Seronok. Ya allah terima kasih kerana menganugerahkan aku sahabat yang baik semuanya. Alhamdulillah.
Rumah pertama - ke rumah Aqilah. Makan spagetti cabonara. Nyamnyam.. banyak letak hotdog. Love it!
Rumah kedua - Ke rumah diyana. Mak ana masak soto. YaAllah sedap sangat. Betul. Ana masa tu pergi manetah dia pesan jangan makan dulu. Tapi bila bau je soto tu, kitorang terus lupa. Ahhh sedap!
Rumah ketiga - Rumah deeba. Comel budak tu! Perjalanan ke sana dalam 15 minit. Fuhh penat. Rupanya jalan dia taklah jauh. Disebabkan aku dan fifi dah kenyang, kami melantak sotong sambal je. Hahaha. Masa dlm prjlnn pulang, Syuhadah aka Nora Danish jadian buat lawak gila-gila. " Cepatlah sikit, aku nak pergi shooting lepas ni" anjing dekat dlm rumah tu terus menyalak. See, bukan kitorang je nak muntah. Anjing pun! Hahahaa. Aku dengan Aqilah siap tanggalkan kasut then lari macam pengantin lari.
Rumah keempat - rumah aku. Mama pun belum masak. Kami pun dah kenyang. So goreng kentang gitu-gitu je. Sempatlah juga tengok video suavamente kami tu. Zhafran naik baby walker then senyum-senyum dekat diorang. Tetiba nampak syuhadah, Zhaf terus nangis gila-gila. Hahaha. Susah Nora Danish tak jadi ni..
Rumah kelima - Ke rumah Husnina. Rumah kitorang dktlah juga kalau guna laluan shortcut dan aku sesat dlm kampung aku sendiri. Ok fine. Nampak sangat aku tak pernah keluar rumah. Aisehh.
Rumah keenam - Rumah Fatin. Wooo cantik rumah dia! Kuih dia semua sedap. Aku kerjanya melantak. Hihihi. Seronoknya masa tunggu dekat BUS STOP! Syuhadah dan kitorang ramai-ramai gelak gila-gila. SERONOK!
Rumah ketujuh - Rumah Fiffy. Baru aku tau bersebelahan dgn kubur. Ehem. Segala surah aku baca. Hehehe. Fiffy belanja aiskrim. Muah! Thanks. Kitorang tak habis-habis selfie!!! Then masa depan bus top, aqilah berselfie tetiba ada laki dalam kereta tu pandang. Dia terus letak dekat telinga, Hello ma! Ya..yaa.. Kitorang gelak gila-gila. Seronok sangat hari tu. Pukul 6.30 gitu baru balik.
No comments:
Post a Comment