Beberapa bulan kemudian..
“Memang benar aku sudah jatuh cinta.. lalala.
Sedap pula suara aku ni” aku bermonolog sendiri sambil menyiram kebun bunga.
Hmm, biarlah Mek tu rehat. Walaupun aku sekarang jadi mem dibanglo ni namun
tidakku perlakukan Mek sebagai orang gaji. Kami selalu melakukan kerja rumah
sama-sama ibarat ibu dan anak. Hairul pula mendapat keputusan cemerlang dalam
PMR begitu jua Hariz. Kini Hanis pula yang menghadapi UPSR. Berapa bulan saja
lagi, genaplah setahun aku berkahwin. Emm, lagi empat bulan yaa empat bulan.
Hmm, annivesary pertama. Excited gitu..
Mamat angkuh plus bajet yang dulunya
aku kenal dulu tu sudah lenyap dalam diri Rayqarl. Rayqarl yang aku kenal kini
adalah seorang yang matang, kelakar dan penyayang. Ini yang buat aku semakin
sayang. Hihihi.. tiba-tiba pinggangku dipeluk dari belakang.
“Oh mak kau meletup kau terjatuh!” aku
termelatah.
“Uih, panjangnya melatah” usik Rayqarl lalu
mencium pipiku.
“Awak nikan, tak baik buat macam tu. Kalau saya
ada sakit jantung dah lama gol tau?” marahku sambil mencubit pipinya. Kepalanya
dilentokkan dibahuku. Dia berdecit mendengar ayat yang aku keluarkan.
“Janganlah cakap camtu” katanya sambil membuat
muka sedih. Mata cantiknya memandang mataku. Haihh, suami siapa macho sangat
ni?
“Haha, kalau camtu takmau buat lagi”
“Okay.. Emmm muahh” aku ketawa sambil menepis
mukanya.
“Hmm, ni kenapa tetiba balik awal?” soalku.
Belum lunch hour lagi.
“Saja, rindu bini”
“Hmm, boleh eh macam tu?”
“Boleh”
“Yeke?”
“Ya”
“Kenapa pula?”
“Sebab bos syarikat tu pakcik saya”
“Haha, nakalnya dia”
“Meh, duduk dekat pondok tu” ajaknya sambil
memegang erat tanganku. Aku memuncung bibir.
“Orang nak siram bunga-bunga ni. Kasihan Mek,
mesti dia penat”
“Awak lagi pentingkan bunga daripada saya,
yang?”
“Eh, apa pula cakap camtu?”
“Dahtu, mehh lah temankan saya..”ucapnya manja.
“Okay” balasku sambil membawa paip air bersama.
Sambil berjalan berpegangan tangan, aku menyiram bunga.
“Awakk..” panggilku manja.
“Hmm?” Rayqarl mengangkat kening dan tersenyum
nakal.
“Nahhh, amik ni!!” jeritku sambil
membasahkannya. Aku berlari apabila dia mengejar dan kini aku pula yang basah.
“Nakal dia ye?”
“Alaa, abang.. Stoplahh.. Pedih..” pintaku.
Tingginya suami aku ni, mata aku dah pedih kena air.
“Nak ye? Emm, ambillah kalau boleh” arahnya
nakal. Aku menjeling ke arah. Aku menghentak kaki sambil suruh dia berhenti
menembakku dengan air namun tak dipedulikan. Takpe, Plan B! Aku segera memeluk
tubuhnya dan membuat muka kasihan. Dia hanya ketawa melihatku.
“Haha, alolo nak bodek ye? Takpe.. kiss pipi
dulu” pinta Rayqarl sambil menunjukkan pipinya.
“Tutuplah mata. ” pintaku. Dia hanya menurut
sambil tersenyum. Aku segera merampas paip air. Tanpa lengahkan masa, segera
aku menembaknya dengan air. Kini, dia pula merayu agar aku berhenti. No way!
Haha..
“Amboi.. dah macam pengantin baru nampak?” tegur
seseorang. Aku dan Rayqarl berpaling.
No comments:
Post a Comment