Pages

"Diriku umpama pelangi"

2/02/2014

ILYS!

 ‘I love you, supitd!’. Ya allah, korang pernah tengok/baca tak novel ni? Seriously, bagi penggemar novel atau saja nak test baca something yang real dan tak kartun sangat korang wajib baca cerita ni. Ekin tak pernah rasa se‘feel’ ini walau dah beratus novel ekin baca. One more, dia ada sambungan dan sambungan dia.. betul-betul buat ekin sebak gila. Haha, tersedu-sedu gila dan tak pernah okay ekin macamni!!
                Cerita ni dari first sampai last, kita dapat bayangkan betapa pedass nya mamat ni. Dengan macho, garang dan nakal dia. Haha, cerita ILYS ni memang dari first sampai last diorang bergaduh. Dalam gaduh tu adelah dia punya babak sweet. Mungkin korang rasa menyampah dan muak bila tengok ketebalan dia yang mengalahkan kamus dewan bahasa. Tapi, bila korangdah baca satu bab nak tidur pun tak lena. Hati kerja nak tahu apa sambungannya, apa jadi lepastu blablabla. Memang ekin suka gila watak FIRMAN EBRAHIM yang tak kartun sangat tu. Kebanyakan novelkan watak hero dia konon-konon hero yang baik tu sampai perfect gila. Kalau yang jahat sampai terajang-terajang isteri. Tapi hero ni as normal macam kita dan aku rasa macam kejadian diorang ni macam real. Kenapa ekin cakap macam real??!!
                First, tentang kemboja. Ekin keturunan kemboja sebab mama dan abah orang kemboja. Abah memang selalu cerita pasal perang dan macam mana diorang (org kemboja) sampai ke Malaysia ni. Ianya diceritakan semula dalam novel ni dan apa yang ditulis sebijik macam abah cerita. Ramai orang terkorban, baby mati dilambung dan tercucuk blablabla.. itu semua cerita betul! Adat wanita kemboja dulu perempuan kurang manis dan tak makan digerai. Gerai makanan hanya diconcure oleh kaum adam. Makanan kemboja pulaaa, memang baca je suruh mama masak atau pergi beli. Memang sedap dari tak suka terus suka sebab firman suka. Lol! Haha sampai ada satu masa ekin cakap dengan mama, ada tak sedara mara mama ala-ala firman? Mama ketawa. Memang mama pun suka baca novel tu. Act mama yang baca dulu pastu suruh ekin baca. Ekin first-first takmau baca yelah tebal sangat tapi bila dah baca tiga hari tak cukup tidur and akhirnya memang memuaskan. Berapa bulan kemudian, mama pergi cari sambungannya..
                Watak FIRMAN sebiji macam abah. Sememangnya orang kemboja yang ekin kenal macam pakcik-pakcik ekinlahkan memang jenis tak reti romantik guna mulut. Guna bahasa badan je. Cara dia urut isteri dia sama macam abah buat masa mama demam. Haha, takdelah kayu sangat. Okey, bab romantik diorang macam comel je.. macam comel je.. Memang tabiat ekin kalau baca confirm tersengih. Rasanya semua yang kenal ekin tau kot.. haha macam tak betul je.. macam tak betul je..
           
 Melalui novel ini, kita dapat banyak pengajaran. Seriously, ekin tabik cara penulis ni tulis. Ada bab kelakar, bab ganas, bab sweet dan bab sedih macam apee bagi ekin nangis serupa ekin yang hilang laki. Serious talk, cara dia bawa watak FIRMAN ni menjadi. Like a real story. Tak kartun sangat maksudnya taklah over jahat dan terlebih romantis macam novel lain. Bila korang macam fuhh rasa macam dialam lain. Lagi-lagi bab gaduh, pehh bingit je. Tapi kalau baca kesinamungan dia MY PRECIOUS IRIS. Hahaaa, melting gila kut. Hero taklah garang sangat senanya, dalam garang dia ada mengada-ngada dia. Lagi-lagi part mak dia cerita dekat heroin betapa nakalnya hero masa kecil-kecil dulu. Masa honeymoon diorang yang totally nature yang biasanya orang ke Parislah amende untuk honeymonn. Diorang ke SUNGAI MEKONG! Omg, serious sweet sangat masa tu.
                 Sebenarnya, baca yang kita boleh belajar dari novel ni iaitu realiti sebenarnya kehidupan diluar dan ilmu agama yang sentiasa didengari tapi tak difahami. Paling best, korang akan dapat baca teka-teki darippada abang pedas ni. Ouch, sweet! Tapi sambungan dia korang kena sediakan tisu! Baca skip confirm tak dapat feel, baca dan fahami. Pehhh, meleleh airmata hingus semua!! Cuma mungkin kecerdikan Ekin tak sampai sebab Ekin tak faham bab yang depan bapa dia tentukan syarat blablabla sedangkan bapa dia seorang yang serius i think ah dalam ILYS. Then, last dia yang tangkap penjenayah amende tah, itu pun Ekin tak faham hero senanya dah meninggal ke belum. Taoi tengah dia best gilaa!!


LOVES YOU, FIRMAN!!





No comments:

Post a Comment