“Oh, inilah bini kau tu ye?” soal Danial Irwan.
“Macam aku pernah jumpa. Kita..err.. pernah
jumpa tak eh?” soal Danial Irwan lagi. Aku masih mengingatinya namun aku
berbuat tak tahu dengan mengangkat bahu dan membetulkan tudung. Rayqarl
membetulkan tudungku sedikit kerana sedikit senget, aku hanya tersengih.
Rayqarl menggelengkan kepala.
“Kau tak ingat? Biasa kau kalau bab perempuan..
genius je.”
“Haha, so betullah ni kitorang pernah jumpa?
Haihh, lambatnya otak aku loading..”
“Kedai Mak Siti hujung kampung” Rayqarl memberi
klu lalu mengusap tanganku dipahanya.
“Oh ya..ya.. aku ingat. My Miss Arrogant. Haha
tak sangka you jadi isteri si Rayqarl ni. Dia ni dahlah..” bicara Danial Irwan
terhenti tika Rayqarl merenungnya tajam. Aku terkebil-kebil. Dah kenapa diorang
ni?
“Dahlah apa?” soal aku. Hairan.
“Err, takde pape. Im just kidding. You know, dia
nikan sombong so I rasa bangga dengan you sebab dapat tackle dia..Hahaha” kata
Danial Irwan sambil buat-buat ketawa. Aku memandang wajah Rayqarl. Wajahnya
sedikit pucat.
“Eh, kau dah siap tender baru tu?” soal Rayqarl
seakan ingin mengalih topik. Aku meminta izin ke dapur. Aku mencuri-curi dengar
perbualan bisik-bisik mereka namun hampeehh. Tapi yang tahu, Danial Irwan
sedang dimarahi oleh Rayqarl. Rahsia apa yang mereka sembunyikan ni?
**
Haih, kenapa hati aku rasa macam tak sedap ni?
Takkanlah suami aku curang. Heish tak mungkin.. setiap hari dia melekat dekat
rumah. Tapi, dekat pejabat siapa tahukan? Hmm, jangan fikir negatif.. No.. no..
no..
“Sayang!”
“Aa..awak.. ni.. terkejut saya”marahku. Aku yang
sedang menjahit nama diatas sapu tangan hampir saja tadi tercucuk.
“Sorry..sorry.. Ni kenapa muka monyok ni?”
soalnya hairan. Aku mengetap bibir. Nak tanya ke tak eh?
“Awak, duduk sini” arahku lalu menepuk buaian
yang aku sedang duduk ini. Rayqarl menggigit bibir sambil menggaru kepala.
“Hmm, kenapa?” soalnya sambil bermain rambutku.
Aku hanya membiarkan, sudah biasa dilayan bagai anak kecil.
“Awak ada rahsiakan apa-apa dengan saya?”
tanyaku lembut sambil mengusap lengannya. Rayqarl menggigit bibir dan
terkebil-kebil.
“Ta..tak..de.. nape?” jawab Rayqarl tergagap
sedikit. Dah tahu tak boleh tipu nak menipu.
“Takde..takde.. tapi reaksi muka awak buat saya
curiga tau tak?” balasku lalu mencubit pipinya lembut.
“Betul. Sayang tak payah fikir okay? Danial tu
memang kecoh sikit. Saya takkan buat benda yang boleh buat sayang kecewa. Trust
me..hmmm?” ujar Rayqarl sambil merenung mataku. Aku kian terpujuk. Hmm..
“Janji?”
“Janji.”
“Pinky promise?” pintaku sambil hulurkan jari
kelengkingku.
“Eish, saya lelaki. Mana boleh main pinky
promise”
“Alaa, nak juga”
“Takmaulah”
“Mau juga.”
“Takmau”
“Mau”
“Takmau”
“Cuppp!”
“Haha, okay..pinky promise pun pinky promiselah.
One more please?” balas Rayqarl ceria.
“Taknak. Wekkkk!” balasku lalu berlari masuk ke
dalam. Rayqarl mengejarku dari belakang lalu mencempungku. Aku tergelak sakan.
Sejak bergelar isteri, aku rasa macam jadi bayi semula. Dimandikan, disuapkan
makanan dan macam-macam lagi. Bahagianya hidup..
No comments:
Post a Comment