Pages

"Diriku umpama pelangi"

10/08/2013

Benar, dialah jodohku.. (1)

Hidup ini tak selalunya indah. Biar semua orang memandang hina terhadap kita, kita harus pandang ke hadapan dan teruskan perjalanan asalkan ianya diberkati Allah. Fairah Adleyana.. itulah nama aku. Aku seorang yatim piatu yang berumur 19 tahun. Ibubapaku terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ketika itu seminggu selepas aku menghadapi peperiksaan SPM. Aku ditinggalkan dengan sebuah rumah usang, tiga orang adik dan satu tanggungjawab yang tak pernah terdetik difikiranku! Tiga orang adik aku ibarat emas yang tiada nilainya, aku menyayangi mereka lebih daripada nyawaku. Mereka tidak pernah menyusahkan atau sebagainya, benar kata orang.. pengalaman mendewasakan kita. Siapa sangka Yana si manja comel menjadi seorang yang matang dikala ini. Aku seorang pelajar harapan sekolah dan aku sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Malah, SPM pun aku mendapat straight A’s tapi kalau aku sambung belajar siapa yang hendak menanggung adik-adik aku? Demi adik-adik aku, terpaksa aku korbankan pelajaran. Biarlah aku berkorban sedikit demi masa depan kami semua. Hmm..
Seperti hari-hari biasa, awal subuh aku akan menyediakan nasi lemak untuk dijual oleh adik-adikku disekolah. Kemudian barulah aku bersiap sedia untuk pergi ke kerja. Aku bekerja sebagai pelayan direstoran. Alamak, dah pukul enam!! Itulah berangan lelama depan cermin.

**
“Yana! Yana! Maai, handsomenyaa mamat-mamat dekat sana tu. Yana, sinilah!!” panggil Kak Sarah.
“Apa?” soalku. Aku sedikit tak minat tentang hal cinta kerana fokusku kini adalah kejayaan adik-adikku dalam pelajaran.
“Tengok mamat-mamat yang pakai kemeja tu. Ouch, handsomenyaa! Nasib baik akak dah bertunang..” aku hanya memandang sekilas wajah jejaka-jejaka yang Kak Sarah kata itu.
“Heish, tak bestnya kau ni. Tak terpikat ke cik adik oi?”
“Tak.”
“Kau ni kalau aku tak kenal dari sekolah, memang aku gelarkan kau lesbian tau. Lelaki handsome yang bekerjaya zaman sekarang ni susah jumpa tau. Sepatutnya kau yang single ni,try-try tacklelah sikit” kata Kak Sarah sambil menggesel bahuku. Aku hanya ketawa kecil dan menggeleng kepala.
“Tunggu adik-adik saya dah masuk U baru saya nak fikirkan cinta” ujarku lalu beredar dari situ. Pelanggan ramai yang nak kena layan. Layan Kak Sara sampai ke sudah tak habis.
“Hantar lauk ni dekat meja 4” arah Wahab selaku chef direstoran ni. Wahab ni baik walaupun kekadang mulutnya teramat laser. Pabila bertemu Kak Sarah mulalah perang dunia kedua. Aku hanya tersenyum kecil mengingatkan gelagat mereka.
Tanpa melengahkan masa, aku pergi menghantar makanan keja 4. Alahai, meja mamat-mamat hensem tadi. Aku memandang Kak Sarah yang berada dikaunter pembayaran. Kak Sarah mengeyitkan mata sambil membuat aksi mengada. Aku hanya ketawa kecil. Hai, macam-macam.
“Hmm, ada lagi makanan yang belum sampai?” soalku setelah meletakkan makanan. Aku pandang wajah mereka satu persatu dengan senyuman nipis.
“Chicken chop. Cepat sikit. Terhegeh-hegeh kalau orang kebulur dah lama mati” kata seorang lelaki yang aku kira paling handsome disitu. Sentap. Dengan tanpa senyuman dan wajah angkuhnya dia kata macam tu dekat aku? Aku segera berlalu. Huh, dia tak nampak ke punyalah ramai pelanggan dalam restoran ni?
“Wahab, chicken Chop meja 4 dah siap belum?”
“Haa, chicken chop? Jap!! Aku lupa.. kejap.. kejapp.. kau hantar dekat meja lain dulu makanan ni” aku hanya memandang kasihan kepada Wahab. Aku pun hantar makanan ke meja lain dahulu. Ketika aku sedang meletakkan makanan diatas meja, mamat yang ‘angkuh’ tu sedang merenungku tajam. Dah kenapa dengan mamat ni? Dah lapar sangat ke sampai tengok aku pun macam nak telan..
Setelah chicken chop itu siap, aku segera hantar ke meja 4 tadi. Aku berjalan pantas  kerana aku sedar pelanggan disini sedang lapar dan hanya ada dua orang pelayan direstoran ini. Huh, penat!
“Excuse me?” ujarku seraya meletakkan makanan ke atas meja. Mamat angkuh itu sedang bercakap ditelefon dan menjeling aku. Aku ingin segera beredar.
“Err, cik..” panggil salah seorang dikalangan jejaka tadi. Aku memandang ke arah dia. Cute.. Kenapa diorang ni handsome-handsome? Aku hanya menggaru kepala.
“Ya?”
“Can I have your number?” soalnya sambil tersenyum menggoda ke arahku. Rakan-rakan disebelahnya ketawa dan mereka semua memandang kearah ku seakan menunggu reaksiku. Aku hanya mengerutkan dahi dan membuat bodoh. Ramai lagi pelanggan yang harus aku layan.
Setelah setengah jam berhempas pulas dan mengharungi pelanggan yang pelbagai kerenah. Akhirnya, pelanggan semakin berkurang. Aduii, penat.. lenguh..semua ada! Inilah akibat tak cukup tidur.
“Yana, kau pergi cuci tandas dekat belakang tu! Kotor bebenor.. jijik aku tengok!” arah Mak Siti. Aku yang baru meletakkan punggung segera bangun. Aku segera menutup hidung. Apa punya oranglah.. pandai ‘buang’, pandailah flush. Ini tidak. Dahlah bau sebatu. Haishh.. Aku segera mencuci tandas kerana takut ada orang ingin menggunakannya pula.
“Cik..”
Aku segera menoleh. Mamat ni lagi. Ini yang aku tak suka. Selamba je dia sandar dekat pintu tandas.
“Haha, betullah cik tadi. Kerja sini ke?” Aku hanya membuat bodoh. Gaharu cendana pula. Huh, ‘can i have your number?’ handphone pun aku takde.
“Amboi, sombongnya..”
            “Emm takpe cuma saya nak tahu nama awak je. Err.. tak salahkan? Hee” soalnya sambil membuat muka comel. Dengan pakai kemeja, muka comel lagi buat muka comel? Hmm yelahh..
            “Yana” balasku pendek.
            “Haha okey. Saya Danial Irwan. Yana.. hmm, nama comel secomel orangnya” ujarnya sambil ketawa mengada. Aku pula berasa puas kerana tandas sudahku sental bersih. Tandas lelaki? Hmm, biarlah pekerja lelaki jelah buat.
              “Nak cuci lantai. Excuse”
“Oh, okay. Hope, kita jumpa lagi and.. janganlah sombong tak comel nanti” katanya sambil tersenyum lagi. Aku pula sudah mahu naik angin, Aku ada banyak lagi kerja nak kena buat ni, mamat ni pula.. Aku hanya memandang kearah Danial Irwan dengan pandangan serius.
“Okay.. okay.. Saya keluar”
Aku meletakkan papan tanda ‘amaran,licin’ dihadapan pintu. Malasnya nak mop. Hehe, satu dua tiga! Bushhhh, aku tuang air sabun dalam baldi disekeliling tandas. Hmm, senang kerja aku. Mop cincai jelahh,hihi.
“What the?!!” jerit seseorang. Aku terperanjat lalu memandang ke arahnya. Mamat angkuh tadi. Dah kenapalah mamat-mamat harini ramai hensem tapi perangai hampeh?
“Kenapa?” ujarku hairan.
“Kau tak nampak ke beg dompet aku tu?! Habis basah. Kau ingat beg dompet aku ni murah ke!! Ni.. kad dalam ni semua penting tau tak?” marahnya sambil mengeluarkan kad-kad bisnes mungkin..yang basah lencun dari beg dompet ‘mahal’ dia tu. Aku hanya menggaru kepala.
“Saya tak perasan tadi”
“Kau kena ganti.”
“What? Ganti?” soalku. Dia hanya memandang ke arahku sambil mengangkat kening. Fikir macho apa mamat ni?
“Awak yang terjatuhkan beg dompet tu sendiri. Apesal nak salahkan saya?”
“Kau yang basahkan”
“Hei, ka..”
“Ape ni, yana? Bising-bising apa ni?” soal Mak Siti. Aku terdiam. Mak Siti dahlah anti aku.Janganlah aku dibuang kerja.
“Pekerja makcik basahkan beg dompet saya” balas mamat angkuh tadi sambil menunjukkan beg dompetnya yang basah dan jeling aku. Ya Allah, menyampahnya aku dengan mamat ni!
“Sa..sa..saya..”
“Kau ni memang tak gunakan? Kau ni memang perempuan malang kau tahu. Dari kecil sampai besar, hidup kau kerja menyusahkan orang ajekan? Mak bapa kau dahlah mati sebab nak sambut hari jadi kau. Ini kau nak lingkupkan perniagaan aku sebab perangai pembawa sial kau tu jugakan? Itulah, aku kata bagi je adik-adik kau tu dekat sesiapa kau taknak. Sekarang, kau..”
Panggg! Baldi yang disisiku tadi aku tendang melayang entah ke mana.

“Makcik, jangan nak kurang ajar!! Jangan nak kutuk-kutuk keluarga saya. Ingat saya hadap sangat nak kerja dekat sini? Saya tak hadap punlah! Mulai harini, saya berhenti kerja!!” ujarku lantang lantas aku tolak badan Mak Siti ke tepi supaya aku boleh lalu. Wajah Mak Siti dan mamat tadi seakan terkejut melihat wajah garangku. Aku tak kisah apa orang disekelilingku kata. Biar aku dicerca, jangan keluargaku dihina! Aku tahu semua direstoran itu memandangku. Lantak koranglah!

No comments:

Post a Comment