“Awak nak makan apa?”
“Awak rasa?” balasnya selamba.Ohh.. depan
adik-adik aku berAWAK-SAYA.
“Saya tanya awak. Kalau saya tahu nak makan apa
takpayah saya tanya” getusku.
“Kaklong ni kecoh je kan? Orang nak main game
pun takleh fokus”kata Rayqarl kepada Hairul. Hairul angguk dan gelakkan aku.
Aku buat simbol tangan ‘tumbuk’ kepadanya.
“Main..main.. takpayah makan”
“Hmm, hairul nak makan apa?”
“Emm, kari ayam. Fuhh, sedap!” balas Hairul
sambil buat aksi membayangkan. Rayqarl ketawa melihat gelagatnya. Kamceng bebenor
korang ye? Kenal cuma sehari, dah main PS3 sesama. Huh..
“Hanis nak makan apa?”
“Tak kisah. Apa-apa
pun boleh”
“Hariz?”
“Ikan siakap masak tiga rasa dengan somtam
pedas-pedas. Ah sedapnya” balas Hariz dengan menggigit bibir. Aku terbeliak.
“Amboi-amboi yang masaknya kaklong. Ingat dekat
kedai ke nak order macam-macam. Mintalah yang senang-senang!” marahku. Hairul
dan Hariz menggaru kepala.
“Abang long yang tanya nak makan apa. Orang
cakaplah. Emm, kitorang tak kisah akak nak masak apa tapi.. kalau masak kari
ayam. Kitorang makin sayang kaklong! Hehehe” bodek Hairul. Aku mencebikkan
bibir.
“Kita masak kari, ikan siakap tiga rasa dengan
somtam. Emm okey juga! Saya tolong awak masak. Okay?” kata Rayqarl. Ehh, salah dengar ke aku ni? Mamat ni macam
pelik je harini. Biasa bengis tetiba pula baik. Eh tak, dari hari kitorang kena
tangkap khalwat masetu. Dia macam baik ‘semacam’. Sebelum-sebelum tu, pandang
aku pun taknak. Pandang pun setakat sindir dengan tengking.
“Bahan-bahan?”
“Awak pergi belilah dengan saya”
“Hmm.. hah! Hairul dengan Hariz.. korang pandai
order so korang pergi beli.”
“Kitorang okay je. Emm pergi beli jalan kaki ke
naik kereta bang?”
“Naik keretalah. Awak tulis apa yang nak kena
beli”
“Hanis nanti tulis eh? Kaklong nak kemas bilik”
“Eh, Hanis tahu ke nak kena beli apa?” soal
Rayqarl sambil kerutkan dahi. Aku baru hendak menjawab. Hairul memintas.
“Sebenarnya Hanis lebih pandai masak daripada
kaklong. Kekadang tu, dia yang ajar kaklong. Kaklongkan ala-ala boyish sikit so
dia tak minat bab memasak ni” kata Hairul lalu lelaki bertiga itu tergelak
besar. Hanis memandang wajahku sebersalah.
“Kurang ajar kau hariz! Sini kau!!”
“Lari! Lari! Lari!!” jerit Rayqarl sambil
disambungi gelak ketawa lalu mengajak adik-adikku berlari keluar. Hah, tahu
takut!! Eh, mana Hanis? Eh dia pun join sekali lari? Hmm, nasiblahh..
**
“Wahhh, sedapnya lauk. Nyam! Nyam!” kata Hariz.
Aku menepuk tangannya yang sudah ingin mengambil lauk.
“Baca doa” arahku. Semua senyap.
“Hairul baca”
“Emm, apa kata abang long baca. Abangkan ketua
keluarga kami sekarang? Hehe” ujar Hairul dan mengangkat kening.
“Okay.” balas Rayqarl lalu membaca doa dengan tenang.
Tenang je muka mamat ni sejak bergelar suami aku. Awak-saya pula tu sekarang.
Aduhh, terpikat aku. Haishh, dah dah jangan fikir. Malu jee.
“Awak kenapa?” soal Rayqarl. Kesemua mereka
kehairanan melihat aku yang sedang menepuk-nepuk pipi.
“Ahh..err.. takde pape. Makanlah” balasku. Haih,
memalukan.
“Nah, makan banyak-banyak. Biar berisi sikit.
Ini tidak, badan kurus kering macam budak-budak. Jalan dengan saya macam adik
dengan abang” bebel Rayqarl lalu mengambil lauk untukku. Aku memuncungkan
bibir.
“Terima kasih” ucapku. Rayqarl hanya tersenyum
manis. Aduhh, machonya mamat ni!
“Ehmm..ehmm..aduh tercekik pula.. ehmm ehmm!” kata
Hairul bersama senyuman mengejek.
“Sibuk je dia ni” ujarku kepada Hairul seraya
menjeling. Rayqarl hanya ketawa kecil. Makan malam kami meriah seperti dulu
tika ibu bapaku masih ada. Layanan Rayqarl yang bersama-sama menghidangkan lauk
dan mencedokkan lauk untuk kami semua membuatkanku terharu. Walau seribu
persoalan dimindaku tentang perubahannya, namun aku bersyukur mungkin benar..
dialah jodohku.
No comments:
Post a Comment