
aku terkejut. Maai, kecilnya bekas air. Mahu gigil lutut aku angkat!
“Takkan
kita dua orang je angkat?” tanya aku.
“Kan..
ha satu lagi. Pantai dekat mana?” jawab Aqilah. Gosh, im blur right now.
“Cikgu,
pantai dekat mana?” soal aku.
“Dekat
hujung sana”
“Tak
nampak pun” jawabku.
“Jauhh..”
“Dah
tu macam mana nak angkat air ni?” tanya aku lagi. Cikgu pening. Ya, saya lagi
pening!
“Mana
mamat dua orang tu?” tanya Aqilah.
“Entah.
Cis, tak adil betul bagi perempuan buat kerja macam ni blablabla” ku mulai
bebel. Aqilah pun join sekali. Hahahaa, sekejap kitorang kacau Fatin dan yang
lain. Untunglah. Semua kawan zaman sekolah rendah dah tinggi. Tinggal kitorang
dua orang je yang still comel lote disini.
Aqilah
pun pergi tengok mana mamat dua tu pergi. Mamat dua tu nama dia Faiz dan
Arshad. Kenal? Yes. Tegur? Tak pernah lah pula. Ingat aku ni peramah sangat ke?
Entah
macam mana, Faiz tu timbul. Huh, tanya
jelah. Takdenya mamat tu nak telan aku.
“Eh,
pantai dekat mana?”
“Hujung
sana..”
“Hujung..?”
Sebenarnya nak sambung.. GILA KAU NAK SURUH AKU ANGKUT SAMPAI KE HUJUNG SANA!
Tapi tengok muka dia terus terdiam. Automatically, aku buat muka. Lantaklah dia
cakap apa. Eeeii, segala bebelan ada dalam hati aku tatkala tu.
Tetiba,
dia duorang angkat air tu. Aku dengan aqilah terus macam. Hah? Hah? Hah? Apa
ni?!!
“Ekin,
ikut dia jom..” kata Aqilah.
“Hah?
Diorang ke mana. Kitakan pergi pantai”
“Diorang
pergi pantailah tu”
“Hah?”
BLUR.
“Korang
pergi pantai eh?” tanya Aqilah.
“Haah”
jawab dua-dua. Aku buat muka. Ya Allah, sakitnya hati. Bukannya nak cakap dari
tadi. Korang tahu tak kalau aku boleh jadi Incridible Hulk, aku akan smash
korang. Campak korang dekat atas pokok kepala tu. Buat BBQ, asam pedas
blablabla. Ehh.
Dan
diorang mcm tak larat nak angkat. Yang Arshad tu suruh Aqilah bawakan beg.
Nasib baik bukan aku. Tak rajin. Maai jalan sikit stop. Huh, bila nak sampai.
Fikir balik, air tukan berat. Actually, aku ni excited nak tengok pantai dekat
situ. Heaven or hehehe J
“Korang
pergilah dulu” jerit diorang. Eleh, macamlah aku nak tunggu korang sangat. Aku
terus tarik tangan aqilah pergi.
Aik,
mana pantai? Kata hujung. Dah hujung dah ni. Akhirnya, setelah kucing keluar
janggut maka sampailah seorang pewira pengangkat air ke pondok nan indah ini
dengan menaiki motor. Eh mana pewira seorang lagi yang muka takde feeling tu.
Haih. Susah juga hidup dengan orang macam ni, Hmm. Akhirnya, tibalah kedatangan
tetamu yang dinanti-nantikan dan aku daripada gelak sebab kacau budak cina tu.
Terus macam orang makan kapur, apalah magic mamat ni boleh buat aku rasa takde
mood setiap kali tengok muka dia. Kedutlah muka aku lama-lama kalau kerja buat
muka. Niat nak buat pahala banyak-banyak tapi hehehe..
Aqilah
rajinlah nak tegur dua orang tu. Aku? Hm.
“Mana
pantai?” tanya diorang. Hm tau pun. Akhirnya, diorang pergi balik. Pergi mana
lagilah budak duorang ni? Cikgu depan mata tu kan ada. Pelik? Ya.
Oh
dekat sana. Amboi, macam dalam hutan je? Pantai memanglah dekat hutan.
Selangkah je masuk. Jantung terus dupdapdupdap. Okey, baca doa. Ada Allah.
Jangan takut. Selawat banyak-banyak dalam hati. Fuhhh. Hehehe, sepatutnya
diorang tu kutip sampah dekat tepi hutan ni. Hahaha, aku dah fikir menyeleweng
lepas tinjau kawasan hutan ni. Cehh.
Dan
ketika sampai ke hutan ni. Perasaan nak tunggu budak lelaki duorang tu terus
ada. Bukan takut cuma risaukan diorang, takut diorang penat. Hahahaha, okey
alasan. Sambil jalan tu.. aku dengan aqilah asyik potpetpotpet. Mamat duorang
tu hanya bercakap sesama sendiri. Alhamdulillah, bagus juga jalan dengan orang
yang takde perasaan ni. Takdelah rimas sangat.
Err
sampai ke tempat tu. Dia ada dua jalan. Satu tu jalan yang cerah tapi bersemak
samun. Satu lagi jalan yang gelap tapi bersih. Eh, yang mana jalan nak ke
pantai?
“Yang
mana jalan nak ke pantai?” tanya kitorang.
“Kenapa?”
“Ada
dua jalan”
“Orang
tu kata straight je.” Balas diorang. Huh, aku tak cukup berani nak pergi. Aku
tahan aqilah. Hehehe, suruh diorang pergi dulu. Diorang letak air tu. Kemudian,
dua-dua pergi. Sempat pesan jaga air tu. Grr, air tu tak lari punlah!!
Taktahu
kenapa. Tapi macam biasa, aku kalau takut terus baca ayat Qursi. Mula-mula baca
kuat biar takut tu hilang, tapi budak duorang tu dah datang. So masa last tu
baca slow slow sikit. Aqilah tumpang sekaki.. aminkan. Boleh pula budak duorang
tu balik tersengih lepas tu ketawa.
“Kenapa?”
“Kubur”
“Hah?
Ye je?”
“Ya”
Gulp. Ya Allah. Terus segala selawat ku baca
dalam hati. Haish, cikgu ni pun satu. Yang tinggalkan kitorang buatpe? Dahlah
ada kitorang empat orang je. Kitorang pun pergi tempat lagi satu. Taktahu
kenapa hati takut yang diorang tipu. Mana tahu, dia suruh kitorang ke sini tapi
diorang ke sana. Itu yang bila jalan sikit.. aku pusing belakang. Takut diorang
tinggalkan. Serious, wa akan nangis tak berlagu bro kalau betul diorang buat
macamtu.
Memang
jantung speed laju. Ini kalau masuk F1, ada chance menang. Mulut ni kerja
selawat je. Huh, tenang sikit. Sekali
aqilah jerit nampak pantai. Ya Allah! Yessss... Kitorang dua orang terus lari
tinggalkan mamat dua orang tu. Aku sampai dulu. Yeahhh! Akhirnya, cikgu dan
budak-budak lain ada. Muehehehe, ambil gambar kejap.
Oh
heaven. Walau pantai tak cantik tapi angin sepoi-sepoi dia amat best! Aku orang
pertama ambil air. Hahaha, penat okey sebab berdebar tadi. Kitorang duduk
menyibuk nak tengok gamatlah bagai. Tapi serious gemuknya gamat tu! Udang
dengan ketam dia betul-betul euuuww awat peliknyo?
Lama
duduk dekat situ dan aku dapat rasakan yang aku bakal ‘putih’ sebab berjemur.
Hahahaa. Tetiba, cikgu Adriana kata..
“Dah-dah.
Jom pergi bersihkan kawasan kubur”
“Eh
betul ke?” tanya aku. Aku dengan Aqilah terkejut.
“Aku
ingat budak duaorang tu gurau” Ya, betul tu Aqilah. Omaigadd.
“Dah
tu, nak ikut ke?”
“Err..”
Diorang
pun pergi. Maka tinggallah kami berempat ditepi kawasan pantai tu. Mulut rasa
gatal nak mengunyah. Hmm, biskut dikeluarkan dan ngappp! Alhamdulillah. Selepas
setengah jam atau lebih mungkin. Biskut dah habis. Aku dan Aqilah duk
potpetpotpet siap bergosip lagi. Mamat dua orang kat belakang tu tak keluarkan
sepatah kata. Tah macam mana, empat-empat tanpa bercakap terus nak balik. Tapi
belum sempat diorang angkat. Aku tahan. Hehehe tercekik. Minum kejap. Emm acik
nelayan tu macam duk tengok-tengok air kitorang yang menyelerakan ni. Hati
terus rasa touching.
“Eh
bagi makcik tu boleh tak eh?” tanya aku dekat diorang 3 orang. Dia angkat bahu.
“Suka
hatilah”
Aku
pun. Hm, bagi jelah. Dapat pahala sikit untuk hamba Allah yang tak sempurna
macam aku ni. Heee. Acik tu terima kasih. Aku pun emm senyum jelah. Hahaha,
takdelah jahat mana aku ni. Tuihh. Hahaha.
Cikgu
Ghaffar datang. Dia dengan budak-budak dia. Minum air. Aku nak bagi dekat
pakcik belah sana tapi semuanya lelaki. Taknak aku. Tapi macam tak manis sebab
dahlah minum depan dia. Tayang-tayang minum depan diorang tapi tak jemput
minum. Haihh.
“Cikgu,
bagi pakcik belah sana boleh?”
“Hah.
Entah. Tapi ini bukan penduduk sini ni. Ini orang asli. Tapi nak kasi, kasilah”
jawab cikgu. Aku terus macam em takpelah kut lagipun nampak tak manislah kalau
aku yang perempuan pergi kasi dekat pakcik-pakcik dan lelaki-lelaki tu.
Sebelum
makcik tu semua balik, diorang macam cakap dekat aku..
“Balik
dulu ye..”
Aku
pun.
“Ahh,
yaa” then angguk senyum ajelah. Aku ni dahlah kekok. Maklumlah orang nakal nak
jadi sopan. Pelik je? Hahaha.
Then,
pakcik kesihatan mane lagi tah datang. Kitorang nak bertolak balik. Dia boleh
pula sambil lalu depan kitorang kata yang..
“Semacam
je tempat ni”
GULP.
Woi, janganlah takutkan kamI! Grr, kami berempat terus pandang sesama sendiri.
“Emm,
jom balik”
“Okey”
dalam hati mula baca segala surah. Nasib ada budak lelaki Form 2 ramai-ramai.
Entah apa yang diorang nak pun taktahu. Confused, nak ke kawasan K tu ke nak
balik terus? Tapi nanti kalau cikgu haus?
Sambil
jalan, sambil aku berfikir. Nak pergi ke K ke balik? Emmm.. Yang budak form2 tu
entah apa yang diorang nak buat. At last, cancel. Baguslah, ini tempat orang
jangan macam-macam. Masa on the way balik, Faiz pergi check sekali lagi dekat kawasan
K. Budak lelaki form2 semua tanya..
“Eh,
dia pergi mana sensorang tu?” tanya mereka. Aqilah pun jawab.
“Kubur.
Asal?”
“Ye
ye aje?”
“Tak
percaya..pergilah” cabar aku.
“Eh,
jum pergi!” ajak sorang tu. Ramai-ramai konon nak pergi then mamat yang aku kira
muka paling ganas pula tak mahu. Hahaha, muka kerek bukan main. Tetiba, pakcik
yang naik motor tu datang then jerit..
“Woi.
Jangan kacau nanti Mr.H K bangun!!!” jerit dia. We were just like.. what the
hell?! Gurauan atau apakah ini. Okey fine.
Si
Faiz tu pula datang dengan selamba dan entah tak tahu macam mana. Kami semua
sepakat nak balik. Masa dalam perjalanan.. Jumpa lagi si pegawai kesihatan. Dia
tinjau tempat tu agaknya. Hmm, baguslah!
Masa
kitorang lalu, dia bebel apetah. Aku yang kurang dengar ni tanya sekali lagi.
“Apa?”
“Tempat
ni jadi sarang *(^&% #$” Aku kurang paham dan kurang dengar. Aku garu
kepala. Aqilah jawab..
“Ini
tempat sarang..ghoorrr..ghoorr” Aqilah buat suara khinzir!!! Tergelak semua.
Hahaha, amat memalukan.
“Sebiji”
balas dua mamat dekat belakang. Setelah berejam, akhirnya dapat jua kami
ketawa.
Itu
sahaja yang aku ingat tentang aktiviti amal aku disana. Selepas itu, semua
hampeh dan boring. I hate it. So much. Nasib dapat sijil. Ciss!
No comments:
Post a Comment