Pages

"Diriku umpama pelangi"

10/08/2013

Benar, dialah jodohku.. (8)

“Say...aaaa” pujukku. Kang cair kek aiskrim ni tunggu pakcik ni habis merajuk!
“Taknak” balas Rayqarl sambil menyembamkan mukanya dibantal sofa. Aku memukul lengannya, geram. Orang taknak temankan dia makan malam semalam pun nak merajuk. Hishh, suami siapa ni?
“Sakitlah” adu Rayqarl sambil membuat muka sedihnya. Aku ketawa kecil. Bila serius, macho.. Bila senyum, hensem.. Bila ketawa, comel..
“Alaa, saya bukan sengaja takmau temankan awak semalam. Mengantuk, hehe” pujukku lagi. Rayqarl memuncungkan lalu menganga mulutnya. Aku ketawa kecil dan menyuapkan kek aiskrim. Rayqarl mengambil terus, hmm hantu aiskrim!
“Merajuk macam budak-budak kecil. Suami siapalah ni?” usikku.
“Suami budak kecil ni.. Budak kecil yang sukaaa sangat buli suami” balas Rayqarl lalu mencubit pipiku. Ahhhhh!, aku terjerit. Rayqarl mentertawakan aku.
“Bak balik aiskrim tu!” pintaku.
“Eh mana boleh. Buruk siku!” balasnya.
“Takde.. tak kira”
“Haha, tak boleh” sakat Rayqarl sambil menghalang aku mengambil kek aiskrim yang dibeli Hairul.
“Awak jahat! Saya benci awak” marah aku. Huh.. penat. Itulah siapa suruh  pendek dan kecil sangat?
“Haha, merajuk ke?” usik Rayqarl lagi sambil menjenguk wajahku. Aku yang memeluk tubuh, memalingkan muka.
“Merajuk ye? Mehh, biar saya pujuk” kata Rayqarl lalu menciumku bertalu-talu. Aku yang kegelian segera ketawa terkekeh-kekeh.
“Dah..dah.. orang nak makan aiskrim. Kang cair pula” ujarku. Rayqarl segera menyuapkan aku dan lap bila aku makan comot. Aku hanya tersengih.
“Sampai bila kita nak berAWAK-SAYA ni?”soalku.  Rayqarl yang sedang makan aiskrim menggigit bibir.
“Ish.. taknak saya berABANG dengan sayang. Nanti orang ingat saya abang sayang. Sayang tu dahlah kecik macam budak sekolah” ujar Rayqarl selamba. Aku menjengilkan mata.
“Ayat kat depan tu dah ala- ala romantik. Yang belakang tu macam ada sikit keperlian. Ni yang nak kena ni..” balasku sambil menggigit bibir tanda geram. Rayqarl ketawa besar lalu menarik kepalaku lembut, diletakkan dibahunya. Rambutku dielus-elus lembut.
“Sayang tahu..?”
“Tak!” aku memintas. Rayqarl ketawa memandangku. Aku sengih.
“Dengar dulu.. Sayang tahu tak sayang penting sangat dalam hidup saya. Saya yatim piatu sejak baby. Orang gaji jelah yang jaga makan minum saya. Saya ditatang bagai minyak yang penuh dan semua orang menghormati saya thats why.. you know, saya jadi ego and berlagak sikit. Then, the first time, saya masuk kampung ni. Saya hampir terlanggar adik sayang, Hairul.. Masetu, dia ada bawa nasi lemak yang sayang buat tu..”
“Actually, Hanis yang buat.. saya tolong je” ujarku, menyampuk. Aku sengih lagi.
“Haha okay.. Fine, hepp dengarlah”kata Rayqarl apabila aku ingin makan aiskrim. Aku ketawa.
“Cerita jelah saya lapar ni.. Btw patutlah si Hairul tu macam kenal awak je time hari first kita jadi suami isteri. Hmm.. Lepastu..lepastu?”
“Then, actually nasi lemak tu semua dah hancur habis. Muka Hairul masetu saya tengok macam dah nak menangis, saya rasa kasihan sangat. Saya rasa macam tak percaya, I am Rayqarl si hati batu, bajet bagus blablabla tetiba jadi tersentuh and entah.. saya pujuk Hairul. Sembang-sembang dan masa tulah saya tahu itu adik sayang. Dia cerita pengorbanan sayang dan semuanyalah senang cerita. Saya rasa tersentuh sangat sebab saya pun pernah alami kehilangan tapi saya tak pernah alami kesukaran hidup.. saya rasa bersyukur sangat” kata Rayqarl sambil memandang wajahku sayu. Aku mengusap lengannya.
“Hmm, itu sebablah.. awak tak comment apa-apa pun bila kita kena tangkap basah?” soalku lembut. Dia mengangguk.
“Haha, macam tak percaya. Daripada tak suka.. tak suka.. jadi suka.. then, first time saya rasa saya suka dekat sayang time yang sayang mandi dekat kolam. Comel macam budak kecik” katanya lagi. Aku tergelak. Pelbagai aksi yang aku buat masetu.. memalukan betul! Hahaha..
“Kenapa awak tak suka saya?” soalku lagi. Setahu aku, aku tak buat salah apa pun.
“Sebenarnya sebelum kenal sayang dengan adik-adik sayang, semua benda dan semua orang saya tak suka” jawab Rayqarl sambil mengusap lehernya. Aku tergelak.
“Haha, ada juga camtu eh? Hmm, so dulu.. abang pernah bercinta tak?”
“Tak”
“Ye ke? Muka hensem macam ni takkan tak ada yang ngurat?”
“Bercinta betul-betul dengan sayang jelah. Itupun lepas kahwin.. Emm yang dulu-dulu tu.. stok geli-geli je” ujarnya selamba. Aku mengerutkan dahi.
“Geli-geli? Maksud?” tanyaku lagi. Naif. Mukanya merah padam.
“Ah..err..ehmm.. itukan dulu-dulu punya cerita. Tak payah fikirlah. Sayang pula, pernah bercinta?” soalnya pula. Aku memuncungkan bibir.
“Tak pun. Sebenarnya azam saya nak bercinta lepas adik-adik semua masuk U. Sayakan tak dapat masuk U, yalah nak kena tanggung adik-adik.. so adik-adik sayalah harapan. Tapi entah macammana boleh terkahwin dengan awak pula. Then yang peliknya macam tetiba je kita kahwin, berbaik and happy macam sekarang. Hmmm, pelikkan? Kan? Kan?” ujarku ceria.
“Kan kan kan” balasnya terangguk-angguk, join sekali ketawa.


No comments:

Post a Comment