“Mek duduklah sini. Takmau buat kerja banyak-banyak.
Nanti pepandailah Yana kemas” ujarku lalu menarik tangan Mek duduk disebelahku.
Mek hanya ketawa melihat aku memuncungkan mulut.
“Rayqarl macammana dah ok?” soal Mek.
“Kejap lagi oklah kut. Tengah tidur tu.. penat
agaknya” balasku lalu menyuapkan Mek kek coklat kukus yang kami buat bersama
tadi. Mek hanya tersenyum. Aku senyum kembali lalu memandang kolam renang
dihadapanku ini. Ingat lagi peristiwa selamba aku.. hahaha
“Mek nanti esok pergi rumah lama Yana nak?”
“Hmm, buatpe?”
“Alaa, rindulah. Budak-budak tu pun ada ajak
tadi. Lagipun rumah tu mesti berhabukkan?”
“Mek tak kisah. Tapi tanya suami kamu tu dulu..
suami kamu Rayqarl tu haa bukan Mek awat minta izin Mek pulok ni?” kata Mek.
Aku terkekeh ketawa.
“Haha nanti orang tanya dia. Ni.. Mek ada jumpa
Kak Sarah?”
“Ada”
“Orang ada pergi kedai Mak Siti. Takde pun dia?”
“Uih, dah kahwin dengan orang bandar. Anak
setahun satu.. berhentilah jaga anak dekat rumah”
“Hah?! Setahun satu.. biar betul?” soalku lurus.
Mek ketawa terbahak-bahak.
“Takdelah kahwin baru setahun, anak dia pun baru
satu. Haha..Bakpo tegak sangat ni yana.. Aduyaii.. Ni haa, Rayqarl cakap Yana
nak sambung belajar?” tanya Mek.Aku tersengih.
“Yup, jealouslah dengan budak-budak lain.
Lagipun yana memang minat belajar so sementara belum ada isi ni lebih baik
sambung belajar hehehe..”
“Ohhh.. alhamdulillah. Mek bersyukur sangat
dengan kehidupan kita sekarang ni” ujar Mek.
“Yana pun bersyukur sangat dikelilingi dengan
orang-orang yang tersayang” balasku tulus lalu memegang tangan Mek.
“Sayang!” panggil Rayqarl tercari-cari aku. Aku
dan Mek melihat gerak gerinya sambil ketawa. Macam itik hilang anak.
“Orang dekat sinilah” jawabku. Dia menoleh ke
arahku lalu ketawa.
“Laaa, dekat sini rupanya” ujarnya. Aku
tersenyum.
“Mek masuk dulu eh? Nak ajar si Hanis tu masak
makanan siam pula” ucap Mek. Aku mengangguk begitu jua Rayqarl yang tersenyum
manis.
“Sayang..kenapa tak teman saya tidur?” soal
Rayqarl seraya memegang aku agar berdiri. Aku berdiri dan kami berpelukan.
“Bosanlah..” balasku.
“Bosan? Sayang bosan dengan saya?” soalnya
sambil buat muka sedih. Aku ketawa.
“Mana ada.. Ehmm awakk..” panggilku manja sambil
memandang wajahnya. Dia mengangkat-angkat kening dan tersenyum nakal. Aku
mencebik dan melepaskan pelukan. Aku melangkah satu langkah ke hadapan dengan
mengecilkan mata seperti sedang marah. Rayqarl berundur satu langkah ke
belakang dan memandangku hairan. Aku tersenyum nakal lalu menolaknya jatuh ke
dalam air. Bushhhh!! Hahaha, opss terkena sudah! Aku tergelak sakan. Aku
berlari apabila Rayqarl naik dan mengejarku. Apalah sangat lari aku ni? Maka
aku ditangkap dan aku pula yang dicampak ke dalam air dan kami sama-sama
berenang.
Ya Allah, ku bersyukur padamu kerana telah
memberi kebahagiaan yang tak berbelah bahagi kepadaku. Benar, dialah jodohku..
Terima kasih ya Allah kerana memberiku pemimpin yang mampu membimbingku ke
syurgaMu. Semoga kebahagiaan ini kekal selamanya.. Insyaallah..
No comments:
Post a Comment