Pages

"Diriku umpama pelangi"

12/20/2011

cinta dalam benci 2


“Eeii!! abang ni sibuklah! mak tengok abang dia ambil buku diari angah !”laung Lisa dengan kuat sambil merengek-rengek dan menghentak kaki.Laju saja Mak Limah datang pabila dengar anak kesayangannya yang manja itu terjerit-jerit.


”Ya Allah Along ! ape kau buat tu ? jangan kacau angah lah !”marah Mak Limah sambil menarik telinga Azril a.k.a. abang kepada alisa keluar dari bilik anak kesayangannya.


Alisa terkekek-kekek ketawa melihat abangnya yang mengaduh kesakitan.Pantas sahaja dia mengambil buku diarinya yang ditangan abangnya.Lalu dia memasukkan ke dalam laci dan mengunci nya.Dia tersenyum mendengar abangnya dileteri ibu.Abangnya juga sudah biasa dimarahi ibu semasa mereka bergaduh dan pasti dia sahaja yang akan dimenangkan ibu.


Alisa Ixara ialah anak kedua daripada 4 adik beradik.Abang dan adik-adiknya semua sudah besar dan matang.Hanya dia sahaja yang masih keanak-anakkan walaupun usia sudah mencecah 24 tahun.Dia juga merupakan anak yang paling manja dan agak sensitive berbanding adik-adiknya kerana dia seorang sahaja anak perempuan dalam keluarganya.


Tiba-tiba kedengaran orang mengetuk pintu.Tergesa-gesa dia membuka pintu,terjengul kepala adik bongsunya yang tersengih ke arahnya.Dia mengangkat kening lalu menutup pintu biliknya.Dia memandang ke  arah adiknya, Alif dengan pandangan hairan lalu mengikat rambutnya yang lurus itu.


Tiba-tiba Alif mengeluarkan sesuatu dari koceknya lalu mencampak ke arah muka Alisa.Dan sepantas kilat dia berlari dengan ketawa yang berdekah-dekah.Alisa yang terkejut lalu mengambil benda yang seakan lembik persis cicak itu.Cicak?cicak?!!


”Eeiii!!Cicak!!!mak tolong mak ade cicak!!Eeii!”Jeritnya sambil membuang cicak itu lalu berlari kea rah ibunya.Ibunya kehairanan melihat anak tersedu-sedan menangis.


”angah,kenapa ni?”pujok Mak Limah.”Eeii!!adik ni ha!die ba..baling cicak kat angah..”adu Alisa kepada ibunya.


Alisa semakin geram apabila melihat Alif yang ketawa terbahak-bahak bersama dengan Azril dan Aqif.Mak Limah menggeleng kepala lalu menuju ke arah dapur untuk menyiapkan masakannya yang tertangguh.Alisa mengambil bantal yang ada disofa lalu mencampaknya ke arah mereka.Bagaikan peperangan amerika dan Vietnam,mereka berperang menggunakan bantal lalu membaling secara bertubi-tubi kearah masing-masing.Alisa sebak kerna dia seorang wanita malah berlawan dengan 3 orang lelaki semestinya dia kalah.


”Eeii!!mane Aci ! korang tige orang , angah sorang.Eeii!memanglah angah kalah!”rengek Alisa sambil menyebamkan muka ke bantal.
              
           Alif,azril dan Aqil semakin panic apabila Alisa sudah menhentak kaki dan tangannya  diatas sofa.Jika ibu melihat pasti ibu memarahi mereka.Azril selaku abang sulung yang paling rapat dengan adiknya yang manja itu,tergesa-gesa menuju kea rah sofa Alisa.Diusap-usap badan alisa.


”alah Along main-main je tadi,janganlah marah.Tengok dah tak cute dah adik along ni nangis”pujuk Azril dengan nada yang rendah seakan berbisik.


Azril semakin cemas kerana makin laju Alisa memukul sofa dan nada adiknya merengek juga agak kuat.”Shhh!Okey angah cakap je ape angah nak nanti Along kasi eh?”sambil menepuk-nepuk bahu Alisa.
    

 “okay kalau macam tu angah nak abang belikan Alisa Coklat cloud9 pastu belikan angah motor skuter and the important is carikan angah kerja yang gaji dia mahal okey?”pinta Alisa dengan sekali nafas.Azril terkedu mendengar permintaan adiknya.Dia menoleh kea rah dua orang adik nya lalu memandang semula ke arah Alisa yang sedang memegang lengannya sambil terkebil-kebil.


          ”err..permintaan pertama  tu boleh tapi yang kedua dan ketiga tu err..errr..along tak pasti”jawab Azril.


        ”Eeii skuter je pun !! Eh , angah tak kira!angah nak jugak kerja.Aqif boleh sedangkan dia tengah belajar.kenape angah tak boleh?”kata Alisa sambil memeluk alongnya.azril menggeleng kerana dia tahu apa yang Alisa inginkan selepas ‘adik kesayangannya’ itu habis merajuk.
            
      Alisa memeluk leher abangnya lalu abangnya itu berdiri sambil menggendongnya.Itulah denda kepada  abangnya jika melakukan sesuatu yang membuatnye menangis.Alif dan Aqif hanya tersengih lalu menyambung kembali bermain Playstation2 mereka yang tertangguh tadi kerana plan abang long mereka yang suka menyakat kakak mereka.
   

      Azril tercungap-cungap menarik nafas kerana berat badan adiknya semakin bertambah.Rasa hendak tercabut kepala lututnya mengangkat adiknya yang terlebih manja itu.Dia berjalan menuju ke dapur sambil membetulkan kaki adiknya agar tidak terjatuh.

    ”Angah turunlah!berat macam gajah lah angah ni.dah besar panjang tapi perangai macam budak-budak betol angah ni tau ! malang betol sape jadi suami angah”keluh Azril sambil menurun Alisa.Alisa hanya tersengih-sengih kepada ibunya lalu membisik kepada abangnya.

     ”Nak angah bagitau Ibu?kalo tanakk” ugut Alisa sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir abangnya.Alisa senyum kearah ibunya lalu mencium pipi ibunya.Azril mencebik lalu melangkah pergi.

     ”Eeeiii!!Along kejap!”Jerit Alisa.

      ”Ye tuan puteri?apelagi yang tuan puteri nak ?”sambil mencekak pinggang.

         Alisa menjuihkan bibir lalu berjalan kea rah abangnya.Dia menjingkitkan sikit kakinya lalu mencubit pipi abangnya lalu berlari.Mereka berkejar-kejaran dikeliling meja.Mak Limah yang memerhati anak-anaknya itu menggeleng kepala lalu menegur anaknya, ”alisa tak baik kacau abang tu.Along cuba jangan jadi budak-budak kecik.kau orang berdua ni dah besar tapi perangai macam budak kecik betol.dah pergi depan,ibu nak masak”tegur mak limah dengan nada yang agak tinggi.Alisa terkekek melihat bibir abangnya yang muncung seperti itik

No comments:

Post a Comment