“Yana, kerjalah dekat situ dengan Mek Yah”
“Tapi..”
“Gajinya berbaloi, persiapan semua ada. Cakap dengan
Mek Yah, Yana nak apa?”
“Yana bukan apa cuma takut tuan rumah tu garang
ke gatal ke. Hehe..” kataku sambil ketawa. Mek Yah ketawa mendengar
kegusaranku.
“Ya Allah.. orangnya bujang, hensem, baik, kaya,
tak gatal, suka tolong orang emm banyak lagilah.. hmm” puji Mek Yah sambil
memegang tanganku.
“Anak Mek Yah masuk U dekat UTM Skudai itupun
dia tolong keluarkan duit tau. Mek ni kalau ada anak perempuan dah lama Mek
kahwinkan” ujar Mek Yah sambil ketawa terkekeh. Aku turut ketawa.
“Takde apa nak risau. Mekkan ada? Petang-petang,
Yana baliklah rumah. Tak jauh pun banglonya tu. Malas jalan, naik basikal”
“Hmm, bolehlah. Yana pun takde kerja dah
sekarang ni”
“Haha, ini yang Mek Yah nak dengar. Eh, itu
Hariz dengan Hanis dah balik..”
Aku tersenyum melihat wajah adik
kedua dan adik bongsuku.
“Hairul mana?” soalku hairan. Adik
aku yang seorang ni agak nakal, tahunya sukan dan bermain aje walaupun PMR tak
lama lagi. Si Hariz ni pula seorang ‘pencinta’. Pencinta buku, pencinta wanita,
pencinta alam sekitar. Tapi aku tak risau sangat UPSR yang betul-betul hampir
ni sebab dia suka baca buku. Hanis ni pula gadis lemah lembut dan sopan hingga
membimbangkan kami. Selalu dibuli dan dikacau tapi aku tak berapa risau kerana
abang-abangnya merupakan taiko disekolah. Aku tersenyum mengingatkan
adik-adikku.
“Abang kata dia balik lambat sikit.
Dia nak pergi mandi air dekat sungai tepi kampung.” kata Hariz.
“Suka sangat merayau budak sorang
ni. Pergi panggil dia balik, cakap kaklong suruh. Balik sebelum pukul 4, kalau
tak.. Siap!”
“Japlah kaklong, penat ni..”
“Cepat!!”
“Bagilah dia minum kut ye pun.” Kata
Mek Yah.
“Saja je tu bagi alasan nak cover
abang dia. Cepat kaklong cakap!”
“Yelah”
“Mek takde nak masak apa-apa ke
harini?” soalku Hanis, lembut. Aku tersenyum. Alahai bercakap macam takmau
keluar suara sedangkan kaklongnya..?
“Mek nak ajar buat puding dengan kek
coklat harini. Mehh, masuk cepat. Cepat! Cepat!” ajak Mek Yah excited. Aku
hanya ketawa.
“Muka dua-dua excited”
“Mestilah! kitorang suka memasak
lainlah hang tu masak telur je yang lulus. Itupun kekadang hangus” aku tergelak
kuat. Itulah kelemahanku. Masak memang failed! Adik aku yang darjah 5 ni lagi
terror!
Malam itu, kami makan malam dengan
cerianya. Walau hidup kami daif namun rumah usang ini sentiasa ceria. Ketika sedang
makan, sempat jua aku membebel kepada Hairul agar fokus kepada pelajaran. Dia
hanya mengangguk dan tersenyum. Dia sememangnya seorang yang nakal, ceria dan
kelakar namun disekolah dia seorang yang tegas. Maklumlah, ketua pengawas
rendah.
**
Wow! Besarnya banglo ni. Banglo ke vila ni? Ahh,
apa-apa jelah. Fuhh, dengan kebun bunganya yang luas. Siapa punya rumah ni? Ya
Allah, untungnya..
“Pekerja baru?” sapa seseorang. Aku berpusing.
Hahh?!
“Awak?”
“Kau lagi?”
“Eh, saya rasa saya salah rumahlah. Err...” aku
keluar dan meneliti alamat ditanganku dengan alamat papan tanda dihadapan rumah
mamat angkuh tadi.
“Heh. Kaulah orang gaji rumah aku eh? Muka je
cantik, kerja entah apa-apa”
“Sekurang-kurangnya, halal encik emm apa nama?”
“Rayqarl Asyraf” balasnya sambil memasukkan
tangan ke dalam kocek. Mentang-mentang, dia pakai kot. Aku pakai baju kurung.
Huh!
“Hmm, risau aku. Dah takde orang lain ke Mek ni
sampai ambil engkau yang clumsy ni? Haishh..”
“Cheit, maaa..”
“Yana!! Ya Allah, Mek tertidur tadi. Eh, tuan
kenal dah ke si Yana ni?” tanya Mek Yah ceria. Rayqarl hanya mengangguk kecil
sambil membuat muka.
“Okay, saya pergi dulu. Lunch saya tak balik,
dinner nanti masak sotong dengan udang tu kay? And, pastikan cik emm apa nama?”
soalnya. Eh, memerli aku ke apa ni?
“Yana”
“Oh yaa! Pastikan cik Yana ni balik sebelum saya
balik” ujarnya lalu memasuki kereta. Ingat aku nak sangat tatap muka dia?
Yewww. Aku hanya mencebikkan bibir apabila dia membuat muka angkuhnya sambil
memakai cermin mata hitam. Macho sangatlah tu? Emm memang pun. Tapi berlagak
macam tu bagi free pun takmaulah!! Vrommm, lajunya bawa kereta? Volkswagen je..
Hihi ayat orang jealous.
No comments:
Post a Comment