Pages

"Diriku umpama pelangi"

10/08/2013

Benar, dialah jodohku.. (9)

“Apa maksud you ni?” soalku garang.
“Yana.. I bukan nak keruhkan keadaan tapi I taknak you hidup dalam penipuan” segera aku memintas.
“I kenal suami I” tegas.
“Tapi I kenal suami you sebelum you. Listen to me, tak ada faedah I nak menjaja cerita.. I tak dapat apa-apa” ujar Danial Irwan bersungguh. Aku memandang mukanya tajam. Aku memandang silih berganti dua insan dihadapan ini. Patutkah aku percaya?
“I perempuan. You perempuan. You mesti fahamkan bila you cintakan lelaki tu, you sanggup gadaikan maruah you sampailah you sanggup mengandungkan anak untuk dia tapi tetiba dia hilang tanpa khabar berita.” Kata wanita itu lirih. Hatiku bagai disiat-siat. Kosong itulah yang aku rasakan. Aku memandang mata wanita yang bercucuran airmata itu. Bukan tak mahu percaya tapi seperti ada sesuatu disebalik mata yang ditakungi air itu.
“You dah kahwin dengan dia?”
“Belum”
“Bila last you berdua bersama”
“I..I..tak ingat” balasnya seakan berfikir sambil mengesat airmata. Susah juga orang makeup lima inci nak menangiskan? Hmm..
“Reaksi you ni macam kami berdua ni menipu youkan?” bentak Danial Irwan. Aku terkelu.
“Hei, listen to me! Leave that bastard! You taktahu betapa banyaknya perempuan yang telah dia permainkan. Suatu hari, dia pasti tinggalkan you. Sebelum you beranak pinak lebih baik you bertindak awal” nasihat Danial Irwan. Hatiku berbelah bagi, nak marah si Danial Irwan ni pun ada. Sedapnya mengutuk suami aku. Tapi kalau betul macam mana?
“Then you nak I bercerai?” soalku terus terang. Danial Irwan memandang mataku.
“I sanggup terima you walau you janda”
Aku terpaku. Terdiam. Terkelu. Menangguk air yang keruh? Ya, itulah yang aku rasakan.
“Kalau I bercerai pun, I takkan kahwin dengan you. And you, Zurina.. Rayqarl cintakan you ke?” ujarku lagi pada wanita yang bernama Zurina itu. Lantang.
“I cintakan dia. Dia cintakan I not you!! Hei, kalau you tak kena tangkap basah dengan dia dah lama kami kahwin tau tak?!!” balas wanita itu dengan menghentak meja lalu berdiri. Aku turut sama berdiri. Macam meroyan dah perempuan ni..
“You know what? Kalau you teruskan perkahwinan ni.. youlah perempuan paling bodoh kerana percayakan lelaki jahanam tuu..” belum sempat dia habis berbicara. Panggg! Aku menamparnya, kuat.
“Aku bodoh ke kau yang bodoh? Lelaki jahanam konon tapi lelaki tu yang kau tergila-gilakan, kan? Hei, buang masa aku layan korang tahu tak?” balasku garang. Wanita itu terdiam sambil merenung wajahku. Nafas Danial Irwan pula turun naik melihat reaksiku, geram mungkin. Aku segera berlalu. Pantas.

**
“Sayang, ada pergi mana-mana petang tadi?” soal Rayqarl. Aku memandang wajahnya tepat. Perasaan ingin marah semua ada namun aku berfikir rasional. Relax..
“Ada” balasku sepatah. Aku menepis tangannya yang hendak memelukku. Rayqarl tersengih lalu menggaru kepala.
“Hmm, kenapa tak bagitau abang. Nasib baikkk..”
“Danial Irwan bagitau?” soalku memintas.
“Macam mana sayang tahu?”
“Kejap, saya nak buka lampu” pintaku. Aku lebih suka memandang tepat kearah mata orang yang berbicara denganku. Senang untukku ku tahu dia menipu atau tidak. Mulut boleh menipu namun mata tak boleh menipu.
“Dah macam nak soal siasat dah sayang ni?”
“Awak pernah bercinta?” soalku tanpa lengahkan masa sambil berpeluk tubuh. Rayqarl dihadapanku menggaru kepala.
“Tak..”
“Stok geli-geli awak tu emm awak pernah ‘tidur’ dengan diorang?”
“Haa? Ermm.. Kenapa?”
“Awak kenal perempuan nama Zurina?” soalku sambil merenung matanya. Tepat.
“Mana awak kenal?”
“So awak memang kenal dia?”
“Yup.. ala cinta monyet saya masa zaman dekat UKM je. Kenapa awak tanya?”
“Setakat mana hubungan awak dengan dia?”
“Ahh..emm.. err.. takat..takat.. Kenapa tanya bebanyak ni?”
“Awak masih berhubung dengan dia?”
“Dah habis master, manalah saya jumpa dia lagi. Ahh mana awak kenal dia ni?”
“Kenapa awak nak tau?”
“Aik.. tanya pun salah? Dia tanya kita boleh, kita tanya dia tak boleh”
“Awak pernah tidur dengan dia?”
“Ishh..apa tanya macam tu?”
“Saya tanya, jawab ajelah..”
“Itukan benda dah lepas..”
“Masalahnya sekarang, dia mengaku dia mengandungkan anak awak!”
“Hah?!! Gila ke apa. Dah dekat berapa tahun tak jumpa tetiba mengaku kandungkan anak saya. Mengarut betul. Bila dia cakap?”
“Petang tadi”
“Macam mana pula dia kenal awak?”
“Emm.. Danial Irwan kawan awak tu yang first-first ajak saya bincang. Saya pun emm pergi jelah sebab macam mustahak je. Then diorang cakaplah macam-macam”
“Kurang ajar punya kawan. Eh saya berani bersumpahlah dengan nama ALLAH yang saya tak buat dia mengandung. Ya, dulu memang saya jahil. Kitorang pernah bersama tapi itu dulu. Tak logik betul. Kalau sayang tak percaya juga, ajak dia buat DNA! Tengok dia berani ke tak?” bentak Rayqarl lalu mencampak majalah diatas meja. Aku tertelan air liur.
“Saya tak cakap saya tak percayakan awak. Saya tanya awak ajelahh”
“Dah minah tu sorang. Yang si Danial tu pula pehal join sekaki? Tak guna punya kawann..”
“Emm, awak ni janganlah marah-marah. Saya pun bukannya percaya diorang tu. Dahlah, drop this subject”
“Huh, Danial tu suka kat sayangkan?” soal Rayqarl. Aku terkelu.
“Kenapa awak cakap macam tu?”
“Start harini, sayang jangan jumpa si tak guna tu lagi tanpa izin saya. Yang tau esok saya nak jumpa dia!” kata Rayqarl. Aku mengelus lengannya.
“Dah..dah.. jangan marah-marah nanti Mek dengar karang. Dah jom tidur” ajakku lembut. Mukanya yang berang dan matanya yang tajam ketika marah kian terpujuk. Dia mengeluh lalu mengikuti aku ke katil. Aku menyelimutkannya lalu cium pipinya. Dia hanya merenung wajahku lembut sambil memelukku.
“Awak jangan tinggalkan saya ya? Betul saya sumpah  sayaa..” aku mencium pipinya lembut. Rambutnya aku elus. Hai, bila dia dah marahh..
“Dah takmau cakap pasal ni lagi. Saya percaya awak. Awak  percaya saya. Takmau fikir dah. Tidur..tidurr..” pujukku lalu melentokkan kepala didadanya. Aku membalas pelukannya yang erat.
“I love you” ucapku sambil tersenyum manis.

“I love you too” ucapnya kembali. Tenang.

No comments:

Post a Comment