“I am sorry. I just fikir diorang still
berhubung and I taknak you tertipu. Emm.. I betul-betul minta maaf, I tak
pernah terfikir nak hancurkan hubungan you dengan dia” pinta maafnya
bersungguh-sungguh. Aku memandang kawasan luar restoran. Mana husband aku ni,
seram pula aku dengan mamat ni.
“Kenapa Zurina buat macamtu?” soalku.
“Dia terlebih liar then mak ayah dia halau sebab
tak tahan dengan perangai dia. So nak hidup senang caranya tackle suami you
sebab you know diorangkan pernah bersama” jelasnya sambil menggigit-gigit bibir
dan tersenyum. Senyuman ikhlas atau senyuman miang pun aku taktahu?
“Ehmm..yana” panggilnya lembut. Aku mengangkat
kening.
“Andainya suatu hari nanti you tak bahagia.
Trust me, bila-bila masa you boleh datang pada I. Hmm?” ujarku sambil merenung
mataku dalam. Hatiku mendongkol geram pun ada, dia ni asyik doakan
ketidakbahagiaan aku je?
“You ni doakan supaya I tak bahagia ke?” soalku
lurus.
“Ish, takdelah macam tu.. Cuma I nak you tahu
yang I akan selalu ada disisi you” katanya. Aku menggaru kepala yang dibaluti
tudung. Manalah suami aku ni?
“You takde girlfriend ke?” ujarku lambat-lambat
selepas beberapa minit kemudian. Malas layan sebenarnya.
“Girlfriend ramai. Special girlfriend belum”
balasnya tersengih-sengih. Aku terangguk-angguk. Haaa, dah sampai pun suami
aku. Aik awat muka berkerut-kerut ni?
“Awak ok tak ni?” soalku lalu menariknya duduk
kerusi disebelahku.
“Sakit perutlah yang. Tak tahan ni..” ujarnya
seakan menahan sakit. Aku mengelap dahinya yang berpeluh.
“Patutlah lama kemain. Dahlah jom balik.Awak
makan apa breakfast tadi?”
“Emm roti rasa”
“Roti? Ya allah, roti yang dah buka ke belum?”
“Yang dah buka tulah. Nampak yang tu aje pagi tadi”
“Hey, itu dah expired dari minggu lepas tau.
Kenapa tak kejutkan saya?” tanyaku sedikit lembut. Kasihan suami aku, hmm..
“Saya tengok sayang tidur nyenyak takmau kacau.
Aduhh, tak sangka pula jadi macamni”
“Hmm, boleh jalan tak ni?”
“Emm, boleh kut”
“Meh, saya papah”
“Takpelah..”
“Cheit, sakit-sakit pun degil” bebelku lalu
mengambil tangannya letakkan dibahuku. Sambil menggigit bibir menahan sakit
sempat dia mengusik aku.
“Sayangnya dia dekat kita ek?” usiknya. Berbisik
di telinga. Aku tergelak kecil.
“Mestilah.. siapa tak sayang suami?”
**
“Kaklong balik! Yeahhh!!” jerit Hanis terlebih
gembira. Aku mengerutkan dahi. Rayqarl yang hampir terjatuh cepat-cepat aku
memeluknya pinggangnya kemas. Haihh, kesian.. dah berapa kali berhenti di
stesen minyak sampai pucat muka.
“Kenapa gembira sangat ni?” soalku kepada Hanis.
“Abang ngah dah balik dari asrama. Eh kenapa
dengan abang long?”
“Kejap”
“Buka pintu tu besar sikit” pintaku. Aku menarik
nafas lega selepas meletak Rayqarl diatas sofa. Huh, berat! Sakit badan aku..
Ini belum angkat yang macam selalu dia angkat aku.
“ Baring, rehat dulu.. Saya pergi ambil ubat”
ujarku. Dia mengangguk sambil memejamkan mata. Aku mencium dahinya. Kesal akan
sikap kuat tidurku. Rayqarl membuka sedikit matanya memandangku lalu tersenyum
nipis.
“Janganlah risau sangat” pesannya.
“Hmm, tunggu tau?” pesanku pula. Aku berlalu ke
dapur mengambil ubat cirit-birit dan segelas air. Pantas.
“Abang long ok tak?” soal Hanis.
“Kenapa dengan abang long?” soal Hariz pula.
“Abang long makan apa sampai macamni? Ni mesti
kaklong masak benda tak masak ni. Tak pun barang expired” soal si Hairul
memandai tapi emm betul andaiannya, hehehe..
“Hei, janganlah kacau abang long.
Syuhh..syuhh..” halauku sambil ketawa, macam halau ayam dekat rumah lama kitorang
pun ada.
“Bangun..bangun..Nah, makan ubat ni” panggilku
sambil menepuk lengannya. Patut tak jawab soalan budak-budak ni, terlelap
rupanya. Aku menghulurkannya air dan ubat. Dia hanya menuruti.
“Kaklong, tak bagi abang long makan apa-apa ke?
Bubur ke.. takut perut kembung pula nanti” kata Hairul. Sayang sangat dengan
abang ipar dia. Betul juga eh? Emm inilah padah, muda-muda dah kahwin tapi
hampehh taktau apa-apa.
“Emm biar Hanis masak” kata Hanis. Aku
mengangguk kepala. Aku pun nak kena tukarkan baju Rayqarl ni. Berpeluh.
“Nak Hariz tolong?” soal Hariz kepada Hanis.
“Boleh je” balas Hanis lembut.
“Kaukan laki mana boleh masak-masak ni.
Poyolahh..” ejek Hairul sambil membuat muka jelek. Aku mencebik bibir, dia lagi
poyo.. satu haram taktahu bab dapur. Yang dia tahu gamess..
“Lelaki macho sebenarnya lelaki yang reti masuk
dapur tau.. bantu mak dan isteri barulah gentleman” ucap Hariz sambil menepuk
dadanya. Aku dan Hanis menyokong!
“Betul, bukan macam dia tu.. taunya Blackshot
aje.. pasal tu awek pun takde” sakatku. Hairul mula buat muka cemberut.
Sebenarnya hairul baru putus cinta. Si jejaka tampan namun malang telah
ditinggalkan.. hahaha kejamnya aku.
“Yelah-yelah.. Angah tolong korang masak. Hishh”
balasnya. Aku bertiga ketawa. Marahlah tu..
“Awakkk” panggilku lembut. Rayqarl mencelikkan
matanya sedikit.
“Mehh, tukar baju kejap. Melekit nanti” ucapku.
“Nak mandi. Rimas” balasnya sepatah-sepatah.
“Emm, meh jom saya mandikan” ujarku lalu dia
tersenyum manja.
No comments:
Post a Comment